Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Penampilan
Kompleks Falak Al-Khawarizmi terletak di Tanjung Bidara, Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Kompleks ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka. kompleks ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi pada 1 Disember 2007.
Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu balai cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Terdapat tayangan disediakan kepada para pengunjung.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Al-Khawarizmi Astronomy Complex". AmazingMelaka.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-15. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)