Masjid Felcra Ramuan China Kechil
Masjid Felcra Ramuan China Kechil | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama tempatan | Masjid Narimah |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Dibuka pada | 1974 |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Hj Alias Bin Abu Bakar 2013 (Imam Besar) En Musa Bin Harun2013 (Timb. Imam Besar) |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-04-AG-00022 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Daerah | Alor Gajah |
Lokasi | Masjid Felcra Ramuan China Kechil, Km. 36.6, Felcra Ramuan China Kechil, 78100 Lubok China, Melaka. |
sunting |
Masjid Felcra Ramuan China Kechil atau juga dikenali sebagai Masjid Narimah merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka.[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Masjid Felcra Ramuan China Kechil pada asalnya adalah sebuah madrasah atau pun surau yang dibina pada tahun 1974. Ia kemudiannya ditauliahkan menjadi sebuah masjid pada tahun 1984. Masjid Felcra Ramuan China Kechil dibina dengan menggunakan kayu dan berlantaikan simen. Pada tahun 1990, upacara pecah tanah untuk mendirikan masjid baru telah disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Abd.Rahim Tambychik, Ketua Menteri Melaka ketika itu. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1991 dan selesai pembinaannya pada tahun 1995,hasil daripada derma orang ramai dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.
Pada 4hb Januari 1996,majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd.Zin Bin Abd.Ghani.Ia diberi nama "Masjid Narimah". Masjid ini dibina pada tahun 1974 dengan belanjawan orang ramai dan dibaharukan dengan bantuan kerajaan.