Pergi ke kandungan

Misteri Gunung Merapi (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Misteri Gunung Merapi adalah merupakan sebuah drama siri aksi televisyen bersejarah di Indonesia, yang dihasilkan oleh Genta Buana Pitaloka. Drama ini disiarkan sebanyak 360 episod selama 3 musim, dan untuk buat pertama kalinya disiarkan di Indosiar pada 1 November 1998. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada 3 siri filem asalnya yang bertajuk sama yang diterbitkan pada tahun 1989 hingga 1990.

Misteri Gunung Merapi
Juga dikenali sebagai
Misteri Mak Lampir,
Legenda Gunung Merapi
GenreAksi
Sejarah
Perang
Seram
Misteri
Mistik
PenciptaGenta Buana Pitaloka
Ditulis olehM. Abnar Romli
Niki Kosasih
PengarahM. Abnar Romli
Ucik Supra
ED Pesta Sirait
Muchlis Raya
Dimas Haring
Billy Kepayang
Dibintangi oleh
Farida Pasha
Marcelino
Yuni Sulistyowaty
Rizal Djibran
Syamsul Gondo
Monica Oemardi
Candy Satrio
Lyra Virna
Irman Heryana
Lilis Suganda
Suzanna Meilia
Negara asal Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan musim3
Bilangan episod360
Penerbitan
PenerbitBudhi Sutrisno
Tempoh siaran1 jam per episod
Syarikat penerbitan
Genta Buana Pitaloka
Penyiaran
Saluran asalIndosiar
RTV
Siaran asal01 November 1998 – 20 November 2005
Kronologi
MengikutiTutur Tinular
Diikuti olehAngling Dharma
Rancangan berkaitan
Misteri Gunung Merapi,
Misteri Gunung Merapi II,
Misteri Gunung Merapi III

Bagaimanapun, siri kolosal ini diadaptasi semula pada tahun 2018 dengan barisan pelakon baru dan pelakon yang sedia ada asal dari siri ini dimana watak Mak Lampir yang diperankan oleh Farida Pasha dalam filem dan siri TV sebelum ini telah digantikan dengan pelakon muda yang baharu iaitu Varissa Camelia bagi memerankan watak Mak Lampir dalam Misteri Gunung Merapi versi tahun 2018.

