Ketuhar
Ketuhar (Jawi: كتوهر , juga oven tidak formal, serapan bahasa Inggeris) ditakrifkan sebagai sejenis dapur tertutup yang ditebatkan habanya sehingga dalamnya cukup panas untuk memanaskan, membakar atau mengeringkan sesuatu;[1] dan ia kerap digunakan untuk tujuan memasak. Ketuhar-ketuhar ini sering dipanaskan menggunakan pelbagai jenis bahan yang dibakar seperti kayu dan arang sehinggalah ke gas asli dan tenaga elektrik.[2]
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Perkataan ini pada asalnya turut mempunyai maksud "pendiang" atau "tanur", lebih khusus lagi suatu dapur besar di tanah untuk tujuan pengusahaan seperti membuat gula; makna ini dikandung dalam kata didapati pada dialek-dialek lain seperti genohor dan genahar.[3][4]
Jenis
[sunting | sunting sumber]Ketuhar yang digunakan dalam kalangan masyarakat wujud dalam pelbagai jenis mengikut bahan binaan atau rupa.
- Ketuhar tanah, dapur tanah: terdiri daripada lubang digali bawah tanah yang dipanaskan dengan batu panas atau longgokan bahan bakar. Ia ada dikhususkan dalam banyak budaya tertentu (炕窯 khòng-iô oleh orang Hakka, clam bake di Maine, hāngi di New Zealand, imu di Hawaii dan sebagainya)
- Ketuhar batu: dibina menggunakan batu atau bata yang tahan api; dipanaskan menggunakan unggun berbahan kayu mahupun arang
- Ketuhar gas: Dijanakan menggunakan gas asli sebagai bahan bakar. Mula dikembangkan oleh Zachaus Winzle di Moravia tahun 1802; model sempurna pertama dilancarkan tahun 1851 cengan Bower's Registered Gas Stove.[5]
- Ketuhar gelombang mikro: ketuhar menggunakan sinaran mikrogelombang sebagai komponen pemanas
- Ketuhar wap: Ketuhar menggunakan haba yang diolakkan dari wap air keliling ruang ketuhar memasak bahan makanan.[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 'ketuhar' - Maklumat Kata. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2017.
- ^ Bramen, Lisa (18 November 2011). "Cooking Through the Ages: A Timeline of Oven Inventions". Smithsonian Magazine.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "ketuhar". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 589 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "genahar". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 349, 352 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ "Gas Cooking". National Gas Museum Leicester. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2011.
- ^ Bizzaco, Michael; Evon, Dan (19 March 2021). "How do steam ovens work?". DigitalTrends. Dicapai pada 22 Mac 2021.