Pergi ke kandungan

Krisis harga makanan sedunia 2007–2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carta harga-harga takat ladang AS untuk jagung, gandum, dan kacang soya (1990-February 2008), serta ramalan hingga tahun 2016. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, Februari 2008.
Carta jumlah dagangan gandum, ira kasar dan kacang soya sedunia (1990–2008), serta ramalan hingga tahun 2016. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, 2008.
Carta nisbah stok kepada penggunaan kacang soya, jagung dan gandum AS (1977–2007), serta ramalan hingga tahun 2016. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, September 2007.

Krisis harga makanan sedunia 2007-2008 merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang menagkibatkan keadaan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara.

Punca-punca jangka pendek termasuk penuaian berkurangan sesetengah kawasan di dunia, khususnya Australia. Punca-punca lain bagi kenaikan harga makanan sedunia juga disebabkan peningkatan penggunaan biobahan api di negara-negara maju,[1] dan peningkatan permintaan untuk diet yang lebih terutamanya daging di kalangan golongan kelas menengah yang semakin mengembang di Asia.[2][3] Begitu juga, kenaikan harga minyak yang berterusan telah menaikkan harga baja. Faktor-faktor ini, ditambah pula dengan simpanan stok makanan sedunia yang menurun serta ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham, semuanya menyumbang kepada kenaikan harga makanan secara mendadak di seluruh dunia.[4]

Banyak faktor yang menyumbang kepada harga makanan yang meningkat. Para penganalisa telah menjelaskan bahawa kenaikan harga ini adalah akibat kemerosotan hasil penuaian di merata tempat di dunia, simpanan makanan kian berkurangan, permintaan pengguna meningkat di China dan India, pertambahan penduduk sedunia, serta perubahan dalam ekonomi dunia.[5]

Impak 'makanan sebagai bahan api'

[sunting | sunting sumber]

Salah satu punca sistemik kenaikan harga ini adalah penggunaan tanaman makanan (khususnya jagung dan tebu) untuk menghasilkan biobahan api. Oleh sebab para petani lebih menumpukan tanaman mereka kepada penghasilan bahan api berbanding dahulu, tanah dan sumber yang sedia ada untuk penghasilan makanan sama berkurangan. Ini mengakibatkan kurangnya keluaran makanan yang sedia untuk penggunaan manusia, terutamanya di negara-negara membangun dan mundur, di mana peruntukan harian sesebuah keluarga untuk pembelian makanan amat terhad. Krisis ini boleh dilihat dari satu segi sebagai jurang antara negara-negara kaya dan miskin kerana, misalnya, mengisi tangki kereta biasa dengan biobahan api, lebih kurang sama jumlahnya dengan jagung (makanan ruji utama Afrika) yang boleh dimakan seorang Afrika sepanjang setahun.[4]

Sejak akhir tahun 2007, "Agflasi" yang disebabkan peralihan penuaian jagung ke biobahan api yang kian menjadi-jadi, pengikatan jagung kepada harga minyak yang meningkat oleh pedagang komoditi, dan kenaikan harga sebagai kesannya, telah mengakibatkan penggantian pasaran, yang mana kenaikan harga melata melalui komoditi lain: bermula dengan harga gandum dan soya, diikuti beras, kicap, dan pelbagai jenis minyak masak.

Peningkatan permintaan seluruh Asia

[sunting | sunting sumber]

Bilangan penduduk kelas menengah telah banyak meningkat di seluruh Asia sejak 20 tahun dahulu. Walaupun kebanyakan besar penduduk Asia masih tinggal di luar bandar dan hidup dalam kemiskinan, perkembangan kelas menengah di rantau ini pesat sekali, dan diramal terus meningkat lagi. Untuk perbandingan, pada tahun 1990, kelas menengah di India dan China masing-masing meningkat 9.7% dan 8.6%; sementara pada tahun 2008 kadar pertumbuhan masing-masing sudah mencapai hampir 30% dan 70%.[4] Peningkatan taraf hidup ini turut menyebabkan perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan, khususnya permintaan untuk lebih kepelbagaian dan lebih daging dalam diet,[6] dan maka itu kenaikan permintaan untuk sumber pertanian.

