Locked Up in Malaysia's Lockdown
"Locked Up in Malaysia's Lockdown" | |
---|---|
Episod 101 East | |
Tarikh keluaran asal | 3 Julai 2020 |
Durasi penyiaran | 25 minit |
"Locked Up in Malaysia's Lockdown" (Melayu: Tersekat di Sekatan Pergerakan Malaysia ) ialah sebuah episod dalam rancangan dokumentari berbahasa Inggeris iaitu 101 East terbitan Al Jazeera. Episod dokumentari itu diterbitkan di laman perkongsian video YouTube pada 3 Julai 2020, 6:42 petang (WPM).[1] Episod ini membuat liputan terhadap layanan pekerja asing di Malaysia semasa wabak KOVID-19. Kerajaan Malaysia menafikan dakwaan bahawa pengendalian warga asing seperti yang terpapar dalam dokumentari tersebut berdasarkan isu perkauman serta menyatakan bahawa laporan Al Jazeera itu tidak benar.[2]
Pada 20 Julai, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendapati bahawa penggambaran dokumentari terbabit adalah tanpa lesen pengeluaran yang sah berdasarkan Seksyen 22(1) Akta FINAS 1981 (Pindaan 2013).[3][4][5] Pihak Polis Diraja Malaysia juga melancarkan siasatan ke atas dokumentari tersebut sementara Jabatan Imigresen Malaysia menyoal siasat imigran Bangladesh yang ditemu ramah dalam dokumentari tersebut.[6][7][8] Sebagai reaksi, beberapa organisasi sivil termasuk mengeluarkan seruan terhadap kerajaan Malaysia agar menghentikan intimidasi kepada pihak media dan melindungi hak pekerja migran.[9] Pendatang itu, yang dikenali sebagai Mohammad Rayhan Kaybir, kemudian diusir ke Bangladesh pada 22 Ogos.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Locked Up in Malaysia's Lockdown". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 3 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
- ^ Omar Ahmad (5 Julai 2020). "Laporan Al Jazeera tidak benar". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
- ^ Al Jazeera tiada lesen sah jalankan penerbitan dokumentari - FINAS; Zaidi Mohamad (20 Julai 2020). "Al Jazeera tiada lesen sah jalankan penerbitan dokumentari - FINAS". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
- ^ Hafidzul Hilmi Mohd Noor (20 Julai 2020). "Al Jazeera di Malaysia tiada lesen penggambaran dokumentari". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
- ^ Mohd Hazrizal Mohd Hanapiah (20 Julai 2020). "Al Jazeera tiada lesen sah terbit dokumentari". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
- ^ Timboung, Jo (7 Julai 2020). "Bukit Aman to call up Al Jazeera reporter, anyone linked to lockdown documentary". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2020. Dicapai pada 8 Julai 2020.
- ^ "Immigration Dept seeking Bangladesh national who appeared in Al Jazeera's documentary". The Malay Mail. 7 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2020. Dicapai pada 7 Julai 2020.
- ^ "Malaysia opens probe into Al Jazeera report on migrant arrests". Jakarta Post. Reuters. 7 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2020. Dicapai pada 8 Julai 2020.
- ^ "Civil society organisations stand in solidarity with Al Jazeera, media freedom". The Sun Daily. 8 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2020. Dicapai pada 8 Julai 2020.
- ^ "Malaysia deports Bangladeshi man who criticised treatment of migrants in documentary". Channel News Asia. 22 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Ogos 2020.