Pergi ke kandungan

Sabri Yunus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mohd Sabri Yunus)
Sabri Yunus
Kelahiran
Muhammad Sabri bin Yunus

(1961-09-08) 8 September 1961 (umur 63)
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, pengarah, penulis
Tahun aktif1990–kini
PasanganNorraya Mohd. Yusof (k. 1989; m. 2007)
Angeline Tan (k. 2023)
Anak-anak3

Muhammad Sabri Yunus (lahir 8 September 1961) ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, pengarah dan penulis Malaysia.[1][2][3] Beliau terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan telefilem Pok Ya Cong Codei.

Beliau dilahirkan di kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 1961. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Nghulu Yunus). Beliau berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, Norraya meninggal dunia pada 2007 kerana menghidap penyakit kanser. Sabri mula berlawak ketika di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, dan pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas. Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu. Beliau meminati lakonan Allahyarham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan. Menjadi Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro pada 2007.

Pada 14 Oktober 2023, Sabri Yunus berkahwin kali kedua dengan aktres Angeline Tan yang juga pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dalam satu majlis tertutup di Kangar, Perlis. [4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Driving School Bomoh Filem pertama
1992 Wanita Bertudung Hitam Iskandar Juga sebagai pengarah seni
1993 Imigran Daud
1995 Sayang Salmah Tuan Rumah Penampilan khas
1996 Yes Tuan Mamat Kontot
1999 Jogho Jali
2004 Puteri Gunung Ledang Sang Setia
2007 Budak Lapok Bapak Aziz/Sattar (suara)
2010 Magika Bendahara
2011 Kembar Siang Pak Din Duda
Libas Hj Hasbullah Awang Pelakon undangan
2012 Mael Lambong Ketua Ejen
Seram Sejuk Che Mey
Hantu Kapcai Ayah Ajib (Tahun 1970an) Penampilan khas
2013 Kolumpo Rahim
2015 Jejak Warriors Atuk Penampilan khas
2016 Dukun Doktor Dani Dukun Sudin Juga sebagai pengarah dan penulis
Hanyut Mahmat
2018 Hantu Kak Limah Ketua Kampung Pelakon undangan
One, Two, Jaga Penjual
2020 Butak Pak Man Sebagai pengarah dan penulis
2021 Sabda Kekasih Abah Sufi
2023 Duan Nago Bogho Pok Su Ki Sebagai pengarah dan penulis
Coast Guard Malaysia: Ops Helang Pak Amir @ Mustafa
Merewang Keluarga Pak Awang Pak Awang
2024 Janna Endoro
19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam Penampilan khas
Roxana
TBA Baran Pak Mat Pra-produksi
Malam Terlarang Pra-produksi
Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie Wan Ismail Golok Sebagai penulis; Dalam perancangan

