Kepci Music Fest 2023
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Ogos 2023) |
Kepci Music Fest 2023 | |
Lancar | 17 Julai 2023 [1] |
---|---|
Tarikh Konsert | 26 Ogos 2023 (Shah Alam), 6 Oktober 2023 (Kota Kinabalu), 21 Oktober 2023 (Johor Bahru) |
Genre | Pelbagai |
Juruacara | Radin (Shah Alam) |
Pengarah Muzik | |
Penyelaras Produksi | |
Unit Promosi | |
Rakaman Live | Extra TV3 Malaysia |
Jurutera Rakaman Live | |
Juru Adun | |
Penganjur | QSR Brands / KFC Malaysia |
Label | Recording Industry Malaysia (RIM) |
Kepci Music Fest 2013 yang berlangsung pada tiga tarikh dan lokasi berbeza antara lain menampilkan penyanyi nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Amy Search, Ella, Misha Omar, Bunkface dengan kemunculan penghibur-penghibur generasi baru tempatan antaranya Dolla, Bunga Isme, COEX, Masdo, MK (K-Clique), Yonnyboii dan ramai lagi.
Tiga lokasi dipilih bagi penganjuran ini antaranya Stadium Melawati Shah Alam pada 26 Ogos, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Kota Kinabalu Sabah (6 Oktober) dan Stadium Larkin, Johor Bahru (21 Oktober).
Festival yang julung kali ini juga dimeriahkan dengan permainan dan persembahan kebudayaan yang menarik dan menyeronokkan.
Penonton yang ingin menyaksikan persembahan istimewa sempena festival itu perlu membeli Set Kombo Festival Muzik KEPCI di mana-mana restoran, laman web atau aplikasi KFC dan lampirkan resit pembelian ke laman sesawang www.kepcimusicfest.com. Jualan tiket bagi lokasi Shah Alam telah habis terjual sekitar dua minggu sebelum konsert.
Barisan Artis
[sunting | sunting sumber]Stadium Malawati , Shah Alam (26 Ogos 2023)
[sunting | sunting sumber]Lebih 8,500 penonton membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam bersempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC. Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu menampilkan barisan penyanyi baharu dan legenda tempatan seperti Datuk Amy Search, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Bunkface dan ramai lagi. Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim berkata, penganjuran konsert ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan mereka. [2]
Turut hadir memeriahkan festival tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Artis | Persembahan | Slot |
---|---|---|
DJ Colonel | Karnival (Pre-show) | |
Caliph Buskers | ||
White Percussion Unit | ||
Budak Nakal Hujung Simpang | ||
Chronicalz | ||
Gard Wuzgut | ||
Coex |
|
Konsert Utama |
Insomniacks |
| |
Bunga Isme |
| |
Yonnyboii |
| |
Sekumpulan Orang Gila | ||
MK K-Clique |
| |
Misha Omar |
| |
Siti Nurhaliza |
| |
Amy Search |
|
Stadium Kadazan Dusun Cultural Association , Penampang (6 Oktober)
[sunting | sunting sumber]Konsert dibatalkan ekoran krisis perang dan pembunuhan rakyat Palestine di Gaza
Stadium Larkin, Johor Bahru (21 Oktober)
[sunting | sunting sumber]Konsert dibatalkan ekoran krisis perang dan pembunuhan rakyat Palestine di Gaza