Milenium ke-11 dan selepasnya
Milenium: | Milenium ke-10 • Milenium ke-11 • Milenium ke-12 |
Abad: | Abad ke-101 • Abad ke-102 • Abad ke-103 • Abad ke-104 • Abad ke-105 • Abad ke-106 • Abad ke-107 • Abad ke-108 • Abad ke-109 • Abad ke-110 |
Banyak ramalan telah dibuat mengenai masa hadapan milenium ke-11 dan selepasnya. Rencana ini merupakan ringkasan yang berasal daripada pengetahuan astronomi serta ramalan-ramalan fiksyen sains.
Peristiwa astronomi
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini menyenaraikan banyak peristiwa astronomi yang dijangka akan berlaku selepas tahun 10,000 SM. [1] [2] [3]
Semua tarikh yang diberikan adalah dalam skala masa yang seragam seperti Masa Terestrial. Apabila ditukarkan kepada masa suria kita (iaitu Masa Sejagat) yang tidak seragam melalui ΔT, tarikh-tarikh ini adalah beberapa hari lebih awal. Disebabkan oleh perbezaan ini, tarikh-tarikh ini tidak mempunyai perhubungan hari ulang tahun dengan tarikh-tarikh sejarah. Tambahan pula, tarikh-tarikh yang diberikan ini hanya merupakan tarikh astronomi dan oleh itu, diberikan dalam format astronomi, iaitu Tahun-Bulan-Hari.
Bintang Barnard
[sunting | sunting sumber]- 11,800: Kehampiran Bintang Barnard yang paling dekat dengan Matahari pada 3.8 tahun cahaya. [4]
Persamaan nod-nod planet
[sunting | sunting sumber]Transit-transit khas
[sunting | sunting sumber]Gerhana dan transit matahari serentak
[sunting | sunting sumber]- 10,663 Ogos 20: Gerhana matahari penuh dan transit Utarid
- 11,268 Ogos 25: Gerhana matahari dan transit Utarid
- 11,575 Februari 28: Gerhana matahari anulus dan transit Utarid
- 15,232 April 5: Gerhana penuh matahari dan transit Zuhrah
- 15,790 April 20: Gerhana matahari anulus dan transit Utarid
Transit-transit serentak Utarid dan Zuhrah
[sunting | sunting sumber]- 13,425 September 13: Dalam selang masa hanya 16 jam, transit Utarid dan transit Zuhrah terjadi
- 69,163 Julai 26: Transit serentak Utarid dan Zuhrah
- 224,508 Mac 27: Transit serentak Utarid dan Zuhrah
Penghijaban bintang terang oleh planet-planet
[sunting | sunting sumber]10,000-11,000
[sunting | sunting sumber]- 10,032 November 1: Zuhrah menghijab Regulus
- 10,494 November 9: Zuhrah menghijab Regulus
- 10,674 Oktober 5: Utarid menghijab Aldebaran
- 10,956 November 16: Zuhrah menghijab Regulus
- 10,974 April 28: Ceres menghijab Antares
11,000-12,000
[sunting | sunting sumber]- 11,398 Disember 11: Utarid menghijab Regulus
- 11,418 November 24: Zuhrah menghijab Regulus
12,000-13,000
[sunting | sunting sumber]- 12,063 Julai 28: Marikh menghijab Regulus
- 12,115 Disember 5: Zuhrah menghijab Regulus
- 12,233 Disember 23: Utarid menghijab Regulus
- 12,308 Januari 10: Marikh menghijab Regulus
- 12,347 Julai 30: Marikh menghijab Regulus
- 12,812 Disember 15: Zuhrah menghijab Regulus
13,000-14,000
[sunting | sunting sumber]- 13,189 Februari 9: Utarid menghijab Regulus
- 13,207 Januari 25: Marikh menghijab Regulus
- 13,534 November 28: Utarid menghijab Aldebaran
- 13,595 Januari 11: Utarid menghijab Regulus
- 13,744 Disember 29: Zuhrah menghijab Regulus
- 14,121 Januari 18: Utarid menghijab Regulus
14,000-15,000
[sunting | sunting sumber]- 14,161 Mac 11: Zuhrah menghijab Regulus
- 14,384 Januari 22: Utarid menghijab Regulus
- 14,619 Ogos 10: Marikh menghijab Regulus
- 14,647 Januari 26: Utarid menghijab Regulus
- 14,910 Januari 29: Utarid menghijab Regulus
Selepas
[sunting | sunting sumber]15,000-16,000
[sunting | sunting sumber]- 22,767 April 18: Ceres menghijab Aldebaran
- 23,527 Ogos 1: Pallas menghijab Castor
- 40,529 Januari 11: Ceres menghijab Aldebaran
- 41,367 Januari 7: Ceres menghijab Aldebaran
Peristiwa anggaran sebelum 1,000,000
[sunting | sunting sumber]- 600,000,000, gerhana matahari penuh yang terakhir akan terjadi di Bumi.
