Masjid Besar Tawau
Masjid Al-Kauthar (Bahasa Jawi: مسجد الكوثر) atau Masjid Besar Tawau adalah sebuah masjid di Tawau, Sabah, Malaysia. Ia merupakan masjid terbesar di Sabah dan di dirikan bersebelahan dengan kawasan laut di Jalan Traulsen atau Jalan Persisir. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah dalam satu-satu masa.
Masjid al-Kauthar مسجد الكوثر | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Syafi'e |
Mula dibina | 19 Jun 1997 |
Siap dibina | Oktober 2002 |
Dibuka pada | 17 Ogos 2004 |
Tempoh pembinaan | 5 tahun |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Ustaz Ramadhan (Imam Besar) Ustaz Azmil (Timb. Imam Besar) Ustaz Ahmadun Ustaz Zulhelmi Ustaz Syafiq Ustaz Muhd Zaid |
Bilal | Haji Mohd Amin Ahmad Abiding Abdul Hamid |
Pengerusi | Haji Khalid Haji Tahir |
Maklumat geografi | |
Lokasi | Sabindo Square, Jalan Pantai, 89500 Tawau, Sabah |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. tingkat | 3 |
Bil. menara | 1 |
Ketinggian menara | 58 meter |
Kapasiti jemaah | 17,000 |
Keluasan | 47,000 m² |
Kos | RM31,500,000.00 |
Laman sesawang | |
https://www.facebook.com/al.kauthar.tawau?mibextid=zLoPMf | |
sunting |
Masjid ini mempunyai tiga tingkat secara keseluruhannya. Tingkat pertama adalah tingkat untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Terdapat kawasan ditingkat bawah yang mempunyai dinding boleh alih digunakan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembinaan Masjid Al-Kauthar telah menelan belanja sebanyak RM 31.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada Oktober 2002. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu yakni Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 13 Ogos 2004.
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Masjid ini menyediakan dua cara untuk berwuduk iaitu cara moden dan cara kampung. Cara moden adalah dengan menggunakan paip air untuk berwuduk. Di masjid ini tersedia khas bilik untuk mengambil wuduk masing-masing bagi lelaki dan wanita. Di dalam bilik wuduk tersebut juga tersedia bilik air serta tandas. Bagi cara kampung pula, sebuah kolam air besar disediakan.
Selain kemudahan untuk beribadah, masjid ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain. Antaranya:
- Perpustakaan
- Dewan seminar
- Pejabat pentadbir
- Tempat menyimpan kasut dan barang.
Berikutan kes kecurian kasut serta sandal yang sering berlaku, sebuah tempat letak kasut berbayar di sediakan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Besar Tawau |