Pergi ke kandungan

Kuil Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kuil Kedua
Bait Suci Kedua
Kuil Herod
בֵּית־הַמִּקְדָּשׁ הַשֵּׁנִי
Model Kuil Herod (diilhamkan oleh karangan Josephus) yang dipamerkan dalam Model Tanah Suci Baitulmaqdis di Muzium Israel
Info asas
LokasiBukit Kuil
Koordinat geografi31°46′41″N 35°14′7″E / 31.77806°N 35.23528°E / 31.77806; 35.23528Koordinat: 31°46′41″N 35°14′7″E / 31.77806°N 35.23528°E / 31.77806; 35.23528
AgamaAgama Yahudi
KedewaanYahweh
PerbandaranBaitulmaqdis
NegeriYehud Medinata (pertama)
Yudea (akhir)
RantauTanah Israel
NegaraEmpayar Hakhamaniyah (pertama)
Empayar Rom (akhir)
PemimpinImam Besar Israel
Penerangan seni bina
PengasasZerubabel; diperbaharui oleh Herod yang Agung
Disiapkan padas. 516 SM (asal)
s. 18 TM (Herod)
Dimusnahkan pada70 TM (Pengepungan Rom)
Spesifikasi
Tinggi (maks)s. 46 meter (151 ka)
Bahan binaanBatu kapur Baitulmaqdis
Tarikh penggalian1930, 1967, 1968, 1970–1978, 1996–1999, 2007
Ahli arkeologiCharles Warren, Benjamin Mazar, Ronny Reich, Eli Shukron, Yaakov Billig
Tapak masa kini:Kubah al-Sakhrah
Terbuka kepada awam:Terhad; lihat Sekatan kemasukan Bukit Kuil

Kuil Kedua atau Bait Suci Kedua (Ibrani: בֵּית־הַמִּקְדָּשׁ‎ הַשֵּׁנִיPage Templat:Script/styles hebrew.css has no content.Bēṯ hamMīqdāš hašŠēnī, terj. 'Rumah Tempat Suci Kedua'), kemudiannya dipanggil Kuil Herodes, merupakan Kuil Suci di Baitulmaqdis yang telah dibina semula, digunakan antara s. 516 SM dan pemusnahannya pada tahun 70 TM. Binaan penting zaman Kuil Kedua, ia simbol penting identiti Yahudi dan juga pusat agama Yahudi Kuil Kedua; ia tempat ibadat utama, upacara korban, dan perhimpunan masyarakat Yahudi. Oleh sebab itu, ia menarik penziarah-penziarah Yahudi dari negeri-negeri jauh semasa Tiga Perayaan Ziarah: Paskah, Shavuot, dan Sukkot.

Pembinaan Kuil Kedua bermula selepas Parsi menakluk Babylonia; Kuil sebelum itu, dipanggil Kuil Sulaiman, telah habis dimusnahkan bersama-sama Kerajaan Yehuda dalam pengepungan Baitulmaqdis oleh Babylonia sekitar tahun 587 SM.[1] Selepas Empayar Babylon Baru diilhakkan oleh Empayar Hakhamaniyah, raja Parsi Kores mengeluarkan apa yang dipanggil Perintah Kores, yang diterangkan dalam Bible Ibrani telah membenarkan dan menggalakkan orang Yahudi pulang ke Zion—suatu peristiwa alkitabiah apabila orang Yahudi kembali ke bekas Kerajaan Yehuda, yang baru-baru itu diatur semula oleh Parsi sebagai wilayah Yahudi bernama Yehud Medinata yang memerintah sendiri. Penyiapan Kuil Kedua pada zaman raja Persia Darius I menandakan tempoh harapan baru dan kebangkitan semula agama Yahudi. Menurut sumber alkitabiah, Kuil Kedua asalnya agak sederhana, dibina di bawah kuasa gabenor Yahudi yang dilantik oleh Parsi, Zerubabel cucu Yekhonya, raja terakhir Yehuda.[2]

Pada abad ke-1 SM, Kuil Kedua telah diperbaharui dan diperluaskan di bawah pemerintahan Herodes yang Agung, menyebabkannya beroleh nama samaran "Kuil Herodes". Usaha Herod telah menjadikannya struktur yang megah dengan dan halaman yang mengagumkan, termasuk mempunyai balai-balai dan fasad tersergam indah seperti yang ditunjukkan dalam model-model moden, seperti Model Tanah Suci Baitulmaqdis di Muzium Israel. Bukit Kuil, di mana Kuil Sulaiman dan Kuil Kedua berdiri, juga telah diperluaskan dengan ketara, dua kali ganda saiznya sehinggakan menjadi tempat agama terbesar di dunia purba.[3]

Pada tahun 70 TM, pada kemuncak Perang Yahudi-Rom Pertama, Kuil Kedua dimusnahkan dalam pengepungan Rom ke atas Baitulmaqdis,[a] menandakan titik transformatif dan musibah dalam sejarah Yahudi.[4] Kehilangan Kuil Kedua mencetuskan agama Yahudi Rabbinik, yang sehingga kini ialah bentuk agama Yahudi arus perdana di seluruh dunia.

  1. ^ Schiffman, Lawrence H. (2003). Understanding Second Temple and Rabbinic Judaism. New York: KTAV Publishing House. m/s. 48–49. ISBN 978-0-88125-813-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-08-30. Dicapai pada 2019-08-19.
  2. ^ Ezra 6:15,16
  3. ^ Feissel, Denis (23 December 2010). Corpus Inscriptionum Iudaeae/Palaestinae: Volume 1 1/1: Jerusalem, Part 1: 1-704. Hannah M. Cotton, Werner Eck, Marfa Heimbach, Benjamin Isaac, Alla Kushnir-Stein, Haggai Misgav. Berlin: De Gruyter. m/s. 41. ISBN 978-3-11-174100-0. OCLC 840438627.
  4. ^ Karesh, Sara E. (2006). Encyclopedia of Judaism. Facts On File. ISBN 978-1-78785-171-9. OCLC 1162305378. Sehingga zaman moden, pemusnahan Bait Suci merupakan saat yang paling dahsyat dalam sejarah orang Yahudi. [...] Pendeta Yokhanan ben Zakkai, dengan kebenaran dari Rom, mengasaskan kota kara Yavneh untuk terus mengembangkan agama Yahudi Farisi, atau rabinik.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan