Mokhtar Yasin
Datuk Haji Mokhtar Md Yasin atau Mokhtar Yasin ialah seorang penulis dan pemuisi Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Melaka yang pertama pada 2010[1].
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Mokhtar dilahirkan pada 29 Mac 1937 di Sungai Rambai Melaka. Beliau mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu dan Agama. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Seterusnya ke Lembah Pantai dan kemudian ke Universiti Sains Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kesusasteraan Bandingan. Beliau pernah mengikuti Kursus Penilaian Sekolah di Melbourne, Australia. Datuk Mokhtar juga pernah menjadi Ketua 1 IPM menggantikan Abdul Samad Ahmad (ASMAD) pada tahun 1993. Karya cerpen, puisi, rencana serta kritikan sosial beliau banyak diterbitkan dalam Berita Minggu, Utusan Zaman, Majalah Mastika dan majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karya
[sunting | sunting sumber]Puisi beliau telah diterbitkan dalam beberapa antalogi. Antara antologinya;
- Puisi Baru Melayu(1948-1960),
- Puisi Angkatan Baru,
- Di Bawah Mentari Khatulistiwa,
- Memori Puisi Malaysia,
- Di Pinggir Rusa,
- Puisi Nusantara,
- Titian Zaman
- Bunga Gerimis.
Cerpen Dalam Antologi Ombak dan Pantai:
- Gerhana
- Titik
Kumpulan Sajak Persendirian
- Puisi Murni- Terbitan IKSEP 2014
Sajak Eceran
- An-Nur
- Hati
- Perjalanan
- Pintaku Cuma
- Rayuan Warga Bumi
- Sajak(Buat Hamzah Fansuri)
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Anugerah kesusasteraan
[sunting | sunting sumber]- Melaka
- Sasterawan Negeri Melaka (2010)
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Melaka
- Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) - Datuk (2015)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mokhtar Yasin Penerima Anugerah Sasterawan Negeri Melaka". Coretan Razali Endun. 23 Januari 2010. Dicapai pada 8 Mei 2023.