Madrashah Al-Attas Arabiah
Madrashah Al-Attas Arabiah Johor terletak di Ulu Tiram, Johor ,selatan Semenanjung Malaysia.Pengerusinya ialah Syed Ali Mohamed Al-Attas. Sekolah ini yang pertama mengadakan perjanjian persefahaman untuk berdaftar di bawah SABK dan menerima guru-guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks dan biasiswa.
Ulang tahun ke-100
[sunting | sunting sumber]Ulang tahun ke-100 madrasah ini telah diadakan pada 30 September 2011 dan kenamaan yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar Sekolah Agama Rakyat (SAR) khususnya di Johor menyertai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pelajaran bagi membolehkan mereka menikmati peruntukan dan bantuan Kerajaan Pusat. Semua guru-guru akan mendapat tawaran skim gaji yang lebih baik, sama dengan sekolah kebangsaan.Tawaran ini perlu mendapat perkenan Sultan Johor sebagai ketua agama. [1]