Pergi ke kandungan

Melania Trump

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Melanija Knavs)
Melania Trump
Potret rasmi pada tahun 2017
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Dalam jawatan
20 Januari 2017 – 20 Januari 2021
PresidenDonald Trump
Didahului olehMichelle Obama
Digantikan olehJill Biden
Maklumat peribadi
Lahir
Melanija Knavs

(1970-04-26) 26 April 1970 (umur 54)
Novo Mesto,
Republik Sosialis Slovenia, Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia (sekarang Slovenia)
PasanganDonald Trump (kahwin 2005)
Anak
Ibu bapa
  • Viktor Knavs (bapa)
  • Amalija Ulčnik (ibu)
Saudara02
PendidikanUniversiti Ljubljana
PekerjaanAhli perniagaan
TandatanganTandatangan

Melania Knauss Trump (lahir 26 April 1970) ialah seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat, seorang bekas model dan juga seorang bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat yang berkhidmat dari 20 Januari 2017 hingga 20 Januari 2021.

Melania Trump merupakan isteri ketiga kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump, ibu kepada Barron Trump dan mempunyai 4 anak tiri.

Beliau juga merupakan Wanita Pertama yang kedua dilahirkan di luar Amerika Syarikat, 192 tahun selepas Louisa Adams dan satu-satunya Wanita Pertama AS yang dapat kerakyatan AS dengan cara semula jadi.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]
Melania Trump dengan suami beliau Donald Trump pada 30 November 2017

Pada tahun 1998, Beliau mula mempunyai hubungan rapat dengan Donald Trump, yang menjadi suami beliau pada tahun 2005.[1]

Mereka bertunang pada April 2004 dan telah berkahwin pada 22 Januari 2005, di Gereja Bethesda-by-the-Sea Episcopal, di pulau Palm Beach, Florida. Pada tahun 2006, Melania menjadi seorang aktivis alam sekitar Amerika Syarikat.

Pada 20 Mac 2006, Melania melahirkan seorang anak lelaki mereka, Barron Trump.[2]

Pada 2016, Melania telah berkempen untuk suaminya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 apabila dia menjadi diteliti ketika menyampaikan ucapan yang didakwa sama dengan yang bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat.

Sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]
Logo Pejabat Wanita Pertama Amerika Syarikat untuk Melania Trump

Pada 20 Januari 2017, Melania Trump menjadi Wanita Pertama Amerika Syarikat secara rasmi selepas suaminya Donald Trump mengangkat sumpah sumpah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 dalam majlis pelantikan beliau di Kapitol Amerika Syarikat.

Melania Trump bertinggal dengan anak lelakinya Barron Trump di Trump Tower sehingga anaknya lulus dari sekolah rendah pada tahun 2018 sebelum mereka berpindah ke White House.[3]

Pada 07 Mei 2018, Melania Trump telah mengumuman Be Best Inisiatif dengan tujuan untuk menggalakkan semua kanak-kanak untuk menghargai nilai-nilai kasih sayang dan menjaga antara satu sama lain dengan interaksi positif yang menghormati dan menggunakan pendidikan dan kesedaran untuk mengatasi isu penyalahgunaan dadah supaya mereka boleh menjadi seseorang yang "terbaik" dalam kehidupan yang mereka menginginkan.

Pada hari yang sama, Melania Trump juga memberi sebuah buku panduan yang telah dibuat dengan bantuan dari Federal Trade Commission (singkatan: FTC), dikarya oleh beliau sendiri untuk semua orang yang menghadiri ke pengumuman Be Best Inisiatif itu yang berada di White House pada hari itu.

Buku panduan tersebut dikarya dengan tujuan untuk membantu menggalakkan ibu bapa dan penjaga sah bercakap dengan kanak-kanak tentang isu keselamatan mengenai dalam talian dan luar talian, supaya mereka boleh ada perbualan yang bermakna mengenai penggunaan alat telekomunikasi seperti internet, sistem pesanan ringkas, telefon dan Wi-Fi dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab.

Melania Trump berkhidmat sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat sehingga 20 Januari 2021.

07 Mei 2018, Trump mengumuman Be Best Inisiatif dari Melania untuk menggalakkan semua kanak-kanak menjadi seorang yang "terbaik" dalam kehidupan mereka
Panduan keselamatan dalam talian dan luar talian oleh Melania
04 Mac 2020, Melania bersama dengan Susanna Liew dan Setiausaha Negara AS ke-70 Mike Pompeo di Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa
  1. ^ Charles, Marissa (August 16, 2015). "Melania Trump would be a first lady for the ages". The New York Post. Dicapai pada August 21, 2015.
  2. ^ "Melania Trump Mother’s Day interview: ‘It’s unconditional love’" dari The Palm Beach Post pada 09 Mei 2017
  3. ^ "Melania and Barron Trump won’t be moving to the White House" dari The New York Post pada 20 November 2016

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]