Pergi ke kandungan

Lapan Gerbang Seoul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Heunginjimun, Seoul, Korea Selatan

Lapan Gerbang Seoul ialah lapan buah pintu gerbang bersejarah yang terletak di Tembok Kubu Seoul, Korea Selatan, yang mengelilingi bandar semasa Dinasti Joseon. Enam buah daripada gerbang ini masih wujud pada hari ini (2020). Semua lapan buah gerbang pada asalnya dibina antara 1396 dan 1398.

Pengenalan

[sunting | sunting sumber]
lokasi 8 gerbang dan 2 istana (Gyeongbokgung, Changdeokgung)

Lapan Grebang scara kasarnya berdasarkan kira-kira empat arah mata angin dan empat arah perantaraan kompas. Daripada lapan pintu itu, Utara, Selatan, Timur, dan Barat dikenali sebagai "Empat Gerbang Hebat" (사대문), sementara Gerbang Barat Laut, Timur Laut, Tenggara, dan Barat Daya dikenali sebagai "Empat Gerbang Kecil" (사소문).

Daripada lapan gerbang tersebut, dua buah (Barat dan Barat Daya) tidak lagi wujud. Memorial kini diletakkan kira-kira di mana pintu Barat dan Barat Daya pernah berada (Julai 2012). Terdapat perbincangan dan pengumuman untuk membina semula Gerbang Barat,[1] tetapi kini, Gerbang Barat hanya diganti secara maya untuk tatapan umum memandangkan pembinaan asal menghadapi cabaran dari segi masalah pampasan dan aliran trafik di tengah kota Seoul[2].

Pada 10 Februari 2008, Gerbang Selatan telah rosak teruk dalam kebakaran yang dinyalakan secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Gerbang itu dibina semula dan mengambil masa selama lima tahun, dan dibuka semula kepada orang ramai pada 4 Mei 2013.[3] Pintu gerbang ini mempunyai kedudukan Khazanah Negara No. 1 Korea Selatan. Daripada lapan buah gerbang tersebut, gerbang Selatan dan Timur adalah yang terbesar, dan kedua-duanya terletak di kawasan pasar yang sibuk (Pasar Namdaemun dan Pasar Dongdaemun).

Di samping lapan gerbang mata angin, banyak gerbang lain yang mempunyai sejarah penting di Seoul, seperti Gwanghwamun, pintu utama Istana Gyeongbokgung; Daehanmun, pintu utama Istana Deoksugung; Dongnimmun, juga dikenali sebagai Gerbang Kemerdekaan; dan saki-baki Yeongeunmun, terletak di sebelah Dongnimmun di Taman Kemerdekaan Seodaemun Seoul.

Nama-nama Gerbang

[sunting | sunting sumber]

Lapan gerbang tersebut mempunyai pelbagai nama sejak berabad-abad lamanya, dan masih boleh dirujuk dengan nama-nama yang berlainan. Jadual di bawah memberi nama yang paling biasa untuk gerbang tersebut. Nama dan ejaan rasmi diambil dari papan tanda yang ditemui pada pintu gerbang itu sendiri. Perhatikan bahawa Hanja dibaca kanan-ke-kiri pada satu-satu masa, dan kiri-ke kanan pada masa lain. Oleh itu, aksara untuk "pintu" (mun, 門) mungkin muncul sama ada di sebelah kiri atau kanan papan tanda sebenar.

Empat Gerbang Besar

[sunting | sunting sumber]
papan tanda Papan Tanda Heunginjimun, Seoul, Korea Papan Tanda Heunginjimun, Seoul, Korea Papan Tanda Sungnyemun, Seoul, Korea, Mei 2013 Papan Tanda Donuimun, Seoul, Korea
Gerbang Utara Gerbang Timur Gerbang Selatan Gerbang Barat
Nama rasmi Perumian Sukjeongmun Heunginjimun Sungnyemun Donuimun
Hangul Korea 숙정문 흥인지문 숭례문 돈의문
Hanja Sino-Korea 肅靖門 興仁之門 崇禮門 敦义門
terjemahan harfiah[4] Gerbang Pemerintahan Takzim Gerbang Terbit Kebaikan Gerbang Istiadat Tinggi Gerbang Kesetiaan
nama arah Perumian Bukdaemun Dongdaemun Namdaemun Seodaemun
Hangul Korea 북대문 동대문 남대문 서대문
Hanja Sino-Korea 北大門 東大門 南大門 西大門
makna harfiah "Gerbang besar utara" "Gerbang besar timur" "Gerbang besar selatan" "Gerbang besar barat"
nama lain Pada mulanya dipanggil Sukcheongmun. Pada asalnya dipanggil Heunginmun (sedikit berbeza dari nama sekarang).
catatan - Dibina pada tahun 1396.[5] - Asalnya dibina pada 1398. Tarikh pembinaan struktur sekarang dari tahun 1869.[6] - Asas dibina pada tahun 1398.

- Rosak teruk akibat kebakaran pada tahun 2008. Dibuka semula pada Mei 2013.

- Asalnya dibina pada 1396.