Mengisahkan tentang wujudnya Anggerik Jingga, iaitu sebuah ajaran sesat di zaman pemerintahan kesultanan Raja Demak yang diketuai oleh Mak Lampir, Ratu Ilmu Hitam dizaman itu di Gua Setan. Ajaran sesat tersebut cukup merunsingkan Raden Patah, iaitu Sultan Demak kerana ramai rakyat jelatanya yang telah menjadi pengikut ajaran sesat tersebut. Oleh itu, Raden Patah telah memanggil beberapa pembesarnya untuk datang menghadap bagi menyelesaikan masalah ajaran sesat itu. Raden Patah bertanya kepada Sheikh Sunan Kudus bahawa siapakah yang layak mengetuai rombongan untuk menentang Mak Lampir di lereng Gunung Lawu. Sheikh Sunan Kudus kemudian mencadangkan bahawa serangan menuju ke perguruan sesat Anggerik Jingga diketuai oleh Kyai Ageng Prayogo setelah melihat cahaya petunjuk yang muncul didahinya. Raden Patah bersetuju dengan cadangan Sheikh Sunan Kudus lalu mengarahkan agar Kyai Ageng Prayogo segera mempersiapkan diri untuk menentang melawan Mak Lampir. Manakala Mak Lampir yang sedang mengintai disebalik pasu benggala miliknya ternyata sedang melihat perbualan diantara Sultan Patah dengan Kyai Ageng Prayogo, lalu berasa marah dan berasa tergugat dengan ancaman tersebut. Lalu Mak Lampir segera mengirimkan serangan sihir terhadap Kyai Ageng Prayogo dengan niat ingin segera menamatkan riwayat Kyai Ageng Prayogo. Namun serangan tersebut gagal. Sheikh Sunan Kudus segera menziarahi Kyai Ageng Prayogo setelah mengetahui bahawa Kyai Ageng Prayogo diserang oleh Mak Lampir lalu memberikannya sebuah tongkat sakti bagi menentang Mak Lampir kelak. Sunan Kudus juga menyuruh agar Kyai Ageng Prayogo membuat sebuah keranda yang dikelilingi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disaluti dengan emas. Mak Lampir yang merasa rencananya gagal kemudian berasa tergugat apabila melihat Sunan Kudus memberikan Kyai Ageng Prayogo sebuah tongkat sakti. Mak Lampir yang merasa kekuatannya tidak setanding dengan Sunan Kudus, oleh itu dia kemudian segera memohon bantuan daripada Ratu Pantai Selatan, iaitu Nyi Roro Kidul bagi menghadapi Kyai Ageng Prayogo kelak. Pada mulanya Nyi Roro Kidul enggan menawarkan bantuan dan sempat menasihati Mak Lampir agar bertaubat, namun Mak Lampir tetap berkeras ingin melawan Kyai Ageng Prayogo. Setelah puas dipujuk, Nyi Roro Kidul akhirnya mengalah lalu memberikannya juga sebuah senjata sakti. Maka bermulalah pertarungan diantara Kyai Ageng Prayogo dengan Mak Lampir. Akhirnya Mak Lampir tewas lalu dikurung didalam sebuah keranda yang mempunyai ayat-ayat emas suci Al-Quran. Mak Lampir bersumpah yang dia akan membalas dendam terhadap seluruh keturunan Kyai Ageng Prayogo kelak. Setelah 130 tahun kemudian, Mak Lampir akhirnya kembali bangkit apabila dua orang lelaki yang sedang mengejar seekor babi telah menemui keranda Mak Lampir lalu membongkarkan semula keranda tersebut kerana menyangka ada emas didalamnya. Maka setelah itu bermulalah serangan balas dendam Mak Lampir terhadap seluruh keturunan Kyai Ageng Prayogo. Mak Lampir juga berjaya membunuh sebahagian keturunan Kyai Ageng Prayogo. Namun, Mak Lampir tidak berjaya membunuh Farida iaitu salah satu keturunan Kyai Ageng Prayogo yang ingin sekali dibunuhnya. Ini kerana Nyi Bidara, iaitu orang yang ditugaskan untuk menjaga keturunan Kyai Ageng Prayogo yang selalu menghalang niat Mak Lampir dengan meletakkan Wahyu Agung di telapak tangan Farida. Sehinggalah Farida menjadi dewasa, Mak Lampir selalu mengejar Farida. Namun bukan mudah apabila teman lelaki Farida, iaitu Sembara selalu melindunginya daripada serangan Mak Lampir. Sembara turut dibantu oleh Ratu Negeri Atas Angin, Wak Bayau ketika Farida sering diculik oleh Mak Lampir. Hal itu membuatkan Mak Lampir menjadi sangat marah apabila rancangannya untuk membunuh Farida selalu menemui kegagalan, apatah lagi Sembara mempunyai Cemeti Amarasuli, iaitu senjata sakti yang sangat ditakuti oleh Mak Lampir.

Mak Lampir masih meneruskan rancangan jahatnya. Kali dia berjaya memperdayakan Rinata, iaitu anak gadis Datuk Jampak, Siluman Harimau Kumbang untuk melakukan hubungan terlarang dengan Mardian, iaitu suami Farida yang kini menyamar sebagai Sembara. Ini kerana Sembara adalah lelaki yang sangat digilai Rinata. Oleh itu, Mak Lampir mempersiapkan diri Mardian dengan menjadi Sembara agar Rinata masuk ke dalam perangkapnya. Lalu, hasil hubungan terlarang tersebut, maka lahirlah si Grandong, iaitu bayi siluman yang dijadikan sebagai jin yang paling berkuasa untuk bergandingan dengan Mak Lampir dalam memusnahkan umat manusia kelak. Hal itu membuatkan orang-orang Aliran Putih seperti Kyai Jabat, Nyi Bidara, Kyai Jumantoro, Farida dan Kyai Basari bersatu untuk mula menjejaki Mak Lampir dan Grandong. Mereka turut dibantu oleh bangsa jin dan siluman seperti Santa Lima, Panglima Kumbang, Rindi Antika, Datuk Larang Tapa, Datuk Jampak dan serta Kalagondang. Manakala Sembara dan Basir masih meneruskan pengembaraan mereka untuk mencari tempat persembunyian Mak Lampir. Namun bukannya mudah apabila perjalanan mereka selalu diganggu oleh murid-murid Mak Lampir. Oleh yang demikian, Mak Lampir kini telah mengarahkan anak muridnya, Nyi Blorong iaitu Ratu Siluman Ular untuk menghalang perjalanan Sembara dan Basir dalam mencari Farida dan daripada menemukan tempat persembunyiannya.

