Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim
Penampilan
Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim | |
---|---|
Kelahiran | Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim 1927 |
Meninggal dunia | 8 Mei 2014 (87 tahun)[1] |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan | Naib Kadi, Penolong Pendaftar di Pejabat Daftar Perkahwinan Islam, dan juga seorang Hakam (penimbang tara) Mahkamah Syariah |
Terkenal kerana | anggota kanan Masyayikh (Majlis Penasihat) Pergas |
Kampung asal | Singapura |
Ustaz Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim merupakan pemimpin agama masyarakat Islam di Singapura. Beliau pernah menjadi Naib Kadi dan Penolong Pendaftar di Pejabat Daftar Perkahwinan Islam dan juga seorang Hakam (penimbang tara) Mahkamah Syariah. Mohamed Ibrahim juga merupakan anggota kanan Masyayikh (Majlis Penasihat) Pergas atau Persatuan Guru Agama Islam Singapura.
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Mei 2014, tokoh ini meninggal dunia pada usia 87 tahun. Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan masyarakat Islam Singapura kehilangan tokoh pendidikan Islam dan sosio-agama. Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean turut merakam kesedihan berhubung pemergiannya.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Ustaz Ibrahim, tokoh agama di Singapura meninggal". Sinar Harian. 8 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2014.