Kolej Matrikulasi Johor
Moto | Keilmuan Menjana Jatidiri |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1 Mac 2002 |
Pengarah | En. Muhamad Fariq bin Che Mee |
Staf pentadbiran | 271 |
Lokasi | |
Laman sesawang | www.kmj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) ialah sebuah kolej matrikulasi yang terletak di Tangkak, Johor, Malaysia.[1] Kolej ini telah mula beroperasi pada bulan Mac 2002, ketika program pendaftaran dan pengambilan pelajar baru buat kali pertama bagi sesi 2002/2003. Pada tahun tersebut, seramai 950 orang pelajar mendaftar di kolej ini dengan kekuatan asal tenaga pengajar yang hampir mencecah 100 orang.
Kolej ini menawarkan program sains dan perakaunan iaitu Sains Sistem Dua Semester (S2S), Sains Sistem Empat Semester (S4S) dan Perakaunan Sistem Dua Semester (S2S).
Sejarah Kolej
[sunting | sunting sumber]Kolej Matrikulasi Johor mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan pengambilan pertama pelajar dalam lingkungan 800 orang. Ianya merupakan kolej matrikulasi keenam dibuka selepas Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Melaka, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Kolej ini terletak di daerah Tangkak dan lokasinya berdekatan dengan jalan utama ke Segamat. Keluasan kampus ini adalah sekitar 56 ekar dan dikelilingi dengan kawasan yang sedang membangun serta berhampiran kawasan rekreasi Gunung Ledang yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk menjalankan aktiviti rekreasi.
Visi dan Misi
[sunting | sunting sumber]- Visi
Kolej Matrikulasi Johor penjana pelajar berkualiti ke Institusi Pengajian Tinggi.
- Misi
Beriltizam menyedikan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah melalui pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Dasar Kualiti
[sunting | sunting sumber]Kolej Matrikulasi Johor Beriltizam Memberi Perkhidmatan Berkualiti Dalam Pengurusan Hal Ehwal Akademik, Pelajar Dan Pembangunan Staf Bagi Memastikan Pelanggan Mendapat Manfaat Terbaik Melalui Perlaksanaan Sistem Pengurusan Berkualiti Yang Berkesan Secara Berterusan.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Senarai Pengarah
[sunting | sunting sumber]Bil. | Nama Pengarah | Tahun |
---|---|---|
1 | En. Jailani bin Rusni | 2002-2004 |
2 | Tn. Haji Solehan bin Remot | 2004-2005 |
3 | Tn. Haji Abdul Wahab bin Sungip | 2005-2007 |
4 | Tn. Haji Abdullah bin Mohd Idris @ Idris | 2007-2011 |
5 | Tn. Haji Sasman bin Haji Yasir @ Suleiman | 2011-2014 |
6 | Tn. Haji Zaidi bin Yazid | 2014-2015 |
7 | Pn. Nor Haslinda binti Tahir | 2015-2018 |
8 | Tn. Haji Mohd Yusof bin Samad | 2018 - 2022 |
9 | En. Muhamad Fariq bin Che Mee | 2022 - kini |
Pentadbiran Tertinggi
[sunting | sunting sumber]Jawatan | Nama |
---|---|
Pengarah | En. Muhamad Fariq bin Che Mee |
Timbalan Pengarah | Dr. Hj. Shahanif bin Hj. Hassan |
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar | Pn. Nurul Hadiyati binti Onos @ Yunus |
Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial | Tn. Hj. Khairul Nizam bin Hj. Ismail |
Ketua Jabatan Matematik | En. Nik Abdul Jamal bin Muhammad |
Ketua Jabatan Sains | Pn. Rohayu binti Yusof |
Jabatan Sains
[sunting | sunting sumber]Jabatan Sains terdiri daripada Unit Kimia, Biologi, dan Fizik.
