Tiffany Trump
Tiffany Trump | |
---|---|
Kelahiran | Tiffany Ariana Trump 13 Oktober 1993 |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Pendidikan |
|
Pekerjaan | Kerani undang-undang |
Pasangan | Michael Boulos (kahwin 2022) |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Keluarga |
|
Tiffany Ariana Trump (lahir 13 Oktober 1993) ialah seorang kerani undang-undang, bekas penyanyi dan anak keempat kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump.
Beliau merupakan anak perempuan kepada Donald Trump dan Marla Maples.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Tiffany dilahirkan di West Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat dan dinamakan sebahagiannya daripada peruncit perhiasan mewah dan khusus Tiffany & Co.[1]
Tiffany telah dibesarkan oleh ibunya di California dan jauh daripada perhatian orang luar sepanjang masa sebelum beliau menjadi dewasa.[1]
Pada 12 November 2022, Tiffany telah berkahwin dengan Michael Boulos, majlis perkahwinan mereka berada di Mar-A-Lago, Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat.[2] [3]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2016, Trump telah lulus dengan ijazah dalam sosiologi dari Universiti Pennsylvania, universiti ini juga di mana bapanya dapat ijazah ekonomi pada tahun 1968.[1]
Pada musim luruh 2017, Tiffany berjaya mendaftar masuk ke sekolah undang-undang di Universiti Georgetown.[4] [5]
Pada 18 Mei 2020, Tiffany telah lulus dari sekolah undang-undang Universiti Georgetown di tengah-tengah pandemik koronavirus.[1]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tiffany telah menyanyikan dua lagu original selepas lulus dari Universiti Pennsylvania dan sebelum belajar di Universiti Georgetown
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Donald Trump & Ex Marla Maples Celebrate Daughter Tiffany’s Law Degree" dari Heavy
- ^ Tiffany Trump And Michael Boulos’ Luxe Mar-A-Lago Wedding Photos And Videos dari SmileTimes pada 13 November 2022
- ^ Tiffany Trump Marries Michael Boulos At Mar-A-Lago dari Access di YouTube pada 13 November 2022
- ^ Tiffany Trump goes to Washington: First Daughter will attend law school at Georgetown, joining her dad Donald and big sister Ivanka in the nation's capital" dari Daily Mail
- ^ "First Daughter Tiffany Trump Will Attend Georgetown Law School" dari Time
- ^ Dari YouTube rasmi
- ^ Dari YouTube rasmi
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tiffany Trump |
Laman web rasmi