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
1994 Dunia Punya Cerita Ya Tidak Tidak TV3
1998 Komik Ya Tidak Tidak Samad
2003 Tiga Dara Pingitan Ya Tidak Tidak Bapa Awa VCD
2009 Rompakan Kabinet Ya Tidak Tidak Jim Astro Ria
2011 Wangi Setanggi Ya Tidak Tidak Astro Oasis
Sanggul Beracun Tidak Ya Tidak Astro Citra
Drogba & Rooney Ya Tidak Tidak Ustaz Zaman,Imam Zulhijah,Pencuri & drebar teksi Astro Prima
2012 Sorok Bau Budu Ya Tidak Tidak
Kampung Semerah Padi Ya Tidak Tidak Penghulu Siak TV1
2013 Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman Tidak Ya Ya Astro Box Office
2014 Cikgu Gangster Ya Tidak Tidak Astro Ria
Nasi Dagang Nasi Ayam Ya Tidak Tidak
2016 FB Mak Ya Tidak Tidak TV2
Dari Kerana Mata Ya Tidak Tidak HyppTV Penampilan khas
Karya 12: Wau Kasih Ya penolong Tidak Astro Citra Sebagai penolong pengarah
2017 Sinar Cinta Ya Ya Tidak TV9
Mengharap Sebuah Keredhaan Ya Ya Tidak
16 Puasa Ya Tidak Tidak Abe Li Astro First Ekslusif
Che Pa Tidak Ya Tidak
Ali Ya Tidak Tidak Pak Iki TV3
Kembalikan Syawalku Ya Tidak Tidak Pak Jamil Astro Citra
Kita Bukan Anjing Ya Ya Tidak
2018 Pok Ya Cong Codei Ya Ya Ya Pok Ya
Kebaya Mek Hwa Tidak Ya Ya TV3
Cekelat Tak Semanis Honey Ya Tidak Tidak Astro Citra
Kampung Kuala Lambat Ya Tidak Tidak Dewa
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati Ya Ya Ya Pok Ya
2019 Wali Jantan Sematan Tidak Ya Tidak TV Okey
2020 Panjak 7 Ya Ya Tidak Pak Ngah Agel TV3
10 Malam Terakhir Tidak Ya Ya TV Okey
Satu Kampung Dua Orang Ya Ya Tidak Juang Astro Citra
Pak Dogo Ya Ya Tidak Senik
Kelab Gentleman Ya Tidak Tidak TV3
Cucu Nek Putih Ya Ya Tidak Astro Citra
Poster Wayang Terakhir Tidak Ya Tidak TV1
2021 Dia Abangku Ya Ya Ya
2022 Am'ma Ya Ya Ya Pak Harun TV Okey Penampilan khas
Mat Ri Ye Pak Din Ya Tidak Tidak Pak Din Awesome TV
Terbuka Pintu Syurga Ya Tidak Tidak Yunus Astro Prima
Dalang Ya Ya Ya Tok Dalang TV1
2023 Durjana Pujaan Ya Tidak Tidak Tahir
Tumpat Berdarah Ya Ya Ya Nir Dir Tonton
2024 Gadis Pasir Mas Ya Ya Tidak Pok Na TV1
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
1990 Camni Cantu Ya Tidak Tidak TV1 Drama pertama, sitkom
2+1 Ya Tidak Tidak Sitkom
1992–2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Ya Tidak Tidak Wan Ismail Golok TV3
2007 Salam Pantai Timur Ya Tidak Tidak Pelbagai watak TV1 Sitkom
2008 Nik & Nani Ya Tidak Tidak
2009 Angguk-Angguk Geleng-Geleng Ya Tidak Tidak Zakaria TV2
Pemanduku Jutawan Ya Tidak Tidak TV3
Kampung Jaguh Ya Tidak Tidak Pak Hassan Astro Warna
2011 Moh Ke Kafe Kita Ya Tidak Tidak Pak Itam TV3 Sitkom
Kias Ramadan Ya Tidak Tidak Suami Episod: "Sutera Cina Di Kaki Lima"
2012 Karoot Komedia Ya Tidak Tidak Tukang Karut Astro Warna Sitkom
2012–2015 Karoot Komedia X Ya Tidak Tidak
2018 Panggung Karoot Pok Ya Ya Tidak Tidak Pok Ya
2019 4 Penjuru Ya Tidak Tidak Astro Citra
2019–2021 Keluarga Baha Don Ya Tidak Tidak Abe Wan Katok Viu
2020 Tanya Sama Pokok Ya Ya Tidak Pak Don Astro Warna
2022 4 Abdul 1 Mohd Ya Ya Ya Abdul Jabar / Abdul Wasit / Abdul Somad / Abdul Hakim Astro Ria
Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Ya Ya Ya Pok Ya
Bukan Pi Mai Pi Mai Ya Ya Ya Wan Seman
2023 Salam Famili Ya Tidak Tidak Pak Din Astro Ceria
Nak Dengar Cerita Hantu? Tidak Ya Tidak DEGUP
2024 Kampung Puasa Ya Ya Tidak Ketua Kampung Astro Ceria
Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu Ya Tidak Tidak Stopa Astro Warna
Tajuk
Wangi Tak Saksi
Patah Sayap Terbang Jua
Tok Selampit
Matinya Seorang Pahlawan
London
Pentas Opera
Cindai
Menunggu Kata Dari Tuhan

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Raja Lawak Astro (Musim 1) Otai Lawak Astro Ria
2017 Di Balik Tawa (Musim 1) Dirinya sendiri Astro Warna
2023 Mega Spontan Mentor
2024 Sepahtu Reunion Al-Moreh Cameo Episod: "Bukan Aku Tak Cinta"
Angeline Tanya Abang Jawab Sabri TV AlHijrah

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]

Sabri dan rakan pelawak Ahmad Busu pernah bergandingan pada tahun 1993 merakamkan album istimewa sempena perayaan Aidilfitri yang serentak dengan sambutan Tahun Baru Cina. Album yang diberi judul Jangan Mercun! Kongsi, Kongsi, Kongsilah" menampilkan 10 lagu baru dan duo ini popular dengan lagu Kisah Seorang Bujang.
Runut

  • Kongsi, Kongsi, Kongsilah (2:40)
  • Jangan Main Mercun (4:00)
  • Dikir Raya (4:14)
  • Kisah Seorang Bujang (4:30)
  • Sketsa Malam Raya (2:00)
  • Raya Sakan (4:25)
  • Jom-jom Balik (1:50)
  • Selamat Hari Raya (4:14)
  • Halalkan (4:30)
  • Anak Bulan (3:00)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
  • Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 2005)
  • Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (1993 - 1996 dan 2000)
  • Anugerah Khas Filem Semangat ASEAN - Duan Nago Bogho (AIFFA 2023)
  • Tercalon Filem Terbaik - Duan Nago Bogho (AIFFA 2023)
  • Tercalon Pengarah Terbaik - Duan Nago Bogho (AIFFA 2023)
  • Tercalon Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (2024)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]