Pergi ke kandungan

Marimar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marimar
Fail:Thalia Marimar,.jpg
DVD cover
Formattelenovela
PenciptaInés Rodena
Ditulis olehCarlos Romero
Valeria Phillips
PengarahBeatriz Sheridan
Dibintangi oleh
Thalía
Eduardo Capetillo
Penggubah lagu tema
Francisco Navarrete
Lagu pembukaanMarimar oleh Thalía
Lagu penutupMarimar oleh Thalía
Negara asalMexico
BahasaSepanyol
Bilangan episod175
Penerbitan
PenerbitVerónica Pimstein
PenyuntingAdrián Frutos
SinematografiCarlos Guerra Villareal
Tempoh siaran45 minit
Penyiaran
Saluran asalTelevisa
Format gambar480i SDTV
Siaran asal31 Januari, 1994 – 26 Ogos, 1994
Kronologi
MengikutiValentina
Diikuti olehImperio de Cristal

Marimar ialah telenovela TV Mexico yang asalnya disiarkan pada 1994 di Televisa. Marimar ialah pembikinan semula telenovela La Venganza, yang disiarkan di Televisa pada 1977 dan dibintangi Helena Rojo dan Enrique Lizalde.

Marimar Perez dibesarkan oleh Pancho & Cruz iaitu sepasang suami isteri yang mengambilnya sebagai anak angkat. Marimar membesar menjadi gadis baik dan naif. Kehidupannya berubah setelah dia bertemu lalu jatuh cinta dengan Sergio Santibanez. Sergio merupakan anak tunggal hartawan yang kaya raya, iaitu Renato Santibanez. Pada mulanya Sergio hanya menjadikan Marimar sebagai kekasihnya hanya untuk membuatkan Angelica, iaitu bekas kekasih yang juga merupakan ibu tirinya cemburu. Sergio akhirnya memyedari bahawa dia bemar-benar telah jatuh cinta dengan Marimar. Mereka akhirnya berkahwin. Namun tanpa disangka, Angelica yang sememangnya cemburu dan iri hati terhadap Marimar kemudian mengambil kesempatan untuk mempermalukan Marimar dikhalayak ramai diatas kenaifannya dalam hidup dalam keluarga kelas atasan. Sergio yang tidak sanggup melihat isterinya dipermalukan seperti itu, kemudian membawa Marimar berpindah ke suatu tempat. Keadaan itu membuatkan Angelica menjadi marah dan bertambah cemburu dan bertekad untuk membalas dendam terhadap Marimar. Pada suatu hari, Sergio terpaksa meninggalkan Marimar diatas urusan kerja. Kesempatan itu digunakan Angelica untuk menghasut Marimar yang kononnya dia telah ditinggal pergi oleh Sergio. Angelica juga menyeksa Marimar dan menuduh Marimar telah mencuri gelang tangannya dan akibatnya Marimar dipenjarakan. Sewaktu Marimar berada dipenjara, Angelica kemudian mengupah Nicandro, iaitu orang suruhannya untuk membakar rumah Pancho & Cruz dan mereka akhirnya terbunuh dalam kebakaran itu. Tidak hanya itu, Angelica menghasut Sergio agar membenci Marimar dengan mendakwa Marimar berniat jahat terhadap keluarga mereka. Setelah dibebaskan, Marimar kemudian berasa terkejut dan sedih apabila dia mengetahui bahawa ibu dan bapa angkatnya telah meninggal angkara perbuatan kejam Angelica. Marimar bertekad untuk membalas dendam. Peluang itu akhirnya tiba apabila Marimar bertemu semula dengan Gustavo Aldama, iaitu bapa kandungnya. Setelah melahirkan Cruz, iaitu anaknya dengan Sergio Marimar kemudian mengubah identiti dan penampilannya dan menyamar sebagai Bella Aldama. Bella (Marimar) kini kembali untuk membalas dendam terhadap Angelica dan Sergio. Bella (Marimar) kemudian mempermalukan Angelica sepertimana dia telah dipermalukan sebelum ini. Tidak hanya itu, Bella (Marimar) kemudian merampas kesemua harta keluarga Sergio. Hal itu menyebabkan Sergio semakin membenci Bella (Marimar). Bagaimanapun penyamaran Marimar sebagai Bella Aldama akhirnya terbongkar. Keadaan bertambah keruh apabila kini Sergio mengetahui akan kewujudan Cruz, iaitu anak yang disembunyikan oleh Marimar selama ini. Menyedari bahawa dia masih mencintai Sergio, membuatkan Marimar mengalah lalu berubah sikap kembali seperti dulu. Mereka akhirnya bersatu kembali dan hidup bahagia. Manakala Angelica maut dalam kebakaran setelah dia mengalami kemalangan yang mengakibatkan seluruhnya badannya terbakar.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]