Miyazaki, Miyazaki
Miyazaki
宮崎市 | |
---|---|
Negara | Jepun |
Kawasan | Kyushu |
Wilayah | Miyazaki |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Tadashi Tojiki |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
Laman sesawang | Bandar Miyazaki |
Miyazaki (宮崎市, Miyazaki-shi) merupakan ibu kota bagi wilayah Miyazaki di Jepun.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Bandar Miyazaki terletak di kawasan selatan wilayah Miyazaki dan bersebelahan dengan Laut Hyūga di timur. Sungai-sungai yang mengalir melalui Miyazaki termasuklah Sungai Ōyodo, Hitotsuse, Kiyotake dan Kaeda. Selain itu, bandar ini turut menempatkan Gunung Boroishi dan sebahagian Gunung Wanitsuka.
Perbandaran-perbandaran jiran
[sunting | sunting sumber]Iklim
[sunting | sunting sumber]Data iklim untuk bandar Miyazaki | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tinggi suhu, °C (°F) | 25.1 (77.2) |
25.4 (77.7) |
28.1 (82.6) |
31.7 (89.1) |
34.3 (93.7) |
36.2 (97.2) |
37.7 (99.9) |
38.0 (100.4) |
36.9 (98.4) |
32.7 (90.9) |
30.3 (86.5) |
25.0 (77.0) |
38.0 (100.4) |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 12.7 (54.9) |
13.8 (56.8) |
16.7 (62.1) |
20.7 (69.3) |
24.1 (75.4) |
26.8 (80.2) |
31.4 (88.5) |
31.0 (87.8) |
28.1 (82.6) |
24.3 (75.7) |
19.5 (67.1) |
15.1 (59.2) |
22.0 (71.6) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 7.5 (45.5) |
8.6 (47.5) |
11.9 (53.4) |
16.1 (61.0) |
19.9 (67.8) |
23.1 (73.6) |
27.3 (81.1) |
27.2 (81.0) |
24.4 (75.9) |
19.4 (66.9) |
14.3 (57.7) |
9.6 (49.3) |
17.4 (63.4) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 2.6 (36.7) |
3.4 (38.1) |
7.2 (45.0) |
11.5 (52.7) |
15.9 (60.6) |
19.7 (67.5) |
23.9 (75.0) |
24.1 (75.4) |
21.1 (70.0) |
15.1 (59.2) |
9.6 (49.3) |
4.7 (40.5) |
13.2 (55.8) |
Rekod rendah suhu, °C (°F) | −7.5 (18.5) |
−6.6 (20.1) |
−4.1 (24.6) |
−1.5 (29.3) |
3.1 (37.6) |
9.2 (48.6) |
16.0 (60.8) |
16.4 (61.5) |
9.7 (49.5) |
2.6 (36.7) |
−2.7 (27.1) |
−7.2 (19.0) |
−7.5 (18.5) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 63.8 (2.51) |
90.8 (3.57) |
182.1 (7.17) |
212.5 (8.37) |
239.3 (9.42) |
429.2 (16.90) |
309.4 (12.18) |
290.2 (11.43) |
354.6 (13.96) |
181.8 (7.16) |
95.0 (3.74) |
60.0 (2.36) |
2,508.7 (98.77) |
Purata bilangan hari hujan (≥ 0.5 mm) | 6.7 | 7.6 | 12.3 | 11.9 | 11.8 | 16.3 | 12.7 | 13.7 | 13.1 | 8.9 | 7.1 | 5.6 | 127.7 |
Purata kelembapan relatif (%) | 65 | 66 | 69 | 70 | 73 | 82 | 76 | 79 | 80 | 75 | 73 | 70 | 73 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 182.8 | 167.3 | 175.8 | 179.0 | 173.3 | 133.6 | 205.5 | 208.6 | 155.5 | 176.9 | 168.1 | 189.6 | 2,116 |
Sumber 1: Agensi Meteorologi Jepun[1] | |||||||||||||
Sumber 2: Agensi Meteorologi Jepun [2] |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Miyazaki, Miyazaki | |||||
---|---|---|---|---|---|
Japanese name | |||||
Kanji | 宮崎 | ||||
Hiragana | みやざき | ||||
Katakana | ミヤザキ | ||||
|
Bandar Miyazaki ditubuhkan pada 1 April 1924 melalui penggabungan tiga buah perbandaran, pekan Miyazaki dan Oyodo serta kampung Omiya. Bandar ini dinaik taraf menjadi bandar utama pada 1 April 1998.[3]
Penggabungan
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Januari 2006, pekan-pekan Sadowara dan Tano dari daerah Miyazaki serta pekan Takaoka dari daerah Higashimorokata diserapkan terhadap Miyazaki.
