Pergi ke kandungan

Masjid Niğde Alaaddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Masjid Niğde Alaaddin
Alâeddin Camii
Masjid Niğde Alaaddin yang terletak di Turki
Masjid Niğde Alaaddin
Ditunjukkan dalam Turki
Info asas
LokasiKale mahallesi, Niğde
Koordinat geografi37°57′59″N 34°40′44″E / 37.96639°N 34.67889°E / 37.96639; 34.67889
AgamaIslam
UpacaraSunah Waljamaah
DaerahNiğde
RantauAnatolia Tengah
NegaraTurki
StatusGiat
Penerangan seni bina
ArkitekSıddık
Jenis seni binaMasjid
Disiapkan pada1223
Spesifikasi
Bil. kubah3
Bil. menara masjid1
Bahan binaanBatu potong

Masjid Niğde Alaaddin (Turki: Alâeddin Camii) merupakan sebuah masjid bersejarah yang terletak Niğde, Turki.

Masjid ini terletak di kawasan istana bersejarah Niğde di koordinat 37°57′59″N 34°40′44″E / 37.96639°N 34.67889°E / 37.96639; 34.67889.[1]

Masjid Niğde Alaaddin telah dibina pada tahun 1223 semasa pemerintahan Keyqubad I (r. 1220–1237) daripada Kesultanan Rom (pendahulu Empayar Uthmaniyyah). Ia telah ditauliahkan oleh Ziynettin Beşare, gabenor tempatan Niğde bagi pihak sultan. Ketua arkitek masjid itu ialah Sıddık, anak Mahmut. Abangnya iaitu, Gazi merupakan pembantunya.[2]

Bahan binaan ialah terbuat daripada batu potong. Terdapat dua portal: pertama terletak di sebelah timur adalah bersejarah dan berseragam. Pintu kedua terletak di sebelah utara.[2] Terdapat tiga kubah di bahagian selatan masjid. Menara itu terletak di sudut timur laut bangunan persegi. Mengikut legenda penduduk tempatan, bentuk portal timur diukir menggunakan teknik muqarnas dan memberikan bayangan yang menyerupai bayangan gadis bermahkota, kononnya anak perempuan pengasas yang jatuh cinta dengan tukang batu yang membina masjid itu.[3]

  1. ^ "Alaaddin Cami Nerede Haritası". Haritamaap. Dicapai pada 12 Jun 2019.
  2. ^ a b "Alaeddin Camii". Islam Encyclopaedia (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 12 Jun 2019.
  3. ^ "Alaaddin Camii'nin kapısındaki sır ne?". Dünya Bizim page (dalam bahasa Turki). 1 May 2019. Dicapai pada 12 Jun 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]