Michio Kaku
Michio Kaku | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Jepun–Amerika |
Pusat pendidikan | Universiti Harvard (B.A., 1968) Universiti California, Berkeley (Ph.D., 1972) |
Terkenal kerana | Teori medan tali Physics of the Impossible Physics of the Future The Future of the Mind |
Pasangan | Shizue Kaku |
Anak-anak | 2 |
Anugerah | Anugerah Peringatan Klopsteg (2008) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik teori |
Institusi | Universtiti City New York Universiti New York Institut Kajian Maju |
Penasihat kedoktoran | Stanley Mandelstam |
Laman web rasmi | MKaku.org |
Japanese nameKanji加來道雄
Transkripsi | |
---|---|
Romanization | Kaku Michio |
Michio Kaku (lahir 24 Januari 1947) merupakan seorang ahli fizik teori, futuris, dan pelopor sains Amerika Syarikat berketurunan Jepun. Beliau merupakan profesor fizik teori di Kolej City New York dan CUNY Graduate Center. Kaku telah menulis buku mengenai fizik dan topik berkaitan, dan sering membuat kemunculan di televisyen, dan filem, dan menulis rencana dan blog dalam talian. Beliau telah menulis tiga buku paling laris New York Times — Physics of the Impossible (2008), Physics of the Future (2011), dan The Future of the Mind (2014) — malah juga telah mengacarakan beberapa rancangan TV untuk BBC, Discovery Channel, History dan Discovery Science.
Awal hidup dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Kaku dilahirkan di San Jose, California. Kedua-dua ibu bapanya beketurunan Jepun:[1] bapanya anak jati California serta berpendidikan di Jepun dan Amerika Syarikat, kedua-dua ibu bapanya bertemu semasa keluarga mereka diarahkan membawa diri ke Pusat Tolak Perang Tasik Tule semasa Perang Dunia Kedua, di mana mereka bertemu dan di mana abang sulungnya dilahirkan.
Beliau mula menceburi projek sains sejak menghadiri Sekolah Tinggi Cubberley di Palo Alto di mana beluau memasang suatu pemecut zarah di garaj ibu bapanya untuk menghasilkan "sinar gama yang cukup kuat untuk menghasilkan antijirim." Usahanya yang dipamerikan di Pameran Sains Negara Albuquerque, New Mexico menarik perhatian ahli fizik Edward Teller yang memilih beliau sebagai anak didikannya melalui pemberian Biasiswa Kejuruteraan Hertz. Kaku lulus summa cum laude dari Universiti Harvard pada tahun 1968 dan pertama kali dalam kelas fiziknya. Beliau telah menghadiri Makmal Radiasi Berkeley di Universiti California, Berkeley, dan menerima Ph.D. pada tahun 1972, dan pada tahun yang sama mengadakan kuliah di Universiti Princeton.
Kaku dikerahkan dalam Tentera Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam di Fort Benning, Georgia serta latihan infantri lanjutan di Fort Lewis, Washington.[2] Walau bagaimanapun, Perang Vietnam berakhir sebelum beliau ditugaskan sebagai seorang askar infantri.
Kerjaya akademik
[sunting | sunting sumber]Sebagai sebahagian daripada program penyelidikan pada tahun 1975 dan 1977 di jurusan fizik di The City College of The City University of New York, Kaku bekerja pada penyelidikan mengenai mekanik kuantum.[3][4] Beliau merupakan Pelawat dan Ahli (1973 dan 1990) di Institut Kajian Lanjutan di Princeton dan Universiti New York. Beliau kini memegang Kerusi Henry Semat dan Profesor dalam fizik teori di Kolej Bandar Raya New York..[5] Beliau sendirinya merupakan saksi penting dalam kejadian yang berlaku di Makmal Lapangan Santa Susana tahun 1979 di mana suatu eksperimen reaktor natrium yang kemalangan di Lembah Simi menyebabkan kebocoran radiasi di sana sehingga menggemparkan penduduk setempat.
Kaku mempunyai lebih daripada 70 artikel yang diterbitkan dalam jurnal fizik seperti Physical Studies, yang meliputi topik seperti teori supertali, supergraviti, supersimetri, dan fizik hadronik[6] Pada 1974, Kaku dan Prof. Keiji Kikkawa dari Universiti Osaka menulis bersama kertas yang menggambarkan teori tali dalam bentuk medan.[7]
Kaku merupakan pengarang bagi beberapa buku teks mengenai teori tali dan teori medan kuantum.
