Pergi ke kandungan

Mare qamari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sisi dekat qamari dengan pelabelan mare dan kawah utama
Sisi dekat qamari dengan pelabelan mare dan kawah utama

Mare qamari (mare bermaksud "laut" dalam bahasa Latin[1]) merupakan dataran basalt yang luas dan gelap yang terdapat di Bulan, satelit alami Bumi, yang terbentuk daripada letusan gunung berapi kuno. Dataran-dataran ini disebut maria oleh ahli astronomi awal yang menyangka mare itu laut sebenar. Mare kurang memantul berbanding "tanah tinggi" disebabkan rencamannya yang kaya dengan besi, dan oleh yang demikian kelihatan gelap apabila dilihat dengan mata kasar. Mare meliputi 16 peratus permukaaan qamari, kebanyakannya di sisi dekat qamari, sisi Bulan yang dapat dilihat dari Bumi. Beberapa mare pada sisi jauh qamari lebih kecil saiznya dan terletak di dalam kawah-kawah yang besar.

Nomenklatur tradisional buat Bulan juga termasuk satu oceanus (lautan), dan beberapa ciri yang dinamakan lacus (tasik), palus (paya) dan sinus (teluk). Tiga ciri yang terakhir ini lebih kecil daripada mare, tetapi memiliki sifat yang sama dengannya.

  1. ^ "mărĕ". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 520.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Paul D. Spudis, The Once and Future Moon, Smithsonian Institution Press, 1996, ISBN 1-56098-634-4.
  • G. Jeffrey Taylor (April 30, 2006). "Finding Basalt Chips from Distant Maria". Planetary Science Research Discoveries.
  • G. Jeffrey Taylor (December 5, 2000). "Recipe for High-Titanium Lunar Magmas". Planetary Science Research Discoveries.
  • G. Jeffrey Taylor (June 23, 2000). "The Surprising Lunar Maria". Planetary Science Research Discoveries.
  • Catherine Weitz (February 12, 1997). "Explosive Volcanic Eruptions on the Moon". Planetary Science Research Discoveries.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]