Pergi ke kandungan

Ketua kerajaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ketua pemerintah)

Ketua kerajaan adalah individu yang dilantik untuk memimpin pentadbiran atau kerajaan sesebuah negara dan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dasar-dasar negara serta pengurusan hal ehwal kerajaan. Dalam sistem pemerintahan yang berbeza, ketua kerajaan boleh merujuk kepada jawatan yang berbeza, bergantung kepada struktur politik negara tersebut.

Sistem pemerintahan negara

[sunting | sunting sumber]

1. Dalam sistem berparlimen, ketua kerajaan biasanya dikenali sebagai Perdana Menteri, yang dipilih melalui pilihan raya dan bergantung kepada sokongan majoriti di parlimen. Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap pentadbiran negara. Ketua negara biasanya adalah Raja atau Presiden, yang berperanan sebagai simbol kenegaraan dan mempunyai kuasa tertentu, seperti melantik Perdana Menteri, membuka, membubar dan menangguh parlimen, serta mewakili negara dalam urusan luar negeri. Contohnya, Britain, Jerman, Malaysia.

2. Dalam sistem berpresiden, ketua kerajaan dan ketua negara sering kali adalah individu yang sama, iaitu Presiden. Presiden dipilih secara langsung oleh rakyat dan memegang kuasa eksekutif tertinggi, termasuk dalam hal pentadbiran kerajaan dan pelaksanaan dasar luar negara. Contohnya, Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia.

3. Dalam sistem separa-presiden, ketua kerajaan merujuk kepada Perdana Menteri, yang dilantik oleh Presiden, tetapi tetap bergantung kepada sokongan majoriti di parlimen. Dalam sistem ini, kuasa eksekutif dibahagikan antara Presiden dan Perdana Menteri. Presiden biasanya bertanggungjawab dalam hal-hal luar negara, pertahanan, dan dasar-dasar utama negara, manakala Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap pentadbiran harian negara dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

4. Dalam sistem pemerintahan mutlak, ketua kerajaan biasanya merupakan Raja atau Sultan, yang mempunyai kuasa mutlak dalam mentadbir negara dan membuat keputusan utama berkaitan dengan pentadbiran dan dasar negara. Contohnya, Arab Saudi, Oman, Brunei.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]