Pergi ke kandungan

Mertajam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mertajam
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Lepisanthes rubiginosa
Nama binomial
Lepisanthes rubiginosa
(Roxb.) Leenhouts
Sinonim[3]
Senarai
    • Erioglossum edule[1] Blume
    • Erioglossum rubiginosum[2] Gagnep
    • Lepisanthes stilaginea Noronha ex Miq.
    • Lepisanthes stilaginea Noronha ex Cambess.
    • Lepisanthes edulis Steud.
    • Lepisanthes rubiginosus Roxb.
    • Lepisanthes pinnatus Roxb. ex Hiern
    • Lepisanthes longifolius Buch.-Ham. ex Wight & Arn.
    • Lepisanthes fraxinifolius DC.
    • Lepisanthes edulis Bl.
    • Lepisanthes alternifolius Buch.-Ham. ex Wight & Arn.
    • Lepisanthes cupanioides Cambess.
    • Lepisanthes hirta Ridl.
    • Lepisanthes balansaeana Gagnep.
    • Lepisanthes rubiginosum Radlk.
    • Lepisanthes rubiginosum villosum Gagnep.
    • Lepisanthes rubiginosum (Roxb.) Bl.
    • Lepisanthes edule Bl.

Mertajam, mentajam, terajam, kelayu, kelat jantan atau arang para (nama botani: Lepisanthes rubiginosa)[4] ialah spesies pokok dalam genus Lepisanthes keluarga Sapindaceae yang ditemukan dari utara India ke Indochina, Malesia dan barat laut Australia.[3][5]:649 Pokok-pokoknya tumbuh meliar di sekitar kawasan-kawasan kampung dan pinggir hutan.[6]

Pokok mertajam jenis renek yang tumbuh mencapai ketinggian hingga 16 meter. Dahan-dahan mudanya berbulu halus. Daunnya berbentuk pelepah terdiri daripada 2–9 helai anak setangkai berbentuk bujur atau mata lembing dengan ukuran 4.5–25 sm panjang dan 2–11 sm lebar.[5]:649

Bunganya berbentuk bulat dan mengeluarkan bau harum. Sekuntum bunga terdiri daripada 4 atau 5 kelopak berwarna putih, sulurnya panjang.[5]:649 Buahnya kecil dan mempunyai 1–3 ulas. Kulitnya berwarna kuning semasa muda dan bertukar menjadi merah dan kundang gelap atau hitam apabila matang.[5]:649

Pokok mertajam sering digunakan bagi merawat kudis dan bagi rawatan luar sahaja.[perlu rujukan]

Pucuk daun mudanya boleh dimakan sebagai sayur, buahnya boleh dimakan.[5]:650

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "mĕrtajam". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 137 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ "Erioglossum rubiginosum". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b "Lepisanthes rubiginosa (Roxb.) Leenh". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. Dicapai pada 8 Mei 2023.
  4. ^ Toh Suat Loo, penyunting (2004). The Cyber Plant Conservation Project: Promoting Plant Biodiversity Conservation through ICT. Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia: Pertubuhan Makanan dan Pertanian dan Institut Sumber Genetik Tumbuhan Antarabangsa. m/s. 43. ISBN 92-9043-626-3.
  5. ^ a b c d e Adema, F.; Leenhouts, P.W.; van Welzen, P.C. (1994). "Sapindaceae". Flora Malesiana. 11 (3): 419–768 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  6. ^ Adnan Mohamad (2003). Pokok-pokok untuk tanaman bandar. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 52. ISBN 983-2181-51-8.