Sembara dan Farida akhirnya berkahwin dan Farida telah selamat melahirkan anak sulung mereka, Mahesa Jenar. Namun Mak Lampir yang masih berdendam dengan Sembara dan Farida kemudian telah bertindak menculik anak mereka, Mahesa. Kalagondang sempat menghalang Mak Lampir dan berusaha menyelamatkan Mahesa, akhirnya mereka kemudian mula bertarung. Hasil dari pertarungan tersebut Mahesa kemudian didapati hilang. Mahesa telah diselamatkan oleh seorang kyai yang berilmu tinggi lalu melindunginya dengan Cahaya Nur Alif agar tiada sesiapa yang dapat menjejaki Mahesa. Hal itu sangat merunsingkan Mak Lampir kerana dia tidak dapat menjejaki Mahesa. Bagi menghadapi Aliran Putih dan menentang Mahesa kelak, Mak Lampir kini membuatkan si Grandong menjadi dewasa agar Grandong dapat melindungi dirinya sendiri kelak. Masa berlalu Mahesa juga kini membesar menjadi seorang lelaki yang gagah dan kacak. Mahesa akhirnya berjaya menemui semula ibu dan ayahnya, dan juga bertemu dengan adiknya, Sawung Dahana. Mahesa kini menggantikan Sembara dalam misi memburu dan menjejaki Mak Lampir. Namun bukan mudah apabila Mak Lampir kini sedang berkerjasama dengan pahlawan-pahlawan terhebat Aliran Hitam bagi menentang Mahesa dan Aliran Putih.

Musim 1 (1998-2001)

[sunting | sunting sumber]
Pelakon Watak
Farida Pasha Mak Lampir
Herby Latul Kyai Ageng Prayogo
Badirul
Marcelino Sembara
Devi Zuliaty Farida
Yuni Sulistyowaty Farida
(selepas Devi Zuliaty)
Syamsul Gondo Basir
George Taka Lindu Aji
Rizal Djibran Lindu Aji
(selepas George Taka)
Reyvaldo Luntungan Mardian (Ayah Grandong)
Wulan Guritno Pitaloka/Prihatini
Monica Oemardi Mayangsari / Pendekar Perak
Candy Satrio Jatmiko
Teddy Uncle Panglima Kumbang
Jaka Wardhana
Hadi Leo Sultan Demak
Demang Wirantanu
Ki Sentanu
Ki Bintara
Fendy Pradana Sultan Agung
Hendra Cipta Ki Mandaraka
Chairil JM Temenggung Surotani
Pak Kuwu
Datuk Ranggasana
Prof. Wisnuwardhana Sheikh Sunan Kudus
Syamsuri Kaempuan Kyai Jabat
Nungki Sumastuti Maryamah (Ibu Sembara)
Baron Hermanto Raisman (Ayah Farida)
Anneke Putri Rosminah (Makcik Farida)
Yoga Pratama Sembara (Kecil)
Niken Ayu Farida (Kecil)
Anika Hakim Nyi Bidara / Nini Thowo
Edi Tambudo Kyai Jabat (selepas Syamsuri Kaempuan)
Aldona Toncic Nyi Roro Kidul
Nyi Blorong
Karen
S. Manan Dipa Kyai Ageng Jembar Jumantoro
Fitria Anwar Darasuta / Nyai Kembang
Simon Cader Adolf Pieter
Rizal Muhaimin Alang Kibar
Irman Heryana Suminta
Bagus Sajiwo
Anne J. Cotto Ibu Suminta
Chaerul JM Ayah Suminta
Liza Chaniago Puteri Wandan Sari
Katipari
Lannd S. Piana Sentanu
Wingky Harun Kalagondang
Lilis Suganda Wak Bayau
Rindi Antika
Budi Swarzkrone Kapten De Voss
Randy Bramasta Kalawika
Hendri Hendarto Banuseta
Rochim Latul Bakawulung
Lella Anggraini Nyi Warik
Benny Burnama Sarkali
Bongkok
Prie Panggih Kyai Karang Senaya
Kyai Gozali
Kyai Jamas
Hans Gunawan Kuwu Darta
Suzanna Meilia Minten
Rinata (Ibu Grandong)
Ratu Siluman Serigala
Diana Yusuf Ibu Minten
Piet Pagau Juragan Katma
Ki Bongkok
Yurike Prastika Nyi Sunti
Dhini Aminarti Mandakini
Deo Omen
Titin Asmara Mpok Kutut
Blirik Ki Sangguling
Agus Kuncoro Sultan Agung
(selepas Fendy Pradana)
Ananda George Kuda Sungsang
Lela Anggraeni Nyai Supeni
Benny Burnama Jambrong


