Masjid Asakusa
Penampilan
Masjid Darul Arqam مسجد دار الأرقم | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama tempatan | ダール・アル・アルカム・マスジド |
Cabang/mazhab | Sunni |
Dibuka pada | 1998 |
Status | Aktif |
Maklumat geografi | |
Negara | Jepun |
Daerah | Asakusa |
Wad khas | Taitō, Tokyo |
Lokasi | 111-0025, Tokyo, Taito-ku, 1-9-12 Higashi Asakusa, Jepun.[1] |
Koordinat | 35°43′18″N 139°48′05″E / 35.721764°N 139.801487°EKoordinat: 35°43′18″N 139°48′05″E / 35.721764°N 139.801487°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Kapasiti jemaah | 80 orang |
Lokasi | |
sunting |
Masjid Darul Arqam (ダール・アル・アルカム・マスジド)[1] atau juga disebut sebagai disebut sebagai Masjid Asakusa (浅草マスジド)[1] merupakan sebuah masjid yang terletak di pusat bandar raya Tokyo, Jepun. Ia dibangunkan pada tahun 1998 dan dikelolakan oleh Yayasan Masjid Jepun (JMF) yang juga adalah salah satu jabatan yang terdapat dalam Lembaga Islamic Circle of Japan.[2]
Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Pada masa kini, pusat ini menyediakan perkhidmatan asas seperti:[3]
- Solat lima waktu secara berjemaah dan solat Jumaat
- Upacara perkahwinan secara Islam (pernikahan)
- Perpustakaan
- Persaksian syahadah (termasuk pengeluaran sijil)
- Kelas al-Quran untuk orang dewasa dan kanak-kanak
- Pengurusan jenzah
- Pusat maklumat tentang Islam
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Masjid Asakusa terdiri daripada 5 lima buah tingkat. Butirannya adalah seperti berikut:
- Tingkat 1 digunakan sebagai ruang pusat Islam;
- Tingkat 2 digunakan sebagai tempat sembahyang bagi golongan wanita di mana ia mampu menampung sekitar 25-35 orang jemaah; serta bilik mandi dan tempat wuduk
- Tingkat 3 digunakan sebagai dewan sembahyang utama bagi lelaki di mana ia mampu menampung 35-45 orang jemaah
- Tingkat 4 digunakan sebagai dapur dan ruang makan, tetapi ruang ini juga dapat digunakan sebagai lokasi solat atau ruang pertemuan untuk lelaki apabila ruang di tingkat 3 tidak mencukupi;
- Tingkat 5 digunakan sebagai kediaman imam masjid.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Masjid Dar Al-Arqam terletak di Tokyo Pusat di mana ia boleh dihubungi melalui stesen Metro Minami Senju dari aliran Hibya dan JR East: Aliran Jōban atau melalui stesen Metro Asakusa dari aliran Ginza.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c (Jepun) (Inggeris)"ダール・アル・アルカム・マスジド(浅草マスジド) "Masjid Darul Arqam (Masjid Asakusa)"". Dicapai pada 28 November 2013.
- ^ (Inggeris) "Masjid Dar el Arqam Asakusa". Dicapai pada 28 November 2013.
- ^ (Inggeris) "Dar al-Arqam Masjid". Islamic Circle of Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-14. Dicapai pada 28 November 2013.
Pranala luar
[sunting | sunting sumber]- Laman sesawang rasmi (Inggeris)
- Maklumat tentang Masjid Asakusa (Jepun) (Inggeris)
- Laman Google+
- Panduan arah jalan ke Masjid Asakusa