Pergi ke kandungan

Lappeenranta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lappeenranta
Bandar raya
Lappeenrannan kaupunki
Pelabuhan Lappeenranta pada waktu malam
Pelabuhan Lappeenranta pada waktu malam
Jata Lappeenranta
Lokasi Lappeenranta di Finland
Lokasi Lappeenranta di Finland
NegaraFinland
ProvinsiFinland Selatan
WilayahKarelia Selatan
SubwilayahSubwilayah Lappeenranta
Piagam1649
Pentadbiran
 • Pengurus bandar rayaTuomo Sallinen
Zon waktuUTC+2 (EET)
 • Musim panas (DST)UTC+3 (EEST)
Urbanisation90.4%
Unemployment rate14.7%
Laman sesawangwww.lappeenranta.fi

Lappeenranta (Bahasa Sweden: Villmanstrand) merupakan sebuah bandar dan kotamadya yang terletak di Etela-Karjala, Finland Selatan. Bandar ini terletaknya berdekatan Tasik Saimaa di Finland bahagian tenggara, 30 km berhampiran Rusia. Penduduknya berjumlah 73,000 orang pada tahun (2024). Lappeenranta merupakan bandar kesebelas terbesar di Finland.

Bandar ini didirikan pada tahun 1649 oleh Ratu Kristina dari Sweden.

Pada 1649, bandar Lappeenranta diberi piagam oleh Ratu Christina dari Sweden dan dengan itu, perdagangan di Lapvesi, satu pasar yang amat popular sewaktu itu, disahkan.

Pada 1741, pertempuran Villmanstrand tercetus antara tentera Sweden dan Rusia sebagai sebahagian Perang Rusia-Sweden (1741-1743), dengan pertempuran itu berakhir dengan kemenangan Rusia.

Majikan utama bandar ialah Bandaraya Lappeenranta, UPM-Kymmene, Hospital Pusat Karelia Selatan, Lappeenranta University of Technology, Paroc, Nordkalk, VR-Group, Fazer, Angkatan Tentera, dan Larox. Sebahagian besar pekerja di Lappeenranta tinggal di wilayah-wilayah perbandaran yang berjiran, terutamanya di Taipalsaari, Lemi, dan Savitaipale. Lappeenranta dihubungkan dengan wilayah-wilayah perbandaran tersebut melalui jalan raya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]