Max Tera
Max Tera (25 Oktober 1920 – 1 Oktober 1992) merupakan seorang penyunting dan sinematografer Indonesia. Beliau diupah oleh PERFINI pada 1950-an dan sering bekerjasama dengan pengarah Usmar Ismail.[1]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Tera dilahirkan pada 25 Oktober 1920 di Madiun, Jawa Timur, Hindia Timur Belanda. Beliau meneruskan pendidikannya sehingga sekolah tinggi, kemudiannya menjadi jurugambar.[2]
Sekitar 1948 semasa Revolusi Nasional Indonesia, Tera menyertai syarikat penerbitan South Pacific Film Corporation milik Belanda, di mana beliau mempelajari sinematografi di bawah jurugambar Belanda, AA Denninghoff-Stelling. Bersama South Pacific, Tera berkhidmat sebagai pembantu sinematografer untuk beberapa penerbitan, termasuk Djaoeh Dimata (1948), Gadis Desa, Harta Karun, dan Tjitra (semuanya 1949). Semasa bekerja di sana, Tera bertemu Usmar Ismail, yang merupakan pengarah Harta Karun dan Tjitra.[2]
Selepas tamatnya revolusi pada Disember 1949, Ismail mula bekerja untuk Darah dan Doa (1950). Tera telah diminta untuk menyertai penerbitan itu.[2] Penggambaran bermula pada 30 Mac 1950, satu tarikh yang kini diraikan sebagai Hari Filem Nasional di Indonesia.[3] Selepas filem itu dikeluarkan, ia akhirnya tidak berjaya.[4] Sungguhpun begitu, Tera kekal bersama Perfini, kemudiannya melatih beberapa jurugambar, termasuk Kosnen, R. Husein, dan Kasdullah.[2]
Pada 1960-an, Tera mula bekerja untuk beberapa filem oleh syarikat penerbitan lain, dengan keizinan dari Perfini. Pada tahun-tahun terawalnya, Tera bekerja secara bebas, kedua-duanya untuk wang dan kerana beliau merasakan beliau telah ditakdirkan menjadi ahli sinematografi.[2] Beliau membuat filem terakhirnya, Nuansa Birunya Rinjani, pada 1989.[5] Pada 1990 Tera telah dianugerahkan Hadiah Usmar Ismail atas sumbangannya kepada industri perfileman Indonesia. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 1 Oktober 1992.[2]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Sepanjang kerjaya empat puluh satu tahun beliau, Tera telah terlibat dalam beberapa 56 penerbitan, kebanyakannya sebagai sinematografi.[5] Berikut ialah senarai karya-karya beliau; jawatan lain selain ketua sinematografer dicatatkan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Horison. Jajasan Indonesia. 1987. Dicapai pada 12 Januari 2013.
- ^ a b c d e f "Max Tera". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfidan Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-23. Dicapai pada 13 Januari 2013. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Long March, The (Darah dan Doa) | Kredit". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfidan Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-11. Dicapai pada 11 Januari 2013. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Anwar, Rosihan (2004). Sejarah Kecil Petite Histoire Indonesia. Jakarta: Kompas. m/s. 89. ISBN 978-979-709-428-7.
- ^ a b "Max Tera | Filmografi". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfidan Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-13. Dicapai pada 13 Januari 2013. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)