Pergi ke kandungan

Jata negara Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lambang Iran)

Jata negara Iran diperkenalkan secara rasmi pada pada tahun 1980, sejajar dengan kejayaan Revolusi Iran menggantikan lambang Singa dan Matahari yang tertera di bendera negara tersebut, ia ditukarkan melalui pemindaan perlembagaan Irz=an oleh Parlimen negara tersebut yang tuurt dipersetujui Ayatullah Ruhollah Khomeini.

Lambang ini hanyalah perkataan Allah ﺍﷲ dalam tulisan Arab daripada empat bulan sabit dan satu pedang - dari kanan ke kiri, sabit pertama membentuk huruf alif, sabit kedua membentuk huruf lam pertama, bilah pedang membentuk huruf lam kedua, dan sabit ketiga dan keempat membentuk huruf ha; keli,a-lima objek ini membawa maksud lima Rukun Islam. Di atas pedang itu pula (di tengah tengah lambang) adalah tanda tasydid

Secara keseluruhannya, lambang ini dirancang menyerupai bunga tulip yang bertujuan untuk memperingati para pejuang Iran dalam mempertahankan negara mereka - kepercayaan lama orang Iran bahawa bunga tulip merah akan tumbuh di kuburan para pahlawan yang terkorban dalam perang mempertahankan negara, mereka.

Lambang ini direka oleh Hamid Nadimi dan diluluskan secara rasmi oleh Ayatollah Khomeini pada 9 Mei, 1980.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]