Ketam raja
Ketam raja Julat zaman:
| |
---|---|
Paralithodes californiensis | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Malacostraca |
Order: | Decapoda |
Suborder: | Pleocyemata |
(tanpa pangkat): | Reptantia |
Infraorder: | Anomura |
Superkeluarga: | Lithodoidea Samouelle, 1819 |
Keluarga: | Lithodidae Samouelle, 1819 |
Genus[1] | |
Ketam raja, juga dipanggil ketam batu, ialah takson bagi krustasia dekapod yang dijumpai khusus di laut sejuk. Oleh kerana saiz yang besar dan rasa dagingnya, banyak spesiesnya ditangkap dengan meluas dan dijual sebagai makanan, dengan yang paling umumnya adalah ketam raja merah (Paralithodes camtschaticus).
Penamaan ketam batu adalah berasaskan nama saintifik Paralithodes, di mana para bermaksud "dekat, selari" dalam bahasa Yunani, manakala lithodes yang juga dalam Yunani, bermaksud "serupa atau seperti batu".[perlu rujukan]
Jenis-jenis
[sunting | sunting sumber]Ketam raja merah
[sunting | sunting sumber]Juga dikenali sebagai Paralithodes camtschaticus, di mana nama saintifik akhirnya camtschaticus dalam Latin bermaksud "berasal dari Kamchatka" di Rusia. Ketam raja merah merupakan ketam raja yang paling banyak dijual secara komersial, dan merupakan ketam yang paling mahal. Ia merupakan ketam yang paling besar, badannya saja tidak termasuk kaki, boleh mencapai keluasan 28 cm (11 inci) dan lebar kakinya pula boleh mencapai 1.829 m (6 ka). Ketam jenis ini merupakan yang paling biasa ditangkap di Laut Bering dan Norton Sound, dan merupakan yang paling susah untuk ditangkap, tetapi walau bagaimanapun, ia merupakan yang paling digemari untuk dimakan dan ia terasa lebih sedap daripada udang galah. Ketam raja merah, mendapat namanya apabila warnanya bertukar kepada merah setelah dimasak, berbanding dengan sebelum dimasak, yang mana warnanya lebih kepada merah biji kundang.
Ketam raja biru
[sunting | sunting sumber]Juga dikenali sebagai Paralithodes platypus. Ketam ini bukan berwarna biru sejati, tetapi mempunyai warna merah yang kurang sedikit berbanding ketam raja merah dan mempunyai warna yang sedikit kebiru-biruan. Berhabitat di pulau-pulau St. Matthew dan Pribilof, Alaska sehingga Laut Jepun, ia dikatakan jenis ketam yang paling besar di antara semua ketam raja yang ada. Beratnya saja boleh mencecah sehingga 8 kg (18 lb) atau lebih. Ketam jenis ini kadang-kadang dijual bersama dengan ketam raja merah, sebab rasanya lebih kurang sama dengan ketam raja merah.
Ketam raja perang
[sunting | sunting sumber]Ia merupakan antara ketam raja yang terkecil. Ia berwarna merah keperang-perangan dan dikenali juga sebagai ketam raja emas atau Lithodes aequispinus. Ia berhabitat di sekeliling gugusan kepulauan Aleut. Ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan ketam raja biru.
Ketam raja merah garang
[sunting | sunting sumber]Ia mempunyai warna merah yang terang atau cerah, dan lebih dikenali di kalangan penangkap ketam di Laut Bering sebagai scarlet. Ia bukan jenis ketam raja yang dikomersialkan sebagai makanan. Ketam jenis ini jarang ditangkap sebagai tangkapan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ De Grave, Sammy; Pentcheff, N. Dean; Ahyong, Shane T.; dll. (2009). "A classification of living and fossil genera of decapod crustaceans" (PDF). The Raffles Bulletin of Zoology. Suppl. 21: 1–109. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-06-06.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ketam raja |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Ketam raja |