Pergi ke kandungan

Margrethe II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Margrethe II
Potret formal, 2012
Ratu Denmark
Pemerintahan14 Januari 1972 – 14 Januari 2024
Didahului olehFrederik IX
Diikuti olehFrederik X
Keputeraan (1940-04-16) 16 April 1940 (umur 84)
Amalienborg, Copenhagen, Denmark
PasanganHenri de Laborde de Monpezat (k. 1967; m. 2018)
Anakanda
Butiran
Nama penuh
Margrethe Alexandrine Þórhildur Ingrid
KerabatGlücksburg[1]
AyahandaFrederik IX dari Denmark
BondaIngrid dari Sweden
AgamaGereja Denmark
TandatanganTandatangan Margrethe II

Margrethe II (Denmark: [mɑˈkʁeˀtə]; Margrethe Alexandrine Þórhildur Ingrid, diputerakan 16 April 1940) ialah ahli kerabat diraja Denmark yang bertakhta sebagai Ratu Denmark dari 1972 hingga penurunan takhtanya pada 2024. Dengan bertakhta selama 52 tahun, baginda ialah raja kedua paling lama berkhidmat dalam sejarah Denmark. Baginda diganti oleh paduka puteranya, Frederik X.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Puteri Margrethe (disebut Margrete) diputerakan di Istana Amalienborg, Copenhagen, kepada Putera Mahkota Frederik dan Puteri Mahkota Ingrid. Baginda dibaptiskan pada 14 Mei 1940 di Gereja Naval. Disebabkan Raja Denmark pada masa itu juga ialah Raja Iceland, puteri ini juga telah diberi nama dalam bahasa Iceland, iaitu, Þórhildur (Þ ialah huruf khas Iceland dan disebut 'th').

Bonda dan ayahanda angkat baginda ialah Raja Christian X dari Denmark, Putera Knud dari Denmark, Putera Axel dari Denmark, Raja Gustaf V dari Sweden, Raja Gustaf VI Adolf dari Sweden, Putera Gustaf Adolf dari Sweden, Duke Connaught, Ratu Alexandrine dari Denmark, Puteri Thyra dari Denmark, Ratu Louise dari Sweden, Puteri Helena Viktoria dari Denmark, Puan Patricia Ramsay, Puteri Mahkota Cecile dari Prussia, dan Puteri Margrethe dari Bourbon-Parma.

Cogan kata rasmi Ratu Margrethe II ialah: Guds hjælp, Folkets kærlighed, Danmarks styrke, "Pertolongan Tuhan, kasih sayang daripada rakyat, kekuatan Denmark".

Margrethe tidak diputerakan untuk menggantikan ayahandanya sebagai raja, walaupun baginda ialah anakanda sulungnya kerana hanya putera sahaja yang layak menaiki takhta. Perkara ini berlaku disebabkan perubahan kepada akta pewarisan pada tahun 1850-an apabila cabang kerabat Glücksburg dipilih untuk mewarisi takhta Denmark. Ramai yang menyangka bahawa ayahanda saudara Puteri Margrethe, Arveprins Knud, akan menggantikan ayahandanya sebagai raja.

Proses untuk mengubah perlembagaan negara bermula pada tahun 1947 apabila telah jelas bahawa Permaisuri Ingrid tidak akan lagi mempunyai anakanda. Pada masa ini, ayahanda saudara Margrethe, Putera Knud ialah Pewaris Andaian kepada takhta Denmark. Namun, Raja Frederik dan puteri-puterinya lebih digemari rakyat dan perkara ini menjadi salah satu sebab mengapa perlembagaan Denmark diubah suai untuk membolehkan Puteri Margrethe mengganti ayahandanya kelak. Cadangan ini hanya akan menjadi rasmi jikalau ia dapat diterima oleh dua parlimen negara tersebut beturut-turut dan dengan mengadakan sebuah rujuk suara, yang telah berlangsung pada 27 Mac 1953. Akta Pewarisan yang baru ini mengizinkan puteri untuk menjadi ratu yang memerintah di Denmark. Ia berlandaskan prinsip primogeniture yang mana anak pertama yang akan mewarisi takhta tidak mengira jantina, sama seperti yang sedang berlaku di United Kingdom. Puteri Margrethe kemudiannya menjadi Pewaris Andaian kepada takhta Denmark dan mengambil gelaran tambahan, Tronfølgeren atau Pengikut Takhta.

Puteri Margrethe diakui pada 1 April 1955 di Istana Fredensborg. Pada hari keputeraannya yang ke-18, baginda diberi singgahsana di Dewan Negara, dan bertanggungjawab mempengerusikan segala mesyuarat yang tidak dihadiri oleh bapanya.