Musim 2 (2001-2002)

[sunting | sunting sumber]
Pelakon Watak
Farida Pasha Mak Lampir
Marcelino Sembara
Yuni Sulistyowaty Farida
Syamsul Gondo Basir
Rizal Djibran Lindu Aji
Monica Oemardi Mayangsari
Irman Heryana Bagus Sajiwo
Candy Satrio Jatmiko
Rizal Muhaimin Santa Lima / Mata Malaikat
Wingky Harun Kalagondang
Lilis Suganda Rindi Antika
Teddy Uncle Panglima Kumbang
Syamsuri Kaempuan Kyai Jabat
Anika Hakim Nyi Bidara
Nungki Kusumastuti Maryamah
Baron Hermanto Raisman
Aldona Toncic Nyi Blorong
S. Manan Dipa Kyai Ageng Jembar Jumantoro
Begawan Girinata
Agus Kuncoro Sultan Agung
Anto Wijaya Kamasutra
Lyra Virna Nona Corry
Gandasuli
Deo Grandong (Kecil)
Suzanna Meilia Kenting Jamas
Dewi Rara
Minten
Dian Kenting Sari
Ulia Sari Kenting Wulan
Febriyanti Kenting Kuning
Christine Dewayanti Winarti
Errina GD Endang Sunarsih
Arif Iskandar Gundala Seta
Chaerul JM Datuk Larang Tapa
R. Novel Kyai Basari


Musim 3 (2002-2005)

