Lebuh raya Kayan
Penampilan
Lebuh raya Kayan hanyalah jalan raya biasa dua hala. Lebuh raya ini menghubungkan bandar Pelabuhan Lumut dengan Teluk Intan, Perak. Lebuh raya ini dibina sekitar tahun 1987 ketika Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak.
Lebuh raya Kayan sempena nama Kampung Kayan di hilir Sungai Perak, berhampiran jambatan Batu 5. Dari Teluk Intan, Lebuh raya ini melalui jambatan Batu 5, Kampung Kayan, Ulu Dedap, Lekir, Kampung Pasir Pandak, Kampung Koh, Ayer Tawar, Setiawan dan terus ke jeti Lumut.