Milenium ke-5
Penampilan
Milenium: | |
---|---|
Abad: |
|
Milenium ke-5 ialah tempoh yang bermula dari 1 Januari 4001 dan berakhir pada 31 Disember 5000.
Peristiwa astronomi
[sunting | sunting sumber]Bumi akan mengalami 2360 gerhana suria. Tarikh-tarikh berikut merupakan tarikh astronomi dan diberikan dalam format astronomi, iaitu Tahun Bulan Hari, yang membenarkan tarikh-tarikh tersebut disusun.
- 4285 Ogos 6: Zuhrah menghijab Regulus
- 4296 November 22: Zuhrah menghijab Antares
- 4557 November 10: Zuhrah menghijab Regulus
- 4747 Ogos 14: Zuhrah menghijab Regulus
- 4772 Oktober 13: Takwim Maya tamat
- Pada sekitar tahun 4380 dalam abad ke-44, Komet Hale-Bopp dijangka akan kembali ke sistem suria dalaman. Komet ini terakhir menguasai langit Bumi pada tahun 1996-1997.
- Pada abad ke-49, Komet Agung 1811 dijangka akan kembali ke sistem suria dalaman. Menurut penghitungan yang dibuat ketika itu, komet ini harus kembali pada sekitar tahun 4876.
Peristiwa fiksyen
[sunting | sunting sumber]- Kebanyakan peristiwa di dalam novel-novel Honor Harrington dan cerpen-cerpen yang ditulis oleh David Weber berlaku pada tahun-tahun awal milenium ke-5.
- Pada tahun 4846 (atau dengan lebih tepat, pada hari ke-12 Kalends, CY 9772), kapal bintang Asendan Andromeda akan digunakan oleh Pengawal Tertinggi Sistem Komanwel (dalam siri televisyen, Andromeda).
- Dalam filem A. I., peristiwa berturut-turut yang berlaku pada tahun 4001 menonjolkan kepupusan manusia selepas lautan-lautan membeku, akan tetapi makhluk-makhluk cerdas lain yang merupakan keturunan-keturunan robot cerdas awal manusia kembali ke bumi untuk mengekskavasi supaya dapat menemui asal-usul mereka.
- 4444: Peristiwa Neo Contra.
- 4665: Peristiwa Gua-gua Keluli.
- 4667: Peristiwa Matahari Terdedah.
- 4670: Peristiwa Robot-roboh Subuh.
- 4870: Peristiwa Robot-robot dan Empayar.
- Suatu adegan dalam SB-129 daripada siri televisyen animasi, SpongeBob SquarePants, berlaku pada 6 Mac 4017.
- Abad ke-49: Susan daripada rancangan televisyen, Doktor Who, dilahirkan.
- Milenium Ke-5, siri novel oleh Stirling, Wehrstein dan Meier, berlatarbelakangkan masa ini, dan membabadkan kehidupan dan perjalanan beberapa watak yang berkait di dunia khayalan yang muncul selepas sebuah peperangan nuklear memusnahkan hampir kesemua peradaban di bumi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Konjungsi-konjungsi Regulus dengan planet-planet Diarkibkan 2005-09-17 di Wayback Machine (dalam bahasa Jerman)