Penggiatan dalam komunikasi sains awam
[sunting | sunting sumber]Kaku paling banyak dikenali sebagai pelopor sains [8] dan pakar jangkauan fizik. Beliau telah menulis buku dan muncul di banyak program televisyen serta filem. Beliau juga menganjurkan program radio mingguan.
Beliau telah mengarang pelbagai buku sains popular:
- Beyond Einstein: The Cosmic Quest for the Theory of the Universe (bersama Jennifer Thompson) (1987)[9]
- Hyperspace: A Scientific Odyssey through Parallel Universes, Time Warps, and the Tenth Dimension (1994)[10]
- Visions: How Science Will Revolutionize the 21st Century (1998)[11]
- Einstein's Cosmos: How Albert Einstein's Vision Transformed Our Understanding of Space and Time (2004)[12]
- Parallel Worlds: A Journey through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos (2004)[13]
- Physics of the Impossible: A Scientific Exploration into the World of Phasers, Force Fields, Teleportation, and Time Travel (2008)[14]
- Physics of the Future: How Science Will Shape Human Destiny and Our Daily Lives by the Year 2100 (2011)[15]
- The Future of the Mind: The Scientific Quest to Understand, Enhance, and Empower the Mind (2014)[16]
Hyperspace adalah buku terlaris dan dgundi salah satu buku sains terbaik tahun ini The New York Times[8] dan The Washington Post. Parallel Worlds ialah finalis untuk Hadiah Samuel Johnson Prize untuk bukan cereka di UK.[17]
Beliau juga merupakan juruhebah program radio satu jam mingguan Exploration, yang dihasilkan oleh WBAI Foundation Pacifica di New York. Exploration telah disindiketkan kepada komuniti dan stesen radio bebas dan membuat siaran terdahulu tersedia di laman web program. Kaku mendefinisikan rancangan itu sebagai topik umum sains, perang, keamanan dan persekitaran.
Televisyen dan filem
[sunting | sunting sumber]Kaku telah muncul dalam pelbagai bentuk media dan banyak program dan rangkaian, termasuk Good Morning America, The Screen Savers, Larry King Live, 60 Minutes, Imus In The Morning, Nightline, 20/20, Naked Science, CNN, ABC News, CBS News, NBC News, Al Jazeera English, Fox News Channel, The History Channel, Conan, The Science Channel, The Discovery Channel, TLC, Countdown with Keith Olbermann, The Colbert Report, The Art Bell Show dan penggantinya, Coast to Coast AM, BBC World News America, The Covino & Rich Show, Head Rush, Late Show with David Letterman, dan Real Time with Bill Maher. Beliau telah ditemuramah untuk dua dokumentari PBS, The Path to Nuclear Fission: The Story of Lise Meitner and Otto Hahn dan Out from the Shadows: The Story of Irène Joliot-Curie and Frédéric Joliot-Curie, yang diterbitkan dan diarahkan oleh bekas juruhebah WBAI Rosemarie Reed.[18]
- We Are the Guinea Pigs (1980)
- Borders (1989)
- Synthetic Pleasures (1995)
- Einstein Revealed (1996)
- Future Fantastic (1996)
- Stephen Hawking's Universe (1997)
- Bioperfection: Building a New Human Race (1998)
- Me & Isaac Newton (1999)
- Space: The Final Junkyard (1999)
- Ghosts: Caught on Tape (2000)
- Big Questions (2001)
- Parallel Universes (2001)
- Horizon': "Time travel" (2003)
- Robo Sapiens (2003)
- Brilliant Minds: Secret Of The Cosmos (2003)
- Nova: "The Elegant Universe" (2003)
- Hawking (2004)
- The Screen Savers (2004)
- Unscrewed with Martin Sargent' (2004)
- Alien Planet (2005)
- ABC News "UFOs: Seeing Is Believing" (2005)
- HARDtalk Extra (2005)
- Last Days on Earth (2005)
- Obsessed & Scientific (2005)
- Horizon: "Einstein's Unfinished Symphony" (2005)
- Exodus Earth (2006)
- Time (2006)
- 2057 (2007)
- The Universe (2007)
- Futurecar (2007)
- Attack of the Show! (2007)
- Visions of the Future (2008)
- Horizon: "The President's Guide to Science" (2008)
