Pergi ke kandungan

LG Electronics

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LG Electronics
Jenis/bentuk sahAwam
ISINUS50186Q2021 Sunting ini di Wikidata
IndustriTelekomunikasi bimbit, paparan digital, peralatan digital dan media digital
DitubuhkanOktober 1958; 66 tahun yang lalu (1958-10)
PengasasKoo In-hwoi Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Tokoh pentingYong Nam, Naib Pengerusi & CEO
KeluaranTelevisyen, telefon bimbit, telefon pintar, komputer tablet, smartwatch, alatan rumah, perisian Sunting ini di Wikidata
Hasil AS$68.8 bilion
PemilikKumpulan LG Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan82,772 (29,948 di Korea/ 52,824 di luar negara) - setakat tahun 2006
Syarikat indukKumpulan LG
Anak syarikatLIG Nex1, LG Display, LG Electronics Latvia Sunting ini di Wikidata
Tapak webLG Electronics Worldwide
Facebook: theLGstory Twitter: LGElectronics Instagram: lgdobrasil LinkedIn: lg-electronics Youtube: UCrIAnDo3VuWex3fywkGpB1g Pinterest: lgusa Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
LG Electronics
HangulLG전자

LG Electronics (KSE: 066570, LSE: LGLD), adalah pengeluar televisyen kedua terbesar di dunia[1] serta pengeluar telefon bimbit ketiga terbesar di dunia.[2]

Beribupejabat di Menara Berkembar LG di Yeouido, Seoul, Korea Selatan, LG Electronics adalah syarikat utama di dalam Kumpulan LG, salah satu konglomerat terbesar di dunia.

Syarikat ini mempunyai 75 anak syarikat di seluruh dunia yang merekabentuk dan megneluarkan televisyen, peralatan rumah, serta peranti telekomunikasi. LG Electronics membeli Zenith Electronics dan mengawal 37.9 peratus dalam syarikat LG Display.

Menjelang tahun 2005, LG merupakan antara 100 jenama global paling utama, dan pada tahun 2006, LG mencatatkan pertumbuhan pasaran sebanyak 14%.[3] Kini sebagai pengeluar paparan plasma terbesar di dunia,[4] anak syarikatnya, LG Display, merupakan salah satu syarikat pengeluar paparan hablur cecair terbesar di dunia. Juga pada tahun 2006, bahagian telefon bimbitnya, LG Mobile, mengeluarkan telefon bimbit LG Chocolate, sekaligus mengubah imej syarikat yang dikenali sebagai pengeluar telefon bimbit 3G yang tebal. Ia kini memfokuskan terhadap reka bentuk dan pemasaran telefon bimbit seperti LG Shine, LG Glimmer dan LG Prada (KE850). Hasilnya, syarikat dipilih sebagai "Pasukan Perekabentuk Terbaik Tahunan" oleh Anugerah Rekabentuk Red Dotpada tahun 2006~2007 serta sering digelar sebagai "Apple Baru" dalam industri ini serta di kalangan komuniti dalam talian.

Pada tahun 2006, untung bersih syarikat adalah sejumlah AS$226 juta, dengan jumlah pulangan AS$24.7 bilion.[3]

  • 'LG, Digitally Yours' (1 Disember 1999-30 Jun 2004)
  • 'LG, Life's Good' (1 Julai 2004-kini)

Iklan Televisyen

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Samsung, LG Boost Global TV Market Share". Dicapai pada 20/02/09. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "Bloomberg.com". Dicapai pada 23/01/09. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ [1]
  4. ^ [2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]