Kesan peningkatan harga minyak

[sunting | sunting sumber]

Kenaikan harga minyak turut memacu kenaikan kos baja yang kebanyakannya memerlukan petroleum untuk dihasilkan.[4] Minyak juga memainkan peranan penting dalam proses penghasilan dan pengangkutan makanan dengan menggunakan jentera.

Kemerosotan simpanan stok makanan sedunia

[sunting | sunting sumber]

Jika dulunya negara-negara cenderung menyimpan simpanan stok makanan yang lebih, tetapi kini, oleh sebab kadar penumbuhan makanan serta kemudahan mengimport makanan, maka keperluan menyimpan stok dianggap kurang penting. Oleh itu, misalnya, pada Februari 2008 simpanan gandum menjunam kepada takat terendah sejak 60 tahun di Amerika Syarikat.[4]

Krisis kewangan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham, termasuk peristiwa "Black Monday" pada bulan Januari 2008, telah menjejaskan pelaburan dalam komoditi makanan.[4] Amerika Syarikat khususnya, sedang menghadapi krisis ekonomi yang boleh mengakibatkan kemelesetan.[7][8][9]

Impak liberalisasi kewangan

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah pihak mendakwa bahawa negara-negara membangun telah bertukar dari penghasil makanan sendiri menjadi pengimport bersih makanan sejak mengikuti dasar ekonomi pasaran bebas Tabung Kewangan Antarabangsa (kemudiannya Perjanjian Pertanian Pertubuhan Perdagangan Sedunia) dikeluarkan kepada negara-negara penghutang pada 1970-an dan 1980-an. Sambil membuka negara-negara membangun kepada import makanan negara maju yang terus disubsidi oleh kerajaan Barat, negara-negara membangun semakin banyak bergantung pada import makanan yang lebih murah berbanding yang hasil pertanian tempatan di rantau-rantau termiskin di dunia.[10]

Dalam erti kata lain, sambil menggesa negara-negara membangun agar memansuhkan subsidi demi kepentingan liberalisasi perdagangan, negara-negara kaya banyak mengekalkan subsidi untuk petani mereka sendiri, namun baru-baru ini subsidi-subsidi ini menganjakkan penghasilan ke arah biobahan makanan dari makanan.[4]

Subsidi biobahan api di AS

[sunting | sunting sumber]

FAO/ECMB telah melaporkan bahawa penggunaan tanah sedunia untuk pertanian banyak merosot sejak 1980-an, dan subsidi-subsidi di luar Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah turut menurun sejak tahun 2004, mengakibatkan bekalan yang meskipun cukup untuk memenuhi permintaan pada tahun 2004, terancam apabila AS mula menukar komoditi pertanian menjadi biobahan api. [11] Menurut USDA, import dan simpanan gandum sedunia kian berkurangan, penggunaan domestik terbantut, dan penghasilan gandum sedunia merosot sejak tahun 2006 hingga 2008.[12]

Di AS, subsidi kerajaan bagi penghasilan etanol telah mendorong ramai petani beralih kepada penghasilan biobahan api; kesannya, 23% tanaman jagung digunakan untuk etanol pada tahun 2007 (naik 6% dari tahun 2005), maka menjejaskan bekalan makanan.

Kesan pada negara membangun

[sunting | sunting sumber]

Sejak awal tahun 2007 hingga tahun 2008, harga-harga sesetengah komoditi makanan antarabangsa paling asas naik mendadak di pasaran antarabangsa. Harga pasaran gandum antarabangsa berganda dari Februari 2007 hingga Februari 2008, mencapai rekod melebihi AS$10 sebusyel.[13] Harga beras turut mencapai takat tertinggi dalam jangka 10 tahun. Di sesetengah negara, harga susu dan daging meningkat lebih dua kali ganda, sementara harga soya (yang mencapai harga tertinggi sejak 34 tahun pada Disember 2007[14]) dan jagung turut naik mendadak.

