Pergi ke kandungan

Masjid Kampung Dato' Dagang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Kampung Dato' Dagang
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
Imam (Imam Besar)
(Timb. Imam Besar)

Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahDaerah Klang
LokasiBatu 1 1/2 Kampung Jawa 41000 Klang
Koordinat3°1′44″N 101°27′41″E / 3.02889°N 101.46139°E / 3.02889; 101.46139Koordinat: 3°1′44″N 101°27′41″E / 3.02889°N 101.46139°E / 3.02889; 101.46139
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanKonkrit

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Kampung Dato' Dagang merupakan sebuah Masjid Qariah yang terletak dalam daerah Klang, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Masjid Kampung Dato' Dagang terletak di kedudukan Latitud 3 darjah, 1 minit, 44 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 27 minit, 41 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 37minit, 16 saat. [1]

Masjid Kampung Jawa atau sekarang dikenali sebagai Masjid Dato' Dagang pada tahun 1930.

Sejarah pembinaan masjid awal di Kampung Jawa telah dimulakan oleh Dato' Dagang Tuan Haji Muhammad Tahir bin Muhammad Noor. Setelah beliau mendapati bahawa perlunya untuk mendirikan sebuah masjid di kampung tersebut, Dato' Dagang telah mengarahkan Kiyai Ashaari dan dua orang pengikutnya pergi mengadap Sultan Selangor, iaitu Sultan Abdul Samad yang pada ketika itu bersemayam di Istana Kampung Bandar, Banting. Mereka pergi dengan berjalan kaki dan mengambil masa yang lama.

Reka bentuk masjid ini dikatakan hampir sama dengan masjid-masjid yang ada di tanah Jawa. Begitu juga bahan-bahan yang digunakan adalah dibawa dari Tanah Jawa seperti beduk yang dihadiahkan oleh seorang Tuan Guru dari Jawa. Masjid Dato' Dagang ini siap dibina sepenuhnya pada 1885 dan merupakan salah sebuah masjid yang tertua di bandar Klang. Walau bagaimanapun, kepentingan dan kedudukan masjid ini telah semakin berkurangan apabila terbinanya Masjid India di bandar Klang pada tahun 1904 yang mana pada ketika itu masyarakat India yang berasal dari India Selatan merupakan peniaga yang terkenal.

Bagi menampung pertambahan penduduk di kawasan ini, sebuah lagi masjid telah dibina iaitu 2 km dari timur Masjid Kampung Jawa ini iaitu Masjid Kampung Sungai Kandis pada tahun 1914. Pada tahun 1932, Masjid Diraja Sultan Suleiman pula dibina tidak jauh dari Kampung jawa iaitu kira-kira 1 km. Dengan terdirinya masjid jamek itu, Masjid Kampung Jawa tidak lagi dibenarkan untuk mendirikan Solat Jumaat.

Beberapa tahun kemudian Sekolah Menengah Agama Hishamuddin didirikan. Kehadiran para pelajar sekolah ini di samping pelajar-pelajar Kolej Islam Klang telah menambahkan kesesakan jemaah masjid pada hari Jumaat. Di samping itu, faktor keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar juga agak terabai di mana mereka terpaksa berjalan hampir 1 km ke masjid. Oleh itu, Nazir Masjid Kampung Jawa iaitu Tuan Haji Mustafa bin Omar berusaha untuk menghidupkan kembali Masjid Kampung Jawa yang telah lama tidak digunakan untuk sembahyang Jumaat.

Pada tahun 1984, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan jamaah untuk mendirikan solat Jumaat yang pertama setelah 52 tahun. Kemudian setelah dua tahun didapati sambutan orang ramai menggalakkan, akhirnya pada Disember 1985 majlis penyampaian tauliah kepada Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan telah diadakan. Dengan itu, Masjid Kampung Jawa kembali berfungsi dan kini masjid tersebut telah ditukar namnya kepada Masjid Dato' Dagang.[2]

  1. ^ "Masjid dan surau di Hulu Selangor" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-05.
  2. ^ Koleksi Cerita Asal Usul & Sejarah Daerah Klang. Shah Alam: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor Darul Ehsan. 2005.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]