Lencana pangkat pegawai Tentera Darat British
Disenaraikan dalam jadual dibawah ialah insignia—tanda pangkat—Tentera Darat British. Lencana bagi pegawai medan telah diperkenalkan pada tahun 1810 dan insignia itu dipindahkan ke epaulet pada tahun 1880. Di pakaian seragam istiadat atau perbarisan, pangkat-pangkat ini terus dipakai pada epaulet, samada sebagai slaid berkain atau sebagai klip berlogam, walaupun pada 'pakaian kerja' (uniform harian) moden ia biasanya dipakai sebagai slaid berkain di dada. Walaupun insignia ini digunakan di seluruh Tentera Darat British, terdapat variasi dalam reka bentuk dan warna tepat yang digunakan dan ia mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan mereka semua.
Pegawai berpangkat leftenan dan leftenan kedua sering dirujuk sebagai subaltern dan mereka serta kapten juga dirujuk sebagai pegawai kompeni. Brigedier, kolonel, leftenan kolonel dan mejar merupakan pegawai medan. Di atas kelompok ini pula terdapat kumpulan pangkat tinggi yang dipanggil pegawai jeneral.
Pangkat
[sunting | sunting sumber]Pangkat[1] | General officers | Field officers | Junior officers | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Field Marshal1 | General | Lieutenant General | Major General | Brigadier | Colonel | Lieutenant Colonel | Major | Captain | Lieutenant | Second Lieutenant | Officer Cadet | ||
Tentera Darat British | |||||||||||||
Singkatan pangkat | FM | Gen | Lt Gen | Maj Gen | Brig | Col | Lt Col | Maj | Capt | Lt | 2Lt | OCdt | |
Kod NATO | OF-10 | OF-9 | OF-8 | OF-7 | OF-6 | OF-5 | OF-4 | OF-3 | OF-2 | OF-1 | OF-D |
Informasi am pangkat
[sunting | sunting sumber]Tentera Darat British Angkatan Tentera British | ||||
---|---|---|---|---|
Komponen | ||||
|
||||
Pentadbiran | ||||
Luar Negeri | ||||
Keanggotaan | ||||
Kelengkapan | ||||
Sejarah | ||||
Pangkat pegawai | Saiz pasukan tipikal[2] | Lantikan pasukan tipikal | Masa tipikal yang diambil untuk kenaikkan pangkat |
---|---|---|---|
Officer Cadet | Tiada pasukan | N/A | |
Second Lieuenant | 35 askar. | Platun/trup. | Selepas menamatkan latihan pegawai. |
Lieutenant | Sehingga 2 tahun selepas mencapai pangkat leftenan kedua. | ||
Captain | Antara 50 dan 120 askar. | Kompeni/Bateri/Skuadron. | Selepas 3 tahun perkhidmatan bertauliah. |
Major | Sehingga 120 askar dan pegawai. | Selepas berkhidmat dalam tentera darat selama 8 hingga 10 tahun. | |
Lieutenant Colonel | Sehingga 650 askar dan pegawai. | Batalion/ rejimen/grup tempur. | N/A |
Colonel | Pemerintahan medan dalam Kor Kesihatan Diraja British. | Pegawai staf. | |
Brigadier | Briged atau pengarah staf. | ||
Major General | Divisyen. | ||
Lieutenant Jeneral | Kor. | ||
General | Pangkat paling kanan. | ||
Field Marshal | Pada masa ini berpangkat kehormat. |
Nota
[sunting | sunting sumber]Pangkat Field Marshal telah menjadi pangkat kehormat/istiadat; pegawai terakhir yang dinaikkan pangkat adalah pada tahun 1994.
Pangkat bersejarah
[sunting | sunting sumber]- Kapten Jeneral (s. abad ke-17): seorang Jeneral penuh.
- Sarjan Mejar Jeneral (s. abad ke-17): dipendekkan ke Mejar Jeneral.
- Kapten leftenan (s. abad ke-17 & 18): iaitu leftenan kompeni pertama dalam sebuah rejimen, yang kaptennya dipegang oleh kolonel rejimen. Pada kenaikkan pangkat ke kapten penuh, tempoh pangkat ini dianggap sebagai kapten penuh untuk tujuan gaji dan pencen, kerana dia memimpin kompeni itu dengan berkesan.
- Ensain: pangkat subaltern terendah dalam rejimen infantri; digantikan pada 1871 oleh leftenan kedua, tetapi masih digunakan untuk merujuk kepada leftenan kedua dalam beberapa rejimen Pengawal.
- Kornet: pegawai kavalri setaraf ensain digantikan pada 1871 oleh leftenan kedua, tetapi masih digunakan untuk merujuk kepada leftenan kedua dalam beberapa rejimen kavalri, termasuk Blues and Royals dan The Queen's Royal Hussars.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Lencana lain-lain pangkat Tentera Darat British
- Pakaian seragam Tentera Darat British
- Tentera Darat British
- Senarai perbandingan pangkat tentera
- Pangkat tentera
- Pangkat pegawai RAF
- Lencana pangkat NATO
- Lencana pangkat pegawai Royal Navy
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Who we are: Rank Structure". Retrieved 7 July 2020.
- ^ "Officer Careers: Promotion and career progression is clearly defined in the Army". Dicapai pada 7 July 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- British Army rank structure and insignia (British Army website)
- SaBRE
- Victorian Infantry Officer Ranks
- Napoleonic Era British Military ranks at ArmchairGeneral.com
Pangkat pegawai bertauliah dalam Angkatan Tentera British | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kod pangkat NATO | Pegawai pelatih | OF-1 | OF-2 | OF-3 | OF-4 | OF-5 | OF-6 * |
OF-7 ** |
OF-8 *** |
OF-9 **** |
OF-10 ***** | ||
Tentera Laut Diraja | O Cdt | Mid | SLt | Lt | Lt Cdr | Cdr | Capt | Cdre | RAdm | VAdm | Adm | Adm of the Fleet | |
Marin Diraja | O Cdt | 2Lt | Lt | Capt | Maj | Lt Col | Col | Brig | Maj-Gen | Lt-Gen | Gen | Capt-Gen | |
Tentera Darat | O Cdt | 2Lt | Lt | Capt | Maj | Lt Col | Col | Brig | Maj-Gen | Lt-Gen | Gen | Fd Mshl | |
Tentera Udara Diraja | Off Cdt / SO | APO / Plt Off | Fg Off | Flt Lt | Sqn Ldr | Wg Cdr | Gp Capt | Air Cdre | AVM | Air Mshl | Air Chf Mshl | Mshl of the RAF | |
Senarai |