Pada 23 Mac 2010, pekan Kiyotake telah diserapkan terhadap perbandaran Miyazaki. Daerah Miyazaki dibubarkan berikutan penggabungan ini.[3]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Bandar Miyazaki merupakan tempat bagi Universiti Miyazaki, salah satu universiti kebangsaan Jepun. Selain itu, Miyazaki turut memiliki beberapa institut pengajian tinggi awam dan swasta.
Bandar ini memiliki empat buah sekolah vokasional, 18 buah sekolah tinggi, 33 buah sekolah menengah dan 48 buah sekolah rendah. Bandar ini juga menempatkan beberapa buah sekolah pendidikan khas.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Miyazaki menempatkan sebuah lapangan terbang, yaitu Lapangan Terbang Miyazaki. Selain itu, bandar ini juga menepatkan Pelabuhan Miyazaki yang memiliki servis feri kereta di bawah syarikat Feri Kereta Miyazaki (Miyazaki Car Ferry) ke Kobe.
Kereta api
[sunting | sunting sumber]Stesen utama Miyazaki ialah Stesen Miyazaki.
Lebuh raya
[sunting | sunting sumber]Bandar Miyazaki dihubungkan dengan Lebuh Raya Miyazaki dan Lebuh Raya Higashikyushu.
Tempat tarikan
[sunting | sunting sumber]Taman Heiwadai (平和台公園, Heiwadai Kōen) menempatkan menara Hakkō Ichiu (八紘一宇の塔, Hakkō Ichiu-no-tō), sebuah menara yang dibina oleh rejim Showa sebagai melambangkan semangat Empayar Jepun untuk menyatukan dunia di bawah Jepun ketika Perang Dunia Kedua pada 1940.[4] Berdekatan taman ini ialah Miyazaki-jingū, sebuah tokong yang didedikasikan untuk Maharaja Jimmu.
Sebagai perbandaran di pesisir laut, Miyazaki memiliki kawasan pesisir pantai seperti pantai Kisakihama, Aoshima and Shirahama yang sering menjadi pusat tumpuan sukan meluncur. Perbandaran Miyazaki turut memiliki Pulau Ao (Aoshima) yang terletak di selatan bandar Miyazaki.
Bandar kembar
[sunting | sunting sumber]Bandar Miyazaki menjalinkan hubungan bandar kembar dengan perbandaran-perbandaran berikut:[5]
Dalam Jepun
[sunting | sunting sumber]- Kashihara, Nara, sejak 11 Februari 1996
- Tano, Kōchi, sejak 8 Julai 1989
- Daisen, Akita, sejak 3 Jun 2001
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Amerika Syarikat
- Waukegan, Illinois, sejak 3 Mei 1990
- Virginia Beach, Virginia, sejak 25 Mei 1992
- Boeun, Chungcheong Utara, Korea Selatan, sejak 6 Ogos 1993
- Huludao, Liaoning, China, since 16 Mei 2004
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "平年値(年・月ごとの値". Dicapai pada 22 Januari 2012.
- ^ "観測史上1~10位の値". Dicapai pada 22 Januari 2012.
- ^ a b "The History of Miyazaki City". Laman rasmi bandar Miyazaki (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2014. Dicapai pada 1 November 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "ひとり旅 [253] 九州縦断2200Kmの車旅【29】 <平和台公園?八紘一宇>宮崎県宮崎市". 4travel.jp (dalam bahasa Jepun). Mac 2008. Dicapai pada 2 November 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "国内・国際交流". Laman rasmi bandar Miyazaki. Dicapai pada 1 November 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Media berkenaan Miyazaki, Miyazaki di Wikimedia Commons
- Panduan pelancongan Miyazaki, Miyazaki dari Wikivoyage
- Laman rasmi bandar Miyazaki (Jepun)