Pergi ke kandungan

Emydura subglobosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kura-kura Dada Merah)

Emydura subglobosa
Kura-kura Dada Merah di Zoo Cologne
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
E. subglobosa
Nama binomial
Emydura subglobosa
(Krefft, 1876)[1]
Sinonim[2]

Emydura subglobosa subglobosa

Emydura subglobosa worrelli

  • Tropicochelymys worrelli Wells & Wellington, 1985

Emydura subglobosa, Kura-kura Dada Merah[3], atau Kura-kura Sungai Jardine ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini mempunyai tempurung yang keras dan bersifat pleurodira dan mempunyai plastron (dada) berwarna merah.

Pandangan profil Emydura subglobosa

E. subglobosa boleh ditemui dan berasal dari Australia dan Papua New Guinea.

Mendiami kawasan berair seperti sungai, tasik, paya dan kolam.

Kura-kura ini bersifat maserba. Selain tumbuh-tumbuhan, dietnya jug terdiri daripada ikan, udang, siput, cacing air dan pelbagai jenis serangga air[4].

Peliharaan

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, Kura-kura ini semakin mendapat perhatian penggemar haiwan eksotik. Akuarium besar bersaiz 75 gelen air digunakan bagi memelihara spesies ini. Pelet biasa kura-kura juga boleh diberikan sebagai makanan.

Australia melarang pengeksportan spesies yang ditangkap dari habitat liar, jadi kesemua spesies yang ditangkap adalah berasal dari New Guinea. Kebanyakan negara di dunia membiakkan haiwan ini bagi memenuhi permintaan pasaran eksotik. Termasuklah Amerika Syarikat, Hong Kong dan Taiwan.

  1. ^ Krefft, Gerard. 1876. Notes on Australian animals in New Guinea with description of a new species of fresh water tortoise belonging to the genus Euchelymys (Gray). Annali del Museo Civico di Storia Naturale Giacomo Doria [Series 1] 8: 390–394. (Euchelymys subglobosa, new species).
  2. ^ Turtle Taxonomy Working Group [van Dijk , P.P., Iverson, J.B., Shaffer, H.B., Bour, R., and Rhodin, A.G.J.]. 2012. Turtles of the world, 2012 update: annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution, and conservation status. Chelonian Research Monographs No. 5, pp. 000.243–000.328, doi:10.3854/crm.5.000.checklist.v5.2012, [1].
  3. ^ https://lingkunganhidup.co/jenis-kura-kura-indonesia/
  4. ^ http://kura-kurakoe.blogspot.my/2015/05/kura-kura-dada-merah.html

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]