[sunting | sunting sumber]
Pelakon Watak
Farida Pasha Mak Lampir
Marcelino Sembara
Yuni Sulistyowaty Farida
Syamsul Gondo Basir
Rizal Djibran Lindu Aji
Monica Oemardi Mayangsari
Roro Inten
Dewi Racun
(selepas Anne J. Cotto)
Irman Heryana Bagus Sajiwo
Candy Satrio Jatmiko
Lyrna Virna Gandasuli
Wingky Harun Kalagondang
Lilis Suganda Rindi Antika
Nyi Roro Kidul
(selepas Aldona Toncic)
Rizal Muhaimin Santa Lima
Chaerul JM Datuk Larang Tapa
Dam Saputra Datuk Larang Tapa
(selepas Chaerul JM)
Anto Wijaya Kamasutra
Fitria Anwar Dewi Ambalika
Teddy Uncle Panglima Kumbang
Syamsuri Kaempuan Kyai Jabat
Anika Hakim Nyi Bidara
S. Manan Dipa Kyai Ageng Jembar Jumantoro
Agus Kuncoro Sultan Agung
Roy Jordy Sultan Agung
(selepas Agus Kuncoro)
Anne J. Cotto Sarkati
Dewi Racun
Dian Kenting Sari
Tukinah
Roro Gandari
Ulia Sari Kenting Wulan
Endang Cuwiri
Febriyanti Kenting Kuning
Inong
Christine Dewayanti Kumbalini
Reynaldi Rangga Seta
Sawung Dahana
Welu
Jhon Thasrif Sawung Dahana (Dewasa)
Deo Mahesa Jenar (Kecil)
Choky Andriano Mahesa Jenar (Dewasa)
Ahmad Affandy Mahesa Jenar
(selepas Choky Andriano)
Arief Nurman Grandong / Indrajit
Ki Wangsa
Prabu Naga Pratala
Ki Bagaspati
Kiki Grandong
(selepas Arief Nurman)
Errina GD Dewi Sendok
Mawar Putih
Dewi Iprih
Hellya Septiana Dewi Bajul
Arif Iskandar Gundala Seta
Setan Utara 1
Dwi Andhika Bondan
Angel Karamoy Puspita
Lucky Hakim Raden Samba
Sofie Amalia Sukmawati
Roro Setyawati
Budi Chaerul Ki Dunia Banda
Gundala Seta
(selepas Arif Iskandar)
Penty Nur Afiani Ayu Wulandari
Rah Syahputra Blotong
Chris Chandra Blotong
(selepas Rah Syahputra)
Imel Putri Cahyati Citrasena
Mahisa Aulia Dinsi Tirta/Jaka Lelana
Suzanna Meilia Minten
Wulandari
Rindi Antika
(selepas Lilis Suganda)
Revi Mariska Winarih
Dewi Kala
Dian Selasih
Ananda George Ismoyo
Sandy Permana Rangga Seta
Aryasoma
Denia Nyi Tuwi
Puspa
Amprah Erlangga Ki Lupit
Murti Sari Dewi Nyai Parwati
Ratu Annisa Puteri Rembulan
Diaz Erlangga Gendowor/Topeng Hitam
Dani Permana Temenggung Martoloyo
Afdhal Yusman Puspo Negoro
Ricky Rifky Puspo Negoro
(selepas Afdhal Yusman)
Hans Gunawan Kyai Ageng Jembar Jumantoro (selepas S. Manan Dipa)
Aris Kurniawan Aji Basa Pamungkas/Bayu Seta
Reyvaldo Luntungan Kapten Marcus
Temenggung Wiralaga
Sang Hyang Naga Percona
Dewa Petir
R. Novel Kyai Basari
Ruslan Basri Kyai Jabat
(selepas Syamsuri Kaempuan)
Sigit Antonio Raden Sutejo
Amangkurat I
Temmy Rahadi Murid Datuk Larang Tapa
Bima Sena Pangeran Purbaya
Rendy Bramasta Temenggung Alap Alap
Fairus Salam Dewi Sekar Harum
Alex Bernard Kyai Ageng Sebayu
Ratu Anya Sang Hyang Kili
Imelda Soraya Nyi Blorong
(selepas Aldona Toncic)
M. Arif Setan Utara 3
Nurcholis Raden Permadi / Wiratsangka
Andez Raditya Raden Permadi / Wiratsangka
(selepas Nurcholis)
Alan Ki Welang
Puput Nyi Weling
Lisda Oktaviani Nandini (Siluman Ular)
Roro Grinsing
Nyi Blorong
(selepas Imelda Soraya)
Faisal Bugis Pangeran Trunojoyo
Arifin Gunawan Jaka
Kuma Somala
Husien Khalia Hiralal Shangker
Temenggung Martopuro
Setan Bongkok
Alfiano Kala Roma Abang
Zaenal Patikawa Ki Pangalanan
Wawan Ki Mertani
Wawan Bima Ki Sumangkar
Mack Reynaldo Pengemis Tangan Seribu
Yoseph Holne Ki Panut
Rossi Ayu Nyi Panut
Ambarwati
Yuri Zhang Mawar Putih
(selepas Errina GD)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]