Pergi ke kandungan

Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kolej Tunku Abdul Rahman)
Logo rasmi TAR UMT
Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology
拉曼理工大学
拉曼理工大學
Lāmàn Lǐgōng Dàxué
Nama lama
Kolej TAR
(1969–2013)
Universiti Kolej TAR (2013–2022)
MotoBeyond Education
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1969
PengarahTan Sri Chan Kong Choy
PresidenProf Dato' Indera Ir Dr Lee Sze Wei
PelajarLebih daripada 32000
Lokasi,
Malaysia
KampusKampus Kuala Lumpur
Cawangan Pulau Pinang
Cawangan Perak
Cawangan Johor
Cawangan Pahang
Cawangan Sabah
Laman sesawangwww.tarc.edu.my
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Ringkas拉曼管理与工艺大学
Tulisan Cina Tradisional拉曼管理與工藝大學
Abbreviated name
Tulisan Cina Ringkas拉曼理工大学
Tulisan Cina Tradisional拉曼理工大學

Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman, disingkat TAR UMT, ialah sebuah universiti swasta di Malaysia.

Dinamakan sempena nama Perdana Menteri pertama Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman, sekolah itu diasaskan pada 1969 sebagai Kolej Tunku Abdul Rahman (atau Kolej TAR) oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA).

Pada 2 Mei 2013, institusi ini ditukar menjadi kolej universiti dengan nama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), dan pada tahun 2022, ia dinaik taraf sekali lagi sebagai universiti dengan nama TAR UMT.

Dengan Kampus Induk seluas 171 ekar yang terletak dengan strategik di ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia, TAR UMT mempunyai kelebihan geografi yang tersendiri untuk berhubung dengan dunia akademik dan industri di serata benua ASEAN dan dunia untuk menjalin kerjasama dan penyelidikan yang strategik.

Sementara itu, cawangan di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah direka khusus dan dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan moden untuk pembelajaran dan pengajaran.

TAR UMT menawarkan program bermula daripada peringkat program asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana yang diiktiraf secara meluas oleh dunia akademik dan industri kerana kedalaman dan keluasan skop serta kekukuhan akademik. Lebih daripada 200 program ditawarkan yang merangkumi pelbagai disiplin termasuk perakaunan, kewangan, perniagaan, ekonomi, kejuruteraan, alam bina, sains aplikasi, teknologi maklumat, komunikasi massa, seni kreatif, sains sosial, dan pengurusan hospitaliti.

Program-program ini dikendalikan oleh tujuh (7) fakulti dan satu (1) pusat iaitu:

  • Pusat Pengajian Pra-Universiti
  • Fakulti Perakaunan, Kewangan dan Perniagaan
  • Fakulti Sains Gunaan
  • Fakulti Pengkomputeraan dan Teknologi Maklumat
  • Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi
  • Fakulti Alam Bina
  • Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif
  • Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Selain itu, TAR UMT juga mempunyai Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan yang bertumpu kepada program siswazah dan penyelidikan.

Sebagai salah satu institusi pengajian tinggi tertua di Malaysia, TAR UMT bukan sahaja mempunyai warisan kecemerlangan yang kukuh, namun institusi ini sangat global dalam pandangan dan hubungannya. Dengan lebih daripada 310,000 alumni, ramai siswazah TAR UMT telah mencatatkan kejayaan di peringkat global sebagai pemimpin industri, usahawan berjaya, dan pemimpin negara. Sehingga kini, TAR UMT mempunyai lebih daripada 34,000 pelajar termasuk pelajar antarabangsa dari lebih daripada 30 negara.

TAR UMT telah dianugerahkan pelbagai anugerah akademik dan pengiktirafan, seperti status ‘Premier Digital Tech Institution’ oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sejak 2017, mencapai kategori Bersaing untuk SETARA 2022 dan merupakan institusi pertama untuk dinamakan sebagai Akademi Esports Tahunan di Anugerah Esports Malaysia yang pertama.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]