Pergi ke kandungan

MariMar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MariMar
Genre
PenciptaInés Rodena
Televisa
Dibangunkan oleh
Dode Cruz
PengarahJoyce E. Bernal
Mac Alejandre
Dibintangi oleh
Marian Rivera
Dingdong Dantes
Katrina Halili
Richard Gomez
Penggubah lagu tema
Tata Betita
Lagu pembukaanMariMar (dalam bahasa Tagalog) dinyanyikan Regine Velasquez
Lagu penutupMahal Kita, dinyanyikan Maricris Garcia
Negara asalFilipina
Mexico
BahasaBahasa Filipina, Bahasa Tagalog, Bahasa Inggeris, Bahasa Mexico
Bilangan episod155 + 4 istimewa
Penerbitan
Penerbit eksekutifWilma Galvante
LokasiMetro Manila, Filipina
Zambales, Filipina
Tempoh siaran30-45 minit
Penyiaran
Saluran asalGMA Network
Format gambar480i SDTV
Siaran asal13 Ogos, 2007 – 14 Mac, 2008
Kronologi
Rancangan berkaitan
Marimar
Pautan luar
Laman sesawang

MariMar[1] ialah drama Filipina, asalnya disiarkan di GMA Network, dibintangi Marian Rivera dan Dingdong Dantes.[2]

Walaupun diadaptasi daripada telenovela Mexico, seting dan sebahagian jalan cerita telah diubah.[3] Diarahkan Joyce E. Bernal dan Mac Alejandre, siri ini mula disiarkan pada 13 Ogos, 2007 dan tamat pada 14 Mac, 2008. Ia disiarkan secara antarabangsa dengan lewat seminggu di GMA Pinoy TV, dan mendapat sambutan hangat oleh penonton Filipina di luar negara. Siri ini juga disiarkan di Singapura, Malaysia, China (dialih bahasa dalam bahasa Mandarin), Kemboja (dialih bahasa dalam bahasa Khmer) dan di Amerika Syarikat (disiarkan setiap hari Ahad di KIKU/Honolulu dengan sari kata bahasa Inggeris).

Gustavo seorang lelaki kaya telah mengahwini seorang wanita bernama Lupita. Namun, hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Gustavo. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Lupita melahirkan anak Gustavo yang diberi nama "MariMar". Ibu Gustavo berusaha untuk memisahkan anaknya dengan Lupita dengan mengupah seorang lelaki yang berpura-pura menjadi kekasih Lupita. Gustavo percaya yang Lupita telah curang terhadapnya. Lalu ibu Gustavo sendiri yang menghalau Lupita dan anaknya MariMar keluar dari rumahnya.

Gustavo akhirnya tahu yang bahawa isterinya Lupita tidak pernah curang dan semua itu adalah rancangan ibunya. Tapi semuanya telah terlambat. Gustavo berusaha mencari Lupita dan anaknya MariMar. Sebelum itu, Lupita pernah berjanji bahawa suatu hari nanti MariMar pastikan akan datang mendakwa apa yang menjadi hak miliknya. Suatu hari, ketika Gustavo melawat makam ibunya, Silva iaitu teman kepada Lupita memberitahu kepada Gustavo tentang keberadaan Lupita dan MariMar anaknya. Dan akhirnya, Gustavo telah bersatu kembali dengan isteri dan anaknya.

Malang tidak berbau, apabila kapal terbang yang dinaiki oleh Lupita dan MariMar telah jatuh ke laut di mana Lupita telah didapati mati dan manakala MariMar tidak dijumpai. MariMar terdampar di sebuah pulau terdekat dan akhirnya dijumpai oleh Lola Cruz dan Lola Pancho. Disebabkan itu, MariMar membesar menjadi seorang gadis yang naif dan baik hati. Sejak kecil, dia tidak bergaul dengan sesiapa melainkan dengan bapa dan ibu angkatnya. MariMar akhirnya bertemu dan jatuh cinta dengan Sergio, iaitu anak lelaki tunggal kepada orang kaya, Renato. Manakala Sergio pada mulanya hanya ingin berniat menggunakan MariMar sebagai alat untuk membalas sakit hatinya kepada Angelika, iaitu bekas teman wanitanya yang kini menjadi ibu tirinya. Namun, akhirnya Sergio sendiri akhirnya sedar bahawa dia benar-benar jatuh cinta teehadap MariMar. Sergio akhirnya meminta restu daripada Pancho dan Cruz untuk memperisterikan MariMar. Meskipun mereka tidak bersetuju pada awalnya namun akhirnya Pancho dan Cruz merestui perkahwinan mereka.

Namun, siapa menyangka bahawa perkahwinan tersebut merupakan permulaan dugaan dan penderitaan bagi MariMar apabila Angelika mempermalukan MariMar di khalayak ramai disebabkan kenaifannya dalam bersosial. Sergio yang menyaksikan kejadian itu kemudian memarahi Angelika lalu membawa MariMar berpindah ke tempat yang lain. Angelika yang berasa cemburu dengan MariMar kemudian membuat rancangan licik ingin membuat MariMar merana. Kesempatan itu tiba apabila Sergio terpaksa meninggalkan MariMar seorang diri diatas urusan pekerjaan. Hal itu kemudian dimanfaatkan Angelika untuk memfitnah MariMar yang kononnya MariMar telah mencuri gelang miliknya lalu bertindak menyumbatkannya kedalam penjara. Selama MariMar berada di penjara, Angelika mengambil kesempatan itu dengan membunuh Pancho dan Cruz. Setelah itu, Angelika berjaya menghasut Sergio dengan mengatakan MariMar lari bersama dengan lelaki lain. Sergio yang tertipu dengan hasutan tersebut kemudian mulai membenci MariMar.

Setelah MariMar dibebaskan, dia akhirnya mengetahui bahawa Pancho dan Cruz telah mati dibunuh. Hal itu membuatkan MariMar berasa sangat sedih dan tertekan. Disebabkan itu, MariMar bertekad ingin membalas dendam dan ingin mencari dalang sebenar disebalik pembunuhan kedua orang tua angkatnya itu. MariMar kemudian mengubah penampilan dan serta identitinya sebagai Bella Aldama dalam menjalankan rancangan untuk membalas dendam terhadap Sergio dan Angelika. Berjayakah rancangan MariMar membalas dendam? Akan terbongkarkah identiti sebenarnya?

Watak utama

[sunting | sunting sumber]

Watak sokongan

[sunting | sunting sumber]

Watak berulang

[sunting | sunting sumber]

Watak undangan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]