Unit Kimia terletak di aras 2 bangunan pentadbiran KMJ. Unit ini terdiri daripada 40 orang pensyarah yang merangkumi pensyarah bagi S2S dan S4S. Unit Biologi pula bernaung di bawah Jabatan Sains dengan kekuatan seramai 24 orang pensyarah. Unit Biologi terletak di aras 2 bangunan pentadbiran KMJ. Manakala Unit Fizik berada di aras 2 bangunan pentadbiran KMJ. Unit ini terdiri daripada 32 orang pensyarah.
Jabatan Matematik
[sunting | sunting sumber]Unit Matematik diletakkan di bawah Jabatan Matematik yang diketuai oleh Ketua Jabatan, En. Mohd Rosdi bin Rawi yang ditempatkan di aras satu bangunan pentadbiran. Pada masa ini, unit matematik mempunyai tenaga kerja seramai 34 orang pensyarah.
Subjek Matematik yang ditawarkan kepada pelajar adalah:
- Matematik Sains (SM015/SM025) - Pelajar Sains Sistem Dua Semester (S2S)
- Matematik Sains (DM015/DM025/DM035/DM045) - Pelajar Sains Sistem Empat Semester (S4S)
- Matematik Akaun (AM015/AM025) - Pelajar Perakaunan Sistem Dua Semester (S2S)
Unit Sains Komputer berada di bawah Jabatan Matematik. Pensyarah di unit ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang ICT. Kebanyakan mereka merupakan pendidik dari sekolah dan memilih untuk berkhidmat di kolej matrikulasi sehingga ke hari ini. Setiap pensyarah mempunyai kelulusan dalam pelbagai bidang berkaitan komputer seperti kejuruteraan perisian, pengaturcaraan, multimedia, sistem rangkaian dan sebagainya.
Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial
[sunting | sunting sumber]Jabatan ini menempatkan Unit Perakaunan, Unit Pengurusan Perniagaan, Unit Bahasa Inggeris, Unit Pendidikan Islam & Moral dan Unit Pengajian Am.
Subjek teras ialah Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Matematik yang akan diambil pada kedua-dua semester. Subjek Bahasa Inggeris, Pengajian Am dan Pendidikan Islam dan Moral adalah subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar matrikulasi. Kecuali Bahasa Inggeris yang wajib diambil pada kedua-dua semester, Pengajian Am dan Pendidikan Islam & Moral hanya diambil pada satu semester sahaja.
Jabatan Pengurusan Pelajar
[sunting | sunting sumber]Jabatan ini menempatkan Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Kaunseling & Kerjaya, dan Unit Kokurikulum.
Unit Peperiksaan
[sunting | sunting sumber]Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Johor adalah unit yang menguruskan perkara berkaitan peperiksaan di kolej. Unit peperiksaan diletakkan di bawah Pengarah Kolej Matrikulasi Johor dan Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor. Unit Peperiksaan ditempatkan di bilik aras bawah bangunan pentadbiran berhadapan dengan bilik Ketua Jabatan Matematik dan Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas.
Unit ini terdiri daripada dua orang pegawai peperiksaan berjawatan Penolong Pengarah Peperiksaan yang menjalankan tugas-tugas berkaitan peperiksaan di Kolej Matrikulasi Johor serta dibantu oleh seorang Pembantu Operasi.
Fasiliti
[sunting | sunting sumber]Lagu Persada Gemilang
[sunting | sunting sumber]Kami generasi harapan
Menjunjung citra mulia
Berdisiplin ketrampilan
Mercu tanda kejayaan
Perkasakan jati diri
Cemerlangkan akademik
Iltizam menuju jaya
Ikrarku padamu
Kolej Matrikulasi Johor
Wahana ilmu berzaman
Majulah bangsa dan negara
Tuhan berkatilah
Bersamalah dijayakan
Wawasan negara murni
Aspirasi kolej dihayati
Persada ilmu gemilang
Alamat
[sunting | sunting sumber]Kolej Matrikulasi Johor,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak,
Johor Darul Takzim
Emel: info.matrik@kmj.matrik.edu.my
Aduan: aduankmj@gmail.com
Tel: 06-978 1613
Fax: 06-978 1672
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.