Dalam bidang pelajaran pula, Ratu Margrethe telah menuntut di beberapa universiti di Eropah. Baginda mempelajari subjek arkeologi prasejarah di Universiti Cambridge dari tahun 1960 hingga tahun 1961, sains politik di Universiti Aarhus antara 1961-1962, di Sorbonne pada tahun 1963, dan London School of Economics pada tahun 1965.

Pada 10 Jun 1967, Puteri Margrethe mengahwini seorang diplomat Perancis, Henri de Laborde de Monpezat di Gereja Naval. Laborde de Monpezat menerima gelaran "Yang Teramat Mulia Putera Henrik dari Denmark" disebabkan kedudukan barunya sebagai raja kepada seseorang yang akan mewarisi takhta Denmark. Mereka dikurniai dua orang putera: Frederik André Henrik Christian, Putera Mahkota Denmark yang lahir pada 26 Mei, 1968; dan Joachim Holger Waldemar Christian, Putera Denmark, yang lahir pada 7 Jun, 1969. Ratu Margrethe dan rajanya, Putera Henrik mempunyai tiga orang cucunda: YTM Putera Christian; YM Putera Nikolai; dan YM Putera Felix.

Raja Frederik IX mangkat pada 1972 dan Puteri Margrethe ditabalkan sebagai ratu pada 14 Januari 1972, menjadi ratu pertama Denmark yang menaiki takhta di bawah Akta Pewarisan yang baru.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "150 years of the House of Glücksborg". 15 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2015. Dicapai pada 25 Oktober 2014.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Andersen, Jens (2011). Nørholm, Elise H. (penyunting). M, 40 år på tronen (dalam bahasa Denmark) (ed. 1st). Copenhagen: Lindhardt og Ringhof. ISBN 9788711419694.
  • Bloch Skipper, Jon (2008). Tre søstre : samtaler mellem dronning Margrethe, prinsesse Benedikte og dronning Anne-Marie [Three sisters: conversations between Queen Margrethe, Princess Benedikte and Queen Anne-Marie] (dalam bahasa Denmark). Copenhagen: Lindhardt og Ringhof. ISBN 978-87-11-30060-2.
  • Bramsen, Bo (1992). Huset Glücksborg. Europas svigerfader og hans efterslægt [The House of Glücksburg. The Father-in-law of Europe and his descendants] (dalam bahasa Denmark) (ed. 2nd). Copenhagen: Forlaget Forum. ISBN 87-553-1843-6.
  • Dehn-Nielsen, Henning (2005). Margrethe 2., Danmarks dronning (dalam bahasa Denmark) (ed. 3rd). Copenhagen: Aschehoug. ISBN 8711222832.
  • Fabricius Møller, Jes (2013). Dynastiet Glücksborg, en Danmarkshistorie [The Glücksborg Dynasty, a history of Denmark] (dalam bahasa Denmark). Copenhagen: Gad. ISBN 9788712048411.
  • Lerche, Anna; Mandal, Marcus (2003). A royal family : the story of Christian IX and his European descendants. Copenhagen: Aschehoug. ISBN 9788715109577.
  • Lyding, Henrik (2009). Dronningens teater (dalam bahasa Denmark). Copenhagen: Gyldendal. ISBN 9788702078787.
  • Margrethe II (2012). Andersen, Jens (penyunting). Om man så må sige, 350 Dronning Margrethe-citater (dalam bahasa Denmark). Copenhagen: Lindhardt og Ringhof. ISBN 9788711394168.
  • Rubinstein, Mogens (1996). Dronning Margrethe II, 25 år som regent (dalam bahasa Denmark). Copenhagen: Møntergården. ISBN 8775535521.
  • Scocozza, Benito (1997). "Margrethe 2.". Politikens bog om danske monarker [Politiken's book about Danish monarchs] (dalam bahasa Denmark). Copenhagen: Politikens Forlag. m/s. 204–209. ISBN 87-567-5772-7.
  • Skipper, Jon Bloch (2008). Tre søstre, samtaler mellem dronning Margrethe, prinsesse Benedikte og dronning Anne-Marie (dalam bahasa Denmark). Copenhagen: Lindhardt og Ringhof. ISBN 9788711300602.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Margrethe II
Cabang kadet bagi Kerabat Oldenburg
Tarikh keputeraan: 16 April 1940
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Frederik IX
Ratu Denmark
14 Januari 1972 – 14 Januari 2024
Diikuti oleh:
Frederik X

Templat:Monarchs of Denmark Templat:Danish princesses Templat:Members of the Spanish Order of the Golden Fleece Templat:Members of the Order of the Garter