Pergi ke kandungan

Kubah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kubah Gol Gumbaz di India adalah kubah kedua terbesar di dunia

Kubah (serapan Arab: قُبَّة, rumi: qubbah) merupakan antara unsur seni bina yang selalu digunakan. Ia berbentuk seperti separuh sfera, atau seperti kon yang permukaannya melengkung keluar. Terdapat juga bentuk 'kubah piring' (kerana puncak yang rendah dan dasar yang besar) dan 'kubah bawang' (kerana hampir menyerupai bentuk bawang).

Biasanya kubah akan diletakkan di tempat tertinggi di atas bangunan (sebagai bumbung). Ia diletakkan di atas rangka bangunan petak dengan menggunakan singgah kubah (pendentive).

Kubah boleh dianggap seperti satu gerbang yang diputarkan pada paksi menegaknya. Ini bermakna kubah mempunyai kekuatan struktur yang besar. Sama seperti jambatan gerbang tertekan, kubah boleh diperbuat daripada batu-bata dan konkrit sahaja, bergantung kepada daya tekanan dan geseran. Namun, kubah moden biasanya diperbuat menggunakan aloi aluminium, keluli atau konkrit diperkuat sebagai rangka dan disalut dengan kepingan aluminium, tembaga, polikarbonat ataupun cermin mengikut keperluan.

Jika dilihat dari dalam, kubah yang berbentuk hemisfera kelihatan lebih menarik, tapi ia perlu lebih tinggi untuk kelihatan menarik dari luar. Jadi sesetengah kubah, contohnya gereja St. Peter dibina dari dua kubah manakala gereja St Paul dibina dari tiga kubah.

Kubah Al-Aqsa, Baitulmaqdis

Banyak masjid di dunia kini juga mempunyai kubah, termasuklah di Malaysia. Tradisi ini berasal dari daerah Anatolia.

Beberapa stadium tertutup hari ini juga mempunyai kubah, terutamanya di negara yang mempunyai iklim empat musim. Stadium pertama seperti ini ialah "Astrodome" di Houston, Texas, AS. Contoh ternama lain ialah "SkyDome" di Toronto, Ontario, Kanada, stadium kubah pertama dengan bumbung yang boleh dibuka.

Kubah awal

[sunting | sunting sumber]

Kubah yang terawal kemungkinan besar merupakan bumbung pondok primitif, yang dibuat dari dahan kayu sebagai rangka dan disalut dengan selut dan lumpur. Ataupun menggunakan batu sebagai sangga. Contoh kubah seperti ini boleh dijumpai di dalam kubur Mycenae di Greece dan dalam seni bina Sicily di Itali. Kubah-kubah tersebut cuma digunakan untuk bangunan-bangunan yang kecil.

Zaman Pertengahan dan Pembaharuan

[sunting | sunting sumber]

Di Zaman Pertengahan (Middle Age) semasa pemerintahan kerajaan Rom, singgah kubah telah dicipta bagi membolehkan struktur kubah yang bulat diletakkan di atas bangunan berbentuk segi empat. Ini menjadikan penggunaan kubah semakin meluas.

Kemudian pada zaman Pembaharuan (Renaissance), orang-orang Eropah telah memperkenalkan idea tanglung di puncak kubah, dan juga meletakkan kubah di atas suatu struktur bulat (seperti silinder) supaya ia kelihatan lebih tinggi.

Zaman moden

[sunting | sunting sumber]

Manakala pada zaman moden, bentuk kubah geodesi telah diperkenalkan. Kubah ini berbentuk kemisfera dan menggunakan kekisi sebagai rangka, menjadikannya lebih ringan. Perkembangan teknologi juga membolehkan penggunaan cermin dan plastik sebagai salutan.

Kubah terkenal

[sunting | sunting sumber]

Senarai kubah terkenal mengikut tahun siap:

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]