- 700,000,000 (tujuh ratus juta): Lautan-lautan Bumi akan mula menyejat dan Bumi tidak boleh lagi didiami [1] oleh kebanyakan jenis hidupan kini.
- 3,000,000,000 (tiga bilion): Galaksi Andromeda dan Galaksi Bima Sakti diramalkan akan berlanggar (kedua-dua galaksi ini akan bergabung menjadi sebuah galaksi yang lebih besar, tetapi hanya sebilangan kecil bintang-bintang akan berlanggar dengan bintang-bintang yang lain, disebabkan sebahagian besarnya kerana saiz ruang yang amat besar).
- 6,500,000,000 (enam perpuluhan lima bilion): Matahari menjadi raksasa merah dan semua hidupan di bumi (dan mungkin Bumi pada dirinya) akan dimusnahkan.
- 7,000,000,000 (tujuh bilion): Matahari menjadi kerdil putih yang lebih kurang sama saiznya dengan saiz Bumi.
- 1,000,000,000,000 (satu trilion): Matahari menjadi kerdil hitam.
- 100,000,000,000,000 (seratus trilion) hingga 1,000,000,000,000,000 (satu kuadrilion): Kesejukan Besar, menurut banyak ahli kosmologi. Makhluk-makhluk cerdas yang hidup ketika itu mungkin akan melarikan diri ke alam-alam semesta yang lain, sebagaimana yang dicadangkan oleh ahli fizik Michio Kaku. Permulaan Era Degenerat di alam semesta kita. Keakhiran pembentukan bintang biasa dan bintang-bintang biasa di dalam supergalaksi Bima Sakti/M31. Bintang-bintang baru hanya akan dibentuk melalui pelanggaran-pelanggaran kerdil perang pada setiap lebih kurang seratus bilion tahun.
- 10,000,000,000,000,000,000 (sepuluh kuintilion): Graviti galaksi merosot. 90% daripada bintang-bintang akan masuk ke dalam ruang antara galaksi, manakala bintang-bintang yang lain akan bergabung dengan Lohong Hitam pusat.
- 1040: Permulaan Era Lohong Hitam di alam semesta kita.
- 10100 (satu googol): Jika teori penyejatan lohong hitam adalah betul, kesemua lohong hitam di dalam alam semesta kita akan menyejat pada sekitar tahun ini, menurut ramalan banyak ahli astronomi. Permulaan era gelap di alam semesta kita.
Adalah mungkin bahawa alam semesta kita tidak mengembang lagi, dan sebaliknya akan mula mengecut. Akhirnya, alam semesta kita ini akan hilang dalam Kecutan Besar yang menyebabkan alam semesta mengecut menjadi suatu ketunggalan. Sebagai alternatif, alam semesta mungkin akan mengalami Rabak Besar yang menyebabkan pengembangan alam semesta menjadi terlalu kuat sehingga ruang-masa juga terputus. Menurut pengetahuan kini, kedua-dua senario ini kelihatan tidak mungkin. Sebaliknya, alam semesta kita ini dipercayai akan mengembang selama-lamanya dengan kadar yang lebih cepat.
Era
[sunting | sunting sumber]Teknologi
[sunting | sunting sumber]- Disember 4, 292,277,026,596: Waktu Unix 64-bit diset semula ke sifar.
- Disember 31, 17,014,118,346,046,923,173,168,730,371,588,410: Waktu Unix 128-bit diset semula ke sifar.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Transit-transit Serentak oleh Meeus dan Vitagliano Diarkibkan 2007-07-10 di Wayback Machine (pdf, 315KB)
- ^ Konjungsi Regulus dan planet-planet Diarkibkan 2005-09-17 di Wayback Machine (dalam bahasa Jerman)
- ^ Ketepatan pengiraan-pengiraan Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine (dalam bahasa Jerman)
- ^ Bintang Barnard