Masjid Al-Falah
Masjid Al-Falaḥ ialah masjid yang letaknya dekat dengan pusat bandar Singapura, Orchard Road. Masjid ini berbeda dengan masjid yang biasa kita lihat di Indonesia yang mempunyai halaman luas dan terdapat kubah pada bahagian atas, kerana menduduki tingkat 1 No 1 Cairnhill Place, sebuah bangunan komersial di Bideford Road No 15. Dari sibuknya Orchard Road untuk menuju masjid ini memakan masa sekitar 2 minit dengan berjalan kaki. Menjadikannya ikon penting keagamaan di tengah kesibukan bandar dengan dapat menampung 2,000 orang memenuhi keperluan para pekerja di pejabat dan department store sekitarnya.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Masjid Al-Falaḥ menduduki bangunan Cairnhill Place tingkat 1 No 1 ini dengan membayar S$1.7 juta untuk 99 tahun sewa. Masjid ini secara rasmi dibuka pada 25 Januari 1987 oleh Dr Ahmad Mattar yang semasa itu berkhidmat sebagai menteri persekitaran hidup dan menteri urusan muslim Singapura. Logo Al-Falaḥ yang dirancang oleh Tuan H Sanwan Rais dibuka dari tutup kain semasa itu. Al-Falaḥ sendiri diambil dari kata bahasa Arab yang bermaksud berjaya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Masjid Al-Falah dari situs MUIS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-19. Dicapai pada 2007-03-24.