- Tidak lagi wujud. Dihancurkan pada tahun 1915 semasa zaman kolonial Jepun. Rancangan untuk dibina semula wujud, dan dijangka bermula pada 2022.

Empat Gerbang Kecil

[sunting | sunting sumber]
papan tanda Papan Tanda Changuimun, Seoul, Korea Papan Tanda Hyehwamun, Seoul, Korea Papan Tanda Gwanghuimun, Seoul, Korea Penanda Pintu Souimun, terperinci, Seoul, Korea
Gerbang Barat Laut Gerbang Timur Laut Gerbang Tenggara Gerbang Barat Daya
nama rasmi Perumian Changuimun Hyehwamun Gwanghuimun Souimun
Hangul Korea 창의문 혜화문 광희문 소의문
Hanja Sino-Korea 彰義門 惠化門 光熙門 昭義門
terjemahan harfiah[7] Gerbang Terpimpin Perkara Benar Gerbang Agihan Kebijaksanaan Gerbang Cahaya Cerah Gerbang

Ketegakan Keadilan

nama arah Perumian Buksomun Dongsomun Namsomun Seosomun
Hangul Korea 북소문 동소문 남 소문 서소문
Hanja Sino-Korea 北小門 東小門 南 小 門 西 小 門
makna harfiah "gerbang kecil utara" "gerbang kecil timur" "gerbang kecil selatan" "gerbang kecil barat"
nama lain Jahamun.[8] Pada mulanya dikenali sebagai Honghwamun. [9] Pada mulanya dipanggil Sugumun ("Gerbang Saluran Air") Pada asalnya dipanggil Sodeokmun.
catatan - Asalnya dibina pada 1396.

- Pondok pengawal dibakar pada tahun 1592, dan dibina semula pada tahun 1740. Pintu gerbang ini kini mempunyai pondok pengawal tertua daripadi gerbang-gerbang kecil.

- Dibina pada tahun 1396.

- Dimusnahkan semasa zaman kolonial Jepun, tetapi dipulihkan pada tahun 1992.

- Dibina pada tahun 1396.

- Dibina semula 1711-1719. Sebahagian besar dimusnahkan semasa Perang Korea, tetapi dipulihkan pada tahun 1976.[10]

- Asalnya dibina 1396.

- Tidak lagi wujud. Dihancurkan pada tahun 1914 semasa zaman kolonial Jepun .

Imej Gerbang

[sunting | sunting sumber]
pintu gerbang
pandangan hadapan
pandangan lain
Gerbang Barat Laut

Changuimun

Gerbang Changuimun, Seoul, Korea
Gerbang Changuimun, pandangan belakang, Seoul, Korea
Gerbang Selatan

Sukjeongmun

Gerbang Sukjeongmun, Seoul, Korea
Gerbang Sukjeongmun, pandangan belakang, Seoul, Korea
Gerbang Timur Laut

Hyehwamun

Gerbang Hyehwamun, Seoul, Korea
Gerbang Hyehwamun, perincian, Seoul, Korea
Gerbang Timur

Heunginjimun

Gerbang Heunginjimun, Seoul, Korea
Gerbang Heunginjimun, pandangan sisi, Seoul, Korea
Gerbang Tenggara

Gwanghuimun

Gerbang Gwanghuimun, Seoul, Korea
Gerbang Gwanghuimun, dengan Tembok Kubu, Seoul, Korea
Gerbang Selatan

Sungnyemun

Gerbang Sungnyemun, Seoul, Korea. Hadapan pintu gerbang, difoto April, 2013
Gerbang Sungnyemun, Seoul, Korea. Belakang pintu, difoto April, 2013
Gerbang Barat Daya

Souimun (Tidak lagi wujud)

Imej bersejarah Gerbang Souimun, Seoul, Korea
Penanda Gerbang Souimun, Seoul, Korea
Gerbang Barat

Donuimun (Tidak lagi wujud)

Gerbang Donuimun, Seoul, Korea
Memorial Gerbang Donuimun, Seoul, Korea

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Seoul City to Restore Ancient West Gate". Chosun Ilbo.
  2. ^ Kim, Soo-yeon (20 Ogos 2019). "Joseon Dynasty era gate virtually restored with digital technology". Dicapai pada 5 Februari 2020.
  3. ^ Hanano, Natasha (1 May 2013). "Sungnyemun: South Korean National [Treasure] Reopens After [Five] Year Restoration". Travelers Today. Dicapai pada 10 June 2013.
  4. ^ "The Gates and Walls of Seoul". Ministry of Culture, Sports, and Tourism of the Republic of Korea.
  5. ^ "Sukjeongmun Gate". Visit Korea.
  6. ^ "Heunginjimun Gate". Exploring Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-11.
  7. ^ "The Gates and Walls of Seoul". Ministry of Culture, Sports, and Tourism of the Republic of Korea.
  8. ^ "Changuimun Gate (Jahamun Gate)". Visit Korea.
  9. ^ "Hyehwamun Gate (Honghwamun Gate)". Visit Korea.[pautan mati kekal]
  10. ^ "Gwanghuimun Gate". Exploring Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-11. Dicapai pada 2012-06-18.