Kota Kubang Labu
Penampilan
Kota Kubang Labu adalah pusat pemerintahan Kelantan pada abad ke-18. Ia diasaskan oleh Long Bahar, putera raja Patani yang bergelar Datuk Pengkalan Tua. Long Bahar berhijrah ke Kelantan bersama ayahandanya dan berkahwin dengan Raja Nah puteri Sultan Umar iaitu raja Kelantan yang memerintah Jembal (Kedai Lalat sekarang). Kota Kubang Labu itu dibina baginda pada 1702 M selepas membina Istana Sening dekat Jembal pada 1701.[1]
Kota Kubang Labu diserahkan baginda kepada Long Sulaiman, putera baginda dengan isteri baginda di Patani manakala baginda memerintah di Jembal (1721 - 1733 M) berikutan penyerahan kuasa oleh Raja Kecil Sulung putera Sultan Umar. Tapak kota ini terletak di bandar Wakaf Bharu sekarang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Saad Shukri Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Masjid An-Nur
- Laman web rasmi www.masjidannur.net
- Facebook rasmi Masjid An-Nur Kota Kubang Labu www.facebook.com/MasjidAnNurKotaKubangLabu