- Stephen Hawking: Master of the Universe (2008)
- Horizon: "Who's Afraid of a Big Black Hole" (2009–2010)
- Sci Fi Science: Physics of the Impossible (2009–2010)
- Horizon: "What Happened Before the Big Bang?" (2010)
- GameTrailers TV With Geoff Keighley: "The Science of Games" (2010)
- How the Universe Works (2010)
- Seeing Black Holes (2010)
- Prophets of Science Fiction (2011)
- Through the Wormhole (2011)
- Horizon: "What Happened Before the Big Bang?" (2011)
- The Science of Doctor Who (2012)
- Horizon: "The Hunt for Higgs" (2012)
- The Principle: "The Principle" (2014)
Advokasi dasar dan aktivisme
[sunting | sunting sumber]Kaku secara terbuka menyatakan kebimbangannya terhadap perkara-perkara termasuk orang-orang yang menafikan penyebab pemanasan global antropogenik, persenjataan nuklear, kuasa nuklear dan apa yang beliau percaya sebagai penyalahgunaan umum sains.[19] Beliau mengkritik terhadap siasatan kapal angkasa Cassini–Huygens kerana 72 paun (33 kg) plutonium yang terkandung dalam kraf untuk digunakan oleh penjana termoelektrik radioisotopnya. Menyedari kemungkinan kecelakaan jika bahan bakar prob disebarkan ke alam sekitar semasa kerosakan dan kemalangan ketika siasatan membuat manuver 'sling-shot' di sekitar Bumi, Kaku secara terbuka mengkritik penilaian risiko NASA.[20]
Katanya dari wawancara yang menyokong SETI, "Kita boleh berada di tengah-tengah perbualan antara galaksi... dan kita tidak akan tahu", digunakan dalam ansuran Symphony of Science "Our Place in the Cosmos". Kaku juga merupakan ahli Lembaga Penasihat CuriosityStream.[21]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Kaku berkahwin dengan Shizue Kaku dan mempunyai dua anak perempuan, Alyson dan Michelle.[22][23]
Dalam budaya masyhur
[sunting | sunting sumber]Pada 2016, Kaku muncul dalam iklan TV TurboTax.[24]
Karya
[sunting | sunting sumber]- Kaku, Michio; Trainer, Jennifer, penyunting (1982). Nuclear Power: Both Sides. New York: Norton. ISBN 0-393-01631-5.
- Kaku, Michio; Jennifer Trainer Thompson (1987). Beyond Einstein: Superstrings and the Quest for the Final Theory. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-286196-4.
- Kaku, Michio; Daniel Axelrod (1987). To Win a Nuclear War: The Pentagon's Secret War Plans. Boston: South End Press]. ISBN 0-89608-321-7.
- Kaku, Michio (1993). Quantum Field Theory: A Modern Introduction. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-507652-4.
- Kaku, Michio (1994). Hyperspace: A Scientific Odyssey Through Parallel Universes, Time Warps, and the Tenth Dimension. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-286189-1.
- Kaku, Michio (1998). Visions: How Science Will Revolutionize the 21st Century. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-288018-7.
- Kaku, Michio (1999). Introduction to Superstrings and M-Theory. New York: Springer. ISBN 0-387-98589-1.
- Kaku, Michio (1999). Strings, Conformal Fields, and M-Theory. New York: Springer. ISBN 0-387-98892-0.
- Kaku, Michio (2004). Einstein's Cosmos: How Albert Einstein's Vision Transformed Our Understanding of Space and Time. London: Weidenfeld & Nicolson. ISBN 0-297-84755-4.
- Kaku, Michio (2004). Parallel Worlds: The Science of Alternative Universes and Our Future in the Cosmos. London: Allen Lane. ISBN 0-7139-9728-1.
- Kaku, Michio (2008). "M-Theory: The Mother of All Superstrings" in Riffing on Strings: Creative Writing Inspired by String Theory. New York: Scriblerus. ISBN 978-0-9802114-0-5.
- Kaku, Michio (2008). Physics of the Impossible. New York: Doubleday. ISBN 978-0-385-52069-0.
- Kaku, Michio (2011). Physics of the Future: How Science will Shape Human Destiny and our Daily Lives by the Year 2100. New York: Doubleday. LCCN 2010026569.
