Percetakan batu
Percetakan batu (juga ringkasnya: cetak batu) atau cap batu atau litografi (serapan kata gabung Yunani λίθος lithos "batu" dan γράφειν graphein "menulis")[1] ialah kaedah percetakan atas permukaan batu keras bercorak halus yang dibubuhkan dakwat lalu mudah dilekapkan pada permukaan lawanan yang dicetak. Kaedah ini boleh digunakan untuk mencetak tulisan atau karya seni ke kertas atau bahan lain yang sesuai.[2]
Prinsip
[sunting | sunting sumber]Percetakan ini memanfaatkan sifat minyak dalam campuran dakwat tertentu yang saling menolak bercampur dengan air.[3]
Sebongkah batu (lazimnya yang jenis kapur) atau plat logam dilakarkan atau ditulis menggunakan suatu alat berasaskan lilin atau minyak. Larutan getah Arab bercampur asid lemah (seperti asid nitrik) dituangkan untuk mewujudkan permukaan mampu menolak air[1] sambil sebatian gam meresap ke dalam bahagian berminyak. Sejenis turpentin khas kemudiannya dibubuh untuk membilas lebihan minyak tetapi melekat pada bahagian berllin.[4]
Dakwat berminyak disapukan kepada lapisan muka batu yang dibasahkan memudahkan dakwat melekat pada lorekan dan rupa diinginkan tertolak dari air; kertas dilekapkan bertentangan pada batu ini yang ditekan menghasilkan atau mencetak rupa cerminan pada permukaan kertas.
Sejarah perkembangan
[sunting | sunting sumber]Kaedah percetakan ini dicipta pada tahun 1796 oleh Alois Senefelder, seorang pengarang dan pelukis Jerman, sebagai kaedah yang murah untuk menerbitkan karya-karya pementasan.[5][6]
Impak terhadap persuratan Melayu
[sunting | sunting sumber]Kaedah ini mula diperkenalkan di alam Melayu melalui William Milne, seorang paderi daripada Persatuan Mubaligh London (bahasa Inggeris: London Missionaries Society , LMS) yang membawa mesinnya dari Benggala, tanah India ke Melaka pada tahun 1817.[7] Anggota-anggota lain dalam LMS kemudiannya mengajarkan teknik ini kepada Munsyi Abdullah, orang kelahiran alam Melayu pertama menceburi bidang ini, beliau turut mengkaryakan seberapa penulisannya sendiri terus menggunakan teknologi ini.[8][7]
Teknik ini menjadi sangat digemari para pencetak Jawi di alam Melayu kerana kebolehan pencetakan ini menyerupai seni khat Arab yang sering digunakan dalam manuskrip-manuskrip dahulu[9][10]:64 secara menjimatkan kos sambil mampu menerbitkan buku kitab sebanyak mungkin; perkara tersebut memainkan peranan dalam mengembangkan bidang percetakan Melayu terutamanya di Singapura yang banyak menerbitkan himpunan karya hikayat dan syair[8] serta di Pulau Penyengat sepanjang abad ke-19.[10]:67-68 Teknologi ini digunakan Haji Muhammad Nuh bin Mustafa Banyumas, pengasas syarikat percetakan Melayu pertama antaranya dalam mencetak kitab Sirāt Al-Mustaqīm nukilan Nuruddin al-Raniri bertarikh 4 Rabiulawal 1281 Hijriah atau 7 Ogos 1864 Masihi;[11]:16 begitu juga Raja Ali Haji yang menerbitkan Kitab Pengetahuan Bahasa masyhurnya.[10]:67-68
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Brooks, Frederick Vincent (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 16 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 785–789. . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting).
- ^ Pennel ER, penyunting (1915). Lithography and Lithographers. London: T. Fisher Unwin Publisher.
- ^ Weaver, Peter. (1964) The Technique of Lithography. London: B.T. Batsford, p. 49.
- ^ A. B. Hoen, Discussion of the Requisite Qualities of Lithographic Limestone, with Report on Tests of the Lithographic Stone of Mitchell County, Iowa, Iowa Geological Survey Annual Report, 1902, Des Moines, 1903; pages 339–352.
- ^ Meggs, Philip B. A History of Graphic Design. (1998) John Wiley & Sons, Inc. p 146 ISBN 0-471-29198-6
- ^ Carter, Rob, Ben Day, Philip Meggs. Typographic Design: Form and Communication, Third Edition. (2002) John Wiley & Sons, Inc. p 11
- ^ a b Hadijah Rahmat; Azhar Ibrahim Alwee; Juffri Supa’at; Muhammad Andi Mohammed Zulkepli; Mukhlis Abu Bakar; Mohd Raman Daud; Sa’eda Buang, penyunting (2015). Yang Terukir: Bahasa dan Persuratan Melayu: Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura (PDF). Stamford Court: Majlis Bahasa Melayu Singapura & Bizmedia Publishing. m/s. 74. ISBN 978-981-09-6483-2. OCLC 915156596.
- ^ a b Tan, Huism (Januari 2017). "Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books". MuseSG. Lembaga Warisan Negara Singapura. 10 (2): 33–38. ISSN 2424-7766 – melalui Roots.
- ^ Gallop, Annabel Teh (3 Jun 2019). "Some new old books on and from the Malay world". Asian and African Studies. The British Library. Dicapai pada 25 Ogos 2021.
- ^ a b c Leow, Rachel (2016). Taming Babel: Language in the Making of Malaysia. Cambridge University Press. m/s. 64, 67–68. ISBN 9781316563007.
- ^ Abu Hanifah Haris (2014-06-30). "Kaherah Sebagai Pusat Percetakan Karya Melayu-Islam, 1880-an Hingga 1960-an". Journal of Al-Tamaddun. 9 (1): 15–31. ISSN 1823-7517. OCLC 929389050.CS1 maint: date and year (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Percetakan batu |
- Twyman, Michael. Early Lithographed Books. Pinner, Middlesex: Private Libraries Association, 1990
- Museum of Modern Art information on printing techniques and examples of prints Diarkibkan 2005-02-06 di Wayback Machine
- The Invention of Lithography, Aloys Senefelder, (Eng. trans. 1911)(a searchable facsimile at the University of Georgia Libraries; DjVu and layered PDF format)
- Theo De Smedt's website, author of "What's lithography"
- Extensive information on Honoré Daumier and his life and work, including his entire output of lithographs
- Digital work catalog to 4000 lithographs and 1000 wood engravings
- Detailed examination of the processes involved in the creation of a typical scholarly lithographic illustration in the 19th century
- Nederlands Steendrukmuseum
- Delacroix's Faust lithographs at the Davison Art Center, Wesleyan University Diarkibkan 2010-06-18 di Wayback Machine
- A brief historic overview of Lithography. University of Delaware Library. Includes citations for 19th century books using early lithographic illustrations.
- Philadelphia on Stone: The First Fifty Years of Commercial Lithography in Philadelphia. Library Company of Philadelphia. Provides an historic overview of the commercial trade in Philadelphia and links to a biographical dictionary of over 500 Philadelphia lithographers and catalog of more than 1300 lithographs documenting Philadelphia.
- Prints & People: A Social History of Printed Pictures, an exhibition catalog from The Metropolitan Museum of Art (fully available online as PDF), which contains material on lithography