Menara Taming Sari
Menara Taming Sari | |
---|---|
Etimologi | Keris Taming Sari |
Ketinggian yang direkodkan | |
Tertinggi di Melaka dari 2008 hingga 2014[I] | |
Didahului oleh | Emperor Hotel |
Diatasi oleh | The Shore Sky Tower Malacca |
Maklumat umum | |
Jenis | Menara giro |
Lokasi | Bandaraya Melaka, Malaysia |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 2°11′27.0″N 102°14′49.6″E / 2.190833°N 102.247111°EKoordinat: 2°11′27.0″N 102°14′49.6″E / 2.190833°N 102.247111°E |
Pembinaan bermula | Ogos 2006 |
Disiapkan pada | Mac 2008 |
Dibuka pada | 18 April 2008 |
Dirasmikan pada | 17 Mei 2008 |
Pembiayaan | RM2 juta |
Pemilik | Melaka Taming Sari Berhad (anak syarikat Kumpulan Melaka Berhad, anak syarikat kepada Malacca Chief Minister Incorporated)[1][2] |
Maklumat ketinggian | |
Menara antena | 110 m (360 ka) |
Bumbung | 100 m (330 ka) |
Anjung pemerhatian | 80 m (260 ka) |
Butiran teknikal | |
Sistem penstrukturan | Konkrit |
Bilangan tingkat | 24 |
Tapak web | |
http://menaratamingsari.com/ | |
sunting · sunting di Wikidata |
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Menara Taming Sari". Kumpulan Melaka Berhad. Dicapai pada 30 April 2023.
- ^ "Anak Syarikat". CMI Melaka. Dicapai pada 30 April 2023.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Menara Taming Sari |