Marion Jones
Marion Jones juga dikenali sebagai Marion Jones-Thompson (lahir 12 Oktober 1975 di Los Angeles, California), atlet wanita Amerika Syarikat sukan olahraga. Dia merupakan pemenang lima pingat di Sukan Olimpik 2000 di Sydney, Australia yang mana pada akhirnya kemenangannya dibatalkan.
Pada bulan Oktober 2007, Jones mengaku mengambil steroid semasa Olimpik Sydney 2000 di Sydney dan dengan itu digantung selama 2 tahun. United States Anti-Doping Agency menyatakan semua kemenanganya dibatalkan sejak 1 September 2000. Pada 5 Oktober 2007, dia mengaku bersalah kerana berbohong kepada penyiasat persekutuan di BALCO dalam Mahkamah Daerah Amerika Syarikat. Dia diumumkan bersara daripada balapan dan padang pada hari yang sama.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada 1998, Marion Jones berkahwin dengan jaguh lontar peluru, C J Hunter, seorang jurulatih di UNC. Hunter didesak meletak jawatan kerana ada hubungan intim dengan atlet. Marion Jones ditahan semasa Sukan Olimpik 2000 kerana ujian dadah positif menggunakan steroid nandrolone. Mereka bercerai pada tahun 2002.
Pada 28 Jun 2003, Marion Jones melahirkan seorang anak bernama Tim Montgomery Jr. hasil hubungan sulitnya dengan rakan karibnya Tim Montgomery. Montgomery seorang pelari pecut dunia dan memecahkan rekod dunia 100 m pada 2002. Akibat hamil, Marion Jones tidak menyertai Kejohanan Dunia 2003 tetapi menyiapkan diri untuk Sukan Olimpik 2004. Montgomery ditahan daripada menyertai sebarang acara sukan dan semua rekod ditarik balik kerana menggunakan arak berlebihan.
Pada 24 Februari 2007 Marion berkahwin dengan warga Barbados iaitu pelari Obadele Thompson dalam satu majis perkahwinan ringkas di bandar Wilson Mill, Carolina Utara. Thompson menang pingat gangsa acara 100m di Sukan Olimpik 2000.
Marion memegang dua kerakyatan iaitu Amerika Syarikat dan Belize (negara kelahiran ibunya). Marion Jones merupakan lulusan Universiti Carolina Utara di Chapel Hill.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Rekod peribadi
[sunting | sunting sumber]Tarikh | Acara | Venue | Prestasi |
---|---|---|---|
12 September 1998 | 100 m | Johannesburg, Afrika Selatan | 10.65A |
22 Ogos 1999 | 100 m | Seville, Sepanyol | 10.70 |
11 September 1998 | 200 m | Johannesburg, Afrika Selatan | 21.62A |
13 Ogos 1997 | 200 m | Zürich, Switzerland | 21.76 |
22 April 2001 | 300 m | Walnut, California | 35.68 |
16 April 2000 | 400 m | Walnut, California | 49.59 |
31 Mei 1998 | Lompat jauh | Eugene, Oregon | 7.31 m |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kejohanan | Venue | Kedudukan | Acara | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
1992 | Kejohanan Junior Dunia IAAF | Seoul, Korea Selatan | ke-5 | 100 m | |
ke-7 | 200 m | ||||
1997 | Kejohanan Dunia IAAF | Athens, Greece | Pertama | 100 m | 10.83 |
ke-10 | Lompat jauh | ||||
1998 | Piala Dunia IAAF | Johannesburg, Afrika Selatan | Pertama | 100 m | 10.65A |
Pertama | 200 m | 21.62A | |||
ke-2 | Lompat jauh | 7.00A | |||
1999 | Kejohanan Dunia IAAF | Sevilla, Sepanyol | Pertama | 100 m | 10.70 |
ke-3 | Lompat jauh | 6.83 | |||
2000 | Olimpik Sydney 2000 | Sydney, Australia | Tidak layak | 100 m | 10.75 |
Tidak layak | 200 m | 21.84 | |||
Tidak layak | Lompat jauh | 6.92 | |||
2001 | Kejohanan Dunia IAAF | Edmonton, Kanada | ke-2 | 100 m | 10.85 |
Pertama | 200 m | 22.39 | |||
2002 | Piala Dunia IAAF | Madrid, Sepanyol | Pertama | 100 m | 10.90 |
- Jones menyerahkan kesemua pingat yang diterimanya selepas 1 September 2000 seperti yang diarahkan oleh Agensi Anti Dadah Amerika Syarikat selepas menghadapi skandal berhubung dadah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Marion Jones |
- New York Times Topic: People: Marion Jones
- 10-05-2007 Federal Plea Bargain Agreement Diarkibkan 2007-10-25 di Archive-It
- 12-28-2007 Marion Jones' Legal Filing Requesting Parole
- Marion Jones di World Athletics
- Complete text, audio, video of Marion Jones-Thompson apology speech
- "Profiles in Speed: Marion Jones". Top Speed. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-23. Dicapai pada 2008-01-13.