- Kaku, Michio (2014). The Future of the Mind: The Scientific Quest to Understand, Enhance, and Empower the Mind. New York: Doubleday. ISBN 978-0385530828.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Michio Kaku – Time: 3 – Earthtime, BBC MMIV
- ^ Kaku, Michio (1994). Hyperspace: a scientific odyssey through parallel universes, time warps, and the tenth dimension. Oxford University Press US. m/s. 146. ISBN 0-19-508514-0.
- ^ Kaku, Michio. "Ghost-free formulation of quantum gravity in the light-cone gauge." Nuclear Physics B 91.1 (1975): 99–108.
- ^ Kaku, M., P. K. Townsend, and P. Van Nieuwenhuizen. "Gauge theory of the conformal and superconformal group." Physics Letters B 69.3 (1977): 304–308.
- ^ "Physics Department". The City College of New York. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-17. Dicapai pada 2017-12-03.
- ^ "List of research papers in American Physical Society Journals". [pautan mati]
- ^ Kaku, Michio; Kikkawa, K. (1974). "Field theory of relativistic strings. II. Loops and Pomerons". Phys. Rev. D. 1110. 10 (6): 1823–1843. Bibcode:1974PhRvD..10.1823K. doi:10.1103/PhysRevD.10.1823. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-17.
- ^ a b "Notable books of 1994". The New York Times. December 4, 1994. Dicapai pada 20 September 2010.
- ^ "Beyond Einstein: The Cosmic Quest for the Theory of the Universe ebook by Michio Kaku". amytrujillo.blogdetik.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-30. Dicapai pada 2014-11-26.
- ^ Kaku, Michio (1994). Hyperspace: A Scientific Odyssey Through Parallel Universes, Time Warps, and the Tenth Dimension. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-286189-1.
- ^ "Review of Michio Kaku's, Visions: How Science Will Revolutionize the 21st Century". ieet.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-01. Dicapai pada 2015-10-29.
- ^ "Nonfiction Book Review: EINSTEIN'S COSMOS: How Albert Einstein's Vision Transformed Our Understanding of Space and Time by Michio Kaku". PublishersWeekly.com. Dicapai pada 2015-10-29.
- ^ Kaku, Michio (2004). Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos. New York: Doubleday. ISBN 978-0-385-50986-2.
- ^ A.Z. Jones (2008). "Physics of the Impossible by Michio Kaku". About.com. Dicapai pada 2009-06-24.
- ^ Kaku, Michio. "Physics of the Future". Excerpt. NPR. Dicapai pada 22 June 2011.
- ^ "The Future of the Mind: The Scientific Quest to Understand, Enhance, and Empower the Mind, Hardcover, February 25, 2014, by Michio Kaku". amazon.com. Dicapai pada 2014-11-26.
- ^ Kaku, Michio. "Samuel Johnson Prize for Non Fiction 2005 – Longlist". Parallel Worlds. BBC.
- ^ PBS: Out from the Shadows The Story of Joliot-Curie & Frédéric Joliot-Curie Retrieved 2012-07-05
- ^ Kaku, Michio (Summer 1992). "Nuclear Threats and the New World Order". CovertAction Quarterly. 41 (2). Dicapai pada 27 February 2008.
- ^ Kaku, Michio (5 October 1997). "A Scientific Critique of the Accident Risks from the Cassini Space Mission". Animated Software Company. Dicapai pada 27 February 2008. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "CuriosityStream Advisory Board". Dicapai pada September 27, 2017.
- ^ Physics of the Future: How Science Will Shape Human Destiny and Our Daily Lives by the Year 2100. Michio Kaku. Knopf Doubleday Publishing Group, 2011
- ^ "Reference profile at Radaris". Dicapai pada September 27, 2017.
- ^ Staff. (January 4, 2016) "Physics Geniuses Illustrate the Mind-Bending Simplicity of TurboTax in W+K's New Ads; Campaign will include a Super Bowl spot By David Gianatasio" Adweek Retrieved September 27, 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Michio Kaku |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Michio Kaku |
- mkaku
.org - Michio Kaku di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- "Russia Takes Aim at Asteroids". Commentary. Wall St. Journal. Jan 5, 2010.
- Science Fantastic (Jun–Aug 2013) at Talk Radio Network (TRN)
- "Interview with Michio Kaku". In Depth. C-SPAN. Oct 3, 2010.