Pergi ke kandungan

Korda spermatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Korda spermatik
Korda spermatik di kanal inguinal (label untuk kord spermatik di bahagian bawah kanan)
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinFuniculus spermaticus
MeSHD013085
TAA09.3.04.001
FMAFMA:19937
Terminologi anatomi

Korda spermatik ialah nama yang diberikan bagi struktur serupa tali/tiub yang memanjang dari abdomen ke testikel lelaki. Terdapat 2 korda spermatik, satu bagi setiap testis. Ia memelihara dan meliputi salur-salur darah, saraf, limfatika, dan bahagian proksimal duktus deferen.

Korda spermatik mempunyai tisu fibronipis yang melapisi lapisan dalam dan otot bebas. Bekalan darah bagi korda spermatik dibekalkan oleh arteri testikula yang bercabang dari aorta. vena menerusi vena testikular.

Bekalan saraf pula melalui urat saraf torasik 10 dan 11. Saliran limfa pula melalui nodus limfatik aorta.