Pergi ke kandungan

Bendera Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Republik Islam Iran pada hari ini.

Bendera Iran ini terdiri daripada tiga jalur iaitu jalur hijau di atas sekali, jalur putih di tengah dan jalur merah di bawah dengan jata negara Iran ditengah jalur putih tersebut. Ini merupakan rekaan asal bendera Iran yang telah digunakan sejak awal abad ke-20. Rekaan terkini bendera ini diperkenalkan oleh Hamid Nadimi selepas Revolusi Iran pada 29 Julai, 1980. Pertukaran bendera ini mencerminkan perubahan dalam negara Iran selepas revolusi itu.

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]

Perlambangan

[sunting | sunting sumber]

Setelah Cyrus Agung dari Parsi mengalahkan datuknya, Astyages dari Medes dan menyatukan kedua-dua kawasan menjadi suatu kerajaan baharu. Beliau membentuk bendera baru yang tersusun atas warna hijau, putih, dan merah, yang kemudiannya menjadi warna asas bagi bendera Iran. Ketiga-tiga warna ini mempunyai maksud yang tersendiri:

  • Hijau - melambangkan pertumbuhan, kebahagiaan, persatuan, alam, semangat dan bahasa Parsi. Ia juga melambangkan warna Islam yang turut digunakan bendera negara-negara majoriti Islam berjiranan lain seperti Pakistan.
  • Putih - melambangkan perdamaian.
  • Merah - melambangkan kesyahidan. Dalam kebudayaan Iran sendirinya, warna ini dikaitkan dengan keberanian, api, kehidupan, cinta, kehangatan, dan kecanggihan.

Pada jalur-jalur hijau dan merah terdapat ungkapan takbir (Allahu akbar, Allah maha besar") dalam tulisan khat Kufi sebanyak 11 kali di kedua-dua jalur - kalimat yang berulang 22 kali ini melambangkan panggilan takbir pada malam 22 Bahman 1357 dalam takwim Parsi (11 Februari 1979) yang menandakan perubahan Iran menjadi sebuah "republik Islam" sepertimana yang diisytiharkan siaran radio kebangsaan negara tersebut. Aspek ini menjadikan rekaan bendera ini tidak simetrik lalu tidak dapat diterbalikkan.

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Nisbah panjang lebar bidang bendera ialah 4:7. Rincian tepat warna yang diberikan untuk mereka bendera ini adalan seperti berikut:

Skema warna Hijau Putih Merah
RGB 35/159/64 255/255/255 218/0/0
Hexadecimal #239f40 #FFFFFF #da0000
CMYK 78/0/60/38 0/0/0/0 0/100/100/15


Simbol singa berpedang dan matahari pada asalnya merupakan lambang kuasa Saidina Ali bin Abi Talib yang dianggap sebagai Imam dala kalangan masyarakat majoriti Iran yang beranutan Syi'ah, namun ia lama-kelamaan menjadi berkait kuat dengan kekuasaan Wangsa Pahlavi yang menindas rakyat.[1]

  1. ^ Babayan, Kathryn (2002), Mystics, Monarchs, and Messiahs: Cultural Landscapes of Early Modern Iran, Harvard College, m/s. 491, ISBN 0-932885-28-4

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]