Majlis Perbandaran Kuala Langat
Penampilan
Majlis Perbandaran Kuala Langat مجليس ڤربندرن كوالا لاڠت | |
---|---|
MPKL | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Januari 1977 |
Didahului oleh | Majlis Tempatan |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Mohd Hasry bin Nor Mohd (sejak Ogos 2024) |
Struktur | |
Ahli | 24 orang ahli majlis |
Moto | |
Kuala Langat Indah, Harmoni dan Bestari | |
Tempat persidangan | |
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat berpusat di bandar Banting mukim Jugra.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ditubuhkan Majlis Daerah Kuala Langat pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MPKL adalah hasil gabungan 3 majlis tempatan iaitu :
- Majlis Tempatan Sungai Jarom.
- Majlis Tempatan Tanjung Sepat.
- Lembaga Bandaran Kuala Langat.
- Sanitary Board.
Keluasan Kawasan Pentadbiran
- Awal penubuhan 3.7 batu persegi (9.6 kilometer persegi).
- 2001 bertambah kepada 62.294 kilometer persegi.
- 2006 bertambah kepada 857.70 kilometer persegi termasuk 3 batu nautika.
Jumlah Pegangan
- Pada tahun 2001 jumlah pegangan ialah 30,000.
- Dari pelbagai jenis seperti pegangan perumahan, perdagangan, perindustrian dan pertanian.
Tahun | Jumlah Penduduk |
---|---|
1991 | 46,588 |
2001 | 97,405 |
2011 | 272,893 |
Pada 1 Mac 2020, Majlis Daerah telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Kuala Langat yang merangkumi seluruh daerah Kuala Langat.[1]
Misi, Visi & Objektif
[sunting | sunting sumber]Misi
- Merakyatkan Perkhidmatan Perbandaran yang cekap seiring dengan perkembangan teknologi menerusi pembangunan secara saksama dan bertanggungjawab melalui tadbir urus yang inovatif untuk kesejahteraan rakyat
Visi
- Kuala Langat perbandaran maju, dinamik, lestari dan terbilang menjelang tahun 2020.
Objektif
- Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
- Memperkukuh dan memantapkan kecekapan pengurusan kewangan bagi meningkatkan sumber hasil MPKL.
- Memantapkan pengurusan perkhidmatan perbandaran untuk kesejahteraan rakyat.
- Memperkasa tadbir urus MPKL teknologi semasa.
- Mempergiatkan pembangunan fizikal bandar yang mampan serta mengutamakan pemeliharaan alam semulajadi untuk kesejahteraan sosio ekonomi warga Kuala Langat.
- Memantapkan pembangunan sosial untuk memelihara kehormanian dan kesejahteraan rakyat.
Wakil Rakyat
[sunting | sunting sumber]Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]- Ahli Parlimen Kuala Langat
- YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
- Ahli Parlimen Sepang
- YB Puan Aiman Athirah
Ahli Dewan Negeri (ADN)
[sunting | sunting sumber]- ADN Sijangkang
- YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
- ADN Banting
- YB Tuan Papparaidu Veraman
- ADN Morib
- YB Tuan Rosnizan Ahmad
- ADN Tanjong Sepat
- YB Tuan Borhan Aman Shah
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- "Majlis Daerah Kuala Langat jadi majlis perbandaran"- BH Online. (Byline:Norzamira Che Noh - September 10, 2020) [2]
- "MDKL berstatus perbandaran 1 Mac" - Selangor Kini. (Byline: Nadiah Zamlus, February 24, 2020)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Langat
- Portal Rasmi Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat Diarkibkan 2017-10-29 di Wayback Machine
- ^ Nadiah Zamlus (24 Februari 2020). "MDKL berstatus perbandaran 1 Mac". Selangor Kini. Dicapai pada 5 April 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Majlis Daerah Kuala Langat Jadi Majlis Perbandaran". www.google.com. Dicapai pada 2023-07-21.