Untuk memastikan bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk tempatan serta mengekang inflasi harga yang serius, sesetengah negara Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain (termasuk Mesir) mengenakan pengharaman eksport beras dengan ketatnya.[15] Sesetengah negara Eropah pula, termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia, turut sama mengenakan tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali, sekaligus memacu lagi peningkatan harga untuk negara-negara pengimport makanan.[16] Seperti negara membangun yang lain, Malaysia juga menghadapi tekanan harga makanan yang melambung tinggi di pasaran dunia. Walaupun harga makanan asas seperti beras dikawal oleh kerajaan Malaysia sudah ada desakan terutama dari golongan petani supaya harga padi dinaikkan sejajar dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa[17].

Pergolakan

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kenaikan harga sudah menjejaskan tempat-tempat di Asia dan Afrika agak teruk, terutamanya Burkina Faso[18], Cameroon, Senegal, Mauritania, Cote d'Ivoire,[19] Mesir[20] dan Maghribi yang mula menyaksikan tunjuk perasaan dan rusuhan pada akhir tahun 2007 dan awal 2008 mengenai ketandusan makanan ruji asas. Negara-negara lain yang menyaksikan rusuhan makanan atau pergolakan seumpamanya termasuk: Mexico, Bolivia, Yaman, Uzbekistan, Bangladesh,[21] Pakistan,[22] Sri Lanka,[23] dan Afrika Selatan.[24]

  1. ^ "Biofuels major cause of global food riots", Kazinform (Kazakhstan National Information Agency), 11 April 2008
  2. ^ The cost of food: facts and figures
  3. ^ Fear of rice riots as surge in demand hits nations across the Far East
  4. ^ a b c d e f g "How the cupboard went bare", Globe & Mail, 12 April 2008
  5. ^ Corcoran, Katherine (2008-03-24). "Food Prices Soaring Worldwide". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-31. Dicapai pada 2008-04-15.
  6. ^ "The cost of food: facts and figures", BBC News Online, 8 April 2008
  7. ^ Recession in the US 'has arrived'
  8. ^ "US recession is already here, warns Merrill". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-04. Dicapai pada 2021-08-29.
  9. ^ Poll: Majority of people believe recession underway
  10. ^ Martin Khor, The Impact of Trade Liberalisation on Agriculture in Developing Countries: The Experience of Ghana, Third World Network (2008) ISBN 978-983-2729-31-0
  11. ^ Food Prices Soaring Worldwide Diarkibkan 2008-03-31 di Wayback Machine, KATHERINE CORCORAN, Associated Press, 24 Mac 2008
  12. ^ Regional Wheat Imports, Production, Consumption, and Stocks (Thousand Metric Tons) Diarkibkan 2019-01-13 di Wayback Machine, United States Department of Agriculture Foreign Agricultural Service, 11 Mac 2008.
  13. ^ Wheat breaks through $10 a bushel, BBC, 17 Disember 2007.
  14. ^ Corn's key role as food and fuel, Adam Brookes BBC News, 17 Disember 2007.
  15. ^ "The global food crisis and the Indian situation" Diarkibkan 2008-06-25 di Wayback Machine, Navhind Times, 14 April 2008
  16. ^ * Why are tortillas now tied to oil prices? Reuters-Alertnet: Tim Large. 13 Mac 2008.
  17. ^ Petani desak naikkan harga padi, mSTAR, 19 April 2008
  18. ^ Burkina general strike starts over cost of living Mathieu Bonkoungou: Reuters, 8 April 2008
  19. ^ Riots prompt Ivory Coast tax cuts, BBC, 2 April 2008. COTE D'IVOIRE: Food price hikes spark riots, 31 Mac 2008 (IRIN)
  20. ^ Egyptians hit by rising food prices, BBC, 11 Mac 2008.
    Two die after clashes in Egypt industrial town Gamal: Reuters, 8 April 2008.
  21. ^ "Soaring Food Prices Spark Unrest" Diarkibkan 2008-04-20 di Wayback Machine, The Philadelphia Trumpet, 11 April 2008
  22. ^ "Pakistan heading for yet anther wheat crisis" Diarkibkan 2008-05-16 di Wayback Machine, The Independent, 1 April 2008
  23. ^ "Anger grows over rising prices in Sri Lanka", World Socialist Web Site, 11 April 2008
  24. ^ "SA must grow food on all arable land, says Manuel" Diarkibkan 2009-01-11 di Wayback Machine, The Times, 13 April 2008

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]