Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati | |
---|---|
Genre | Drama |
Format | Telefilem |
Ditulis oleh | Sabri Yunus |
Pengarah | Sabri Yunus |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit | Syahid Johan |
Syarikat penerbitan | Balang Rimbun Sdn Bhd |
Syarikat pengedaran | Astro Entertainment |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Citra Astro Mustika HD |
Siaran asal | 30 Jun 2018 |
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati adalah sebuah telefilem drama Malaysia 2018 yang ditulis dan diarah oleh Sabri Yunus dan merupakan kesinambungan dari Pok Ya Cong Codei. Ia akan memulakan tayangan perdana bermula 30 Jun 2018 di Astro Citra dan Mustika HD.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Pok Ya (Sabri) masih tidak dapat melupakan Siti, isterinya yang telah lari. Untuk mengubati luka hatinya kawan Pok Ya bernama Mamat Keretuk (Wan Hanafi) menyuruh, Pok Ya bernikah dengan anak kawannya iaitu Hasnah @ Che Nah (Mawar), tetapi isteri barunya tidak selembut Siti.Pok Ya masih jaga Halim (Saidi) dan Nasir Badak (Ku Hanafi) sementara itu bekas suami Hasnah Rosit (Issey) masih mahu beliau supaya rujuk semula dengannya manakala Jering (Asrulfaizal) menyimpan dendam terhadap Pok Ya dan Mamat .
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Sabri Yunus sebagai Pok Ya Sedgege,Ketua samseng dan suami Siti
- Wan Hanafi Su sebagai Mamat Keretuk,Orang kanan Pok Ya dan Bapa kepada Che Hasnah
- Mawar Rashid sebagai Hasnah "Senah",Isteri baru Pok Ya perwatakan kasar dan bekas isteri Rosit
- Issey Titan sebagai Rosit,Bekas suami Hasnah dan menantu Mamat Keretuk
- Saidi Sabri sebagai Halim,anak buah Pok Ya
- Mazlan Sulaiman sebagai Eah Chu,bekas pengikut Dato Sahak
- Ku Hanafi Ku Harun sebagai Nasir Badak, pengikut Pok Ya Sedgege
- Asrulfaizal Kamarulzaman sebagai Jering
- Zee Khan Hussein sebagai Siti
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Selepas Pok Ya Cong Codei mendapat sambutan positif dari penonton, pengarah dan penulis skripnya, Sabri Yunus mengumumkan akan menerbitkan kesinambungan telefilem ini yang akan dibincangkan bersama pihak pengurusan Astro pada 15 Februari.[2] Beliau berkata dalam temuramah bersama mSTAR Online: “Belum jadi lagi tetapi perbincangan ke arah itu memang ada malah saya akan bertemu dengan pihak Astro bagi membincangkan mengenai perkara itu,”.[1]
Pada Mac 2018, Sabri membuat keputusan untuk mempatenkan nama 'Pok Ya Cong Codei' selepas mendapat Hak Paten.[3] Beliau berbuat demikian bagi melindungi dan mengelakkan nama itu daripada disalah guna oleh pihak yang tidak sepatutnya selepas menerima nasihat dari rakan peguam.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Pok Ya Cong Codei 2 daripada Sabri Yunus". mSTAR Online. 5 Februari 2018. Dicapai pada 19 Jun 2018.
- ^ "'Pok Ya Cong Codei 2' Dalam Perancangan Sabri Yunus". My News Hub. 5 Februari 2018. Dicapai pada 19 Jun 2018.
Mendapat sambutan memberangsangkan baru-baru ini, Sabri Yunus tidak menolak kemungkinan sekuel telefilem Pok Ya Cong Codei bakal diterbitkan.
- ^ Mohd Haikal Isa (9 April 2018). "Sabri Yunus paten nama 'Pok Ya Cong Codei'". Kosmo!. Dicapai pada 19 Jun 2018.
- ^ "Sabri Yunus Paten Nama 'Pok Ya Cong Codei'". My News Hub. 9 April 2018. Dicapai pada 19 Jun 2018.
Fenomena yang dilalui telefilem Pok Ya Cong Codei menyaksikan orang ramai mula menumpang populariti dengan menggunakan nama watak itu dalam melariskan perniagaan mereka.