Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah
Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah Kampung Duyong | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Hj Abu Adam Bin Awal 2017 (Imam Besar) Hj Abd Aziz Bin Hj Abdullah 2017 (Timb. Imam Besar) 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-04-MT-00137 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Lokasi | Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah Kampung Duyong, Km.5.6, Duyong, 75450 Melaka |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Simen |
Laman sesawang | |
Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah Kampung Duyong | |
sunting |
Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah Kampung Duyong merupakan sebuah masjid yang terletak di Km.5.6, Duyong, 75450 Melaka.[1]
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah
- Kampung Duyong,
- Km.5.6,
- 75450 Duyong,
- Melaka
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebahagian daripada siri berkaitan |
Masjid |
---|
Masjid Shah Jahan, Woking, United Kingdom |
Masjid Kampung Duyung merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Mengikut cerita orang tua-tua dahulu, masjid ini pada asalnya surau dan dinaikkan taraf sebagai sebuah masjid. Bahan-bahan binaannya terdiri daripada kayu dan batu merah (laterite), manakala bumbungnya beratapkan genting (campuran genting China dan Belanda). Pembinaannya dilakukan secara gotong-royong dan ianya siap untuk digunakan dalam tahun 1850. Pengasas masjid ini dikenali sebagai Wan Chilek. Menara di sebelah masjid ini telah dibina pada tahun 1909 sebagai tempat melaungkan azan.
Pada tahun 1967, beberapa perubahan telah dilakukan di masjid ini. Bumbung yang asalnya genting telah ditukar kepada atap jenis ardex. Siling asbestos telah dipasang dan tangga masjid telah diubahsuai. Pada tahun berikutnya di sekeliling kolam laterite telah dipasang paip dan bumbung pelindung bagi tempat mengambil wuduk.
Kekurangan ruang untuk tempat sembahyang telah menyebabkan kerja-kerja tambahan dilakukan pada tahun 1973 dan 1976 pada bahagian belakang masjid.
Pada 11 Mei 1982 jam 2.30 pagi, kebakaran telah berlaku pada masjid ini disebabkan litar pintas. Terdapat sebahagian kerosakan di bahagian hadapan iaitu di sebelah kiri masjid, stor dan bumbung. Walau bagaimanapun struktur asal masjid tidak terjejas. Kos membaikpulih masjid ini berjumlah RM70,000.00 manakala kerajaan negeri memberi bantuan sebanyak RM5,000.00 yang selebihnya diperolehi melalui dermawan dan masyarakat tempatan.
Dalam usaha untuk menampung bilangan jemaah yang bertambah, pada tahun 1991 kerajaan negeri telah memberi peruntukan berjumlah RM100,000.00 untuk membina bangunan tambahan di sebelah kanan bangunan masjid yang asal.
Pada tahun 2002, kerja-kerja pemuliharaan (konservasi) telah dilaksanakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dalam usaha untuk mengekalkan unsur-unsur seni bina asal masjid ini.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah Kampung